Isnin, 19 November 2012

NIBONG TEBAL - DR MANSOR BOLEH MENANG TAPI BUKAN KERANA KETOKOHANNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku tulis isu calon PKR di Parlimen Nibong Tebal.  Dengar-dengar khabar DS Anwar dan umumkan nama Dr Mansor walaupun sebilangan besar masyarakat di situ yang masih yakin dengan PR mahukan orang lain yang telah bekerja keras di kawasan itu selama ini.  Orang itu pastinya bukan Dr Mansor.

Tanyalah orang-orang di Nibong Tebal sendiri, sewaktu bekas Wakil Rakyat PKR Parlimen Nibong Tebal bertukar menjadi katak, siapa yang awal-awal lagi menyuntik semangat para penyokong PR di kawasan itu?  Pasti mereka akan jawab bukan Dr Mansor.  Habis siapa?  Bila aku sebut nama Chegu Bard, pasti ada yang kata aku memang penyokong Chegu Bard maka aku kena naikkan nama Chegu Bard.  Habis tu, aku bukan penyokong DS Anwar kah?  Bukankah dengan restu DS Anwar maka nama Dr Mansor naik?

Silap besar jika mereka kata aku sebut nama Chegu Bard kerana aku penyokong kuat Penyelaras SAMM itu.  Buktinya, cuba tanya Chegu Bard sendiri bahawa aku pernah menulis mengkrtik Chegu Bard sewaktu selesai Pemilihan di dalam PKR dulu yang mana Chegu Bard 'tewas' di dalam merebut jawatan Ketua AMK.  Sewaktu pemilihan tu, aku secara terbuka berkempen untuk Chegu Bard tetapi apabila beliau 'tewas' (benarkah tewas?), aku di antara yang mahu Chegu Bard 'bersabar' menerima kekalahan yang hakikatnya kemenangan bagi beliau.  Aku dihentam kerana tulisan aku, tapi aku tak kisah sebab aku tahu perasaan mereka yang tidak boleh terima keputusan yang sememangnya janggal sekali.

Ertinya aku mahu sebut bahawa aku juga pernah kritik Chegu Bard.  Adakah aku anti DS Anwar?  Lagi tidak lojik kerana baru-baru ini aku baru saja serah memorandum KOBAT Kor Bekas Angkatan Tentera kepada DS Anwar.  Kalau aku tak suka DS Anwar, buang masa saja aku mahu hulur memorandum kat dia.  

Isu di Nibong Tebal ini bukan isu sokong DS Anwar mahu pun menyebelah Chegu Bard.  Isunya layakkah Dr Mansor mendirikan rumah di kawasan yang dulunya semak samun, tetapi bila sudah ditebas rumput lalang maka beliau sewenang-wenangnya 'disuruh' duduk di situ?  Jika gila sangat mahu duduk di situ pun, berilah salam atau bincang-bincanglah sikit dengan orang yang telah banyak bazirkan masa menebas rumput lalang kat situ.  Ini masalahnya.

Alasan bahawa selaku Timbalan KM P.Pinang maka beliau layak berdepan dengan Ketua Umno/Bn di kawasan itu adalah merupakan alasan 'lawak bodoh'.  Cuba kita cakap pada DS Anwar, beliau selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR maka beliau elok bertanding dengan Najib di Pekan, agaknya apa komen DS Anwar?  Carilah alasan terbaik sikit.  Tiada alasan terbaik yang lain kecuali kena terima hakikat siapakah yang diinginkan oleh rakyat di Nibong Tebal dan calon itu mestilah orang yang setia dengan parti dan bekerja kuat untuk parti.  Alasan pegang jawatan itu dan ini bukanlah alasan bijak malahan melucukan.

Kalau aku berada di tempat Dr Mansor, walaupun didesak oleh ketua untuk bertanding di kawasan yang aku tahu aku tidak buat apa-apa di situ selama ini, aku akan tarik diri kerana malu kepada diri sendiri.  Kalaupun dia menang nanti, semua tahu kemenangan dia bukan kerana dia disukai ramai orang tetapi kerana bencinya rakyat kepada Umno/Bn.  Tapi adakah parti beruntung memiliki Wakil Rakyat yang menang tapi bukan di atas ketrampilan atau ketokohannya?  

Di dalam kita semakin hampir mahu ke Putrajaya, DS Anwar tidak boleh lagi lakukan kesilapan.  DS Anwar kena lihat pandangan akar umbi bukan hanya boleh berharap dengan kebencian rakyat kepada Umno/Bn semata-mata.  Jika kita menang tetapi kita memiliki Wakil Rakyat yang pengundinya pun tidak redha kepadanya buat apa?

 


5 ulasan:

  1. Inilah kesilapan Anwar. Bagilah orang yang kerja kuat dan akarumbi suka untuk jadi calon. Dr. Mansor ni lemah dari segi gerakerja kemasyarakatan dan hanya tumpang kekuatan tui Anwar aje. Sepanjang jadi Timbalan KM P.Pinang, tak pernah aku dengar dia bercakap, keluarkan hujah atau tangani masalah gangguan Mamak penang spesis makan kek tahi dari mengganggu pentadbiran kerajaan negeri! Kemonlah Anwar, kalau macam ni jawabnya banyak susahlah Bro! Sendri mau ingatlah!

    BalasPadam
  2. PR...akan tewas sekiranya mansor dipilih....this is the turning point...

    Contoh telah banyak...Hitler gagal masa turning pointnya....Jepun tewas di pearl harbour masa turning pointnya....

    Jangan kerana nak jaga org tinggi dlm parti..pilihan rakyat diketepikan...

    Kami telah hidup susah selama ini...takda masalah utk kami susah 5 tahun lagi....

    Apakah mansor...sanggup berkorban demi rakyat..atau mempertahankan jawatan yg kami beri???? INGAT...pangkat mu kami yang BERI...

    BalasPadam
  3. dia xnak dengar ckp ko tu..
    nk tau pasal apa..

    sbb ko selalu xlepas komen aku...
    ko terbukti kobat yg penakut..


    askar penakut tak berguna.
    kalu bertanding ganti cikgu bat pun kalah punya

    BalasPadam
  4. PKR jangan ulangi kesilapan lalu. Orang NT lebih yakin dengan Chegu Bard dari TKM1.

    BalasPadam