Selasa, 25 Disember 2012

ISU KALIMAH ALLAH - SERAHKAN KEPADA PAKAR UNTUK BUAT KEPUTUSAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah muncul lagi.  Lim Guan Eng mohon agar kalimah Allah boleh digunakan oleh ugama Kristian di dalam kitab mereka.  Sebenarnya isu ini sudah lama dan sehingga kini belum ada ketetapan yang jelas dari pihak pemerintah.

Isu ini melibatkan isu ugama, iaitu ugama Islam dan Kristian.  Rakyat biasa termasuk pimpinan politik sewajarnya mengelakkan diri dari memberikan komen tentang isu yang sensitif ini.  Isu ini kita serahkan kepada Pakar berkaitan agama untuk menyelesaikannya.  Jika di negara kita, siapa yang bertanggungjawab dan wajar untuk menjawab dan membuat keputusan atas permasalahan ini?

Di negara kita terdapat Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM.  Ugama Kristian juga mereka ada Pakar mereka.  Andainya kesemua Pakar-Pakar ini duduk berbincang dan mencari penyelesaian tanpa camportangan pemimpin politik, isu ini boleh diselesaikan.  Apabila semua sudah duduk berbincang, keputusannya mestilah diserahkan kepada Kerajaan atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua pihak mesti menghormatinya.

Adalah lebih baik jika Majlis Fatwa juga menjemput beberapa pertubuhan agama atau parti-parti politik untuk menerangkan keputusan yang telah dibuat agar isu ini dapat difahami sepenuhnya.

4 ulasan:

  1. Masalah yang saya nampak dlm isu ni, pihak berkuasa agama Islam kita macam tak ada komitmen untuk selesaikan... Tak tahulah di mana yang jadi punca isu ni tak selesai2... Bagi gaji besar2, sijil besar2 mengalahkan poncho....Tapi isu kecil macam tu pun tak leh selesai...

    BalasPadam
  2. Apa yang saya nampak,ini tugas JAKIM/IKIM memainkan peranan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Malaysia mengenai Agama Islam. Mereka yang lebih pakar,Kristian DAP mintak itu hak dia.Membuat keputusan itu hak pemerintah.Samalah jugak hak PAS untuk mendaulahkan Syariah Islam,itu hak PAS... Setuju dengan saranan PAS bahawa GOD lebih tepat merujuk kepada TUHAN.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanglah GOD itu bermakna TUHAN. Semua agama kata TUHAN kecuali Islam GOD atau TUHAN itu ALLAH. Dan persoalannya DAP mohon guna perkataan ALLAH! mana boleh....biar kita mati keranaNya.

      Padam
  3. Jgn salahkan orang lain, kita punyai tanggungjawab bersama. tetapi yg paling peling, ulama PAS yang menjadi rakannya wajar terangkan mereka sejelas-jelasnya. kalau susah sangat, panggil Dr Zakir Naik utk beri jawapan. Malulah, kata ulama besar. itulah sebabnya kita hanya pandai satu tetapi tak tahu banyak tetapi kata pandai.....

    BalasPadam