Sabtu, 18 Februari 2012

ISU ISRAEL - `PELURU' SEBENAR UNTUK UMNO

Sudahkah kita baca AWSJ ?

Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.

Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)

Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.

Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini./Chegubard

Khamis, 16 Februari 2012

JANGAN KOMPROMI SOAL AKIDAH, HATTA NAJIB MAHUPUN ANWAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

Gambar dipetik dari sebuah Blog Pro Umno

MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves.  Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam. 

Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut.  Selebihnya, Wallahu Aklam.

Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas?  Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'?  Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka?  Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India?

Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini.  Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama.  Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam.  Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu.  Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama.  Wallahu Aklam.

Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka.  Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam.  Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari.  Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan.

Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah.  Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain.  Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera.  Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 15 Februari 2012

ISU ISRAEL - ANWAR BERTEMU NIK AZIZ, TINDAKAN TEPAT DAN BIJAK

Oleh:  WFAUZDIN NS

BERLANJUTAN daripada nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz agar DS Anwar memberikan penjelasan atau menyaman akhbar AWSJ berkaitan isu sokongan terhadap Israel, maka difahamkan nasihat dari Tuan Guru Nik Aziz disambut baik oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini. Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

Ini lah satu bukti menunjukkan pandangan setiap pimpinan di dalam PR akan dibincangkan sebaik mungkin.  Tiada istilah PAS mengikut telunjuk PKR mahupun DAP.  Walaupun DS Anwar adalah Ketua Pembangkang, beliau sanggup bertemu Mursyidul Am PAS bagi memperjelaskan isu yang dibangkitkan kerana amat tidak bijak jika beliau menggunakan media arus perdana untuk menjawab isu berkenaan apatah lagi kita tahu jenis apakah media dan akhbar di negara ini.

Apa yang penting, rakyat sedar betapa Umno sendiri tidak pernah serius menentang Israel malahan banyak bukti menunjukkan pengaruh Yahudi termasuk Apco telah lama berada di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL

KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?


Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
 
*Melalui Email

Selasa, 14 Februari 2012

HARI KEKASIH - KARPAL TIDAK BOLEH TENTUKAN PRINSIP PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA hari ini aku tidak menulis kerana tiada kesempatan.  Aku sekarang masih berada di KL, setiap hari berkunjung ke IJN menjaga ayahanda yang kini masih di tahan di wad IJN akibat penyakit paru-paru berair dan semput.  Doa kalian ku harapkan agar ayahanda ku sihat seperti sediakala, InsyaAllah.

Ada kesempatan sedikit, aku ingin menyuarakan sokongan aku terhadap kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang tegas dengan prinsip Islam dan PAS membantah sambutan Hari Kekasih (valentine Day) di kalangan umat Islam.  Sekaligus aku menyanggah pendirian DAP, terutamanya dari Karpal Singh yang seolah-olah mahu memaksa umat Islam redha dengan sambutan yang menjadi budaya barat itu.  Baca di SINI.

Meskipun DAP adalah rakan sekutu PAS di dalam PR, ini bukan bererti semua dasar atau prinsip DAP mesti bersamaan dengan PAS, lebih-lebih lagi prinsip yang berkaitan dengan hukum Islam.  Sejak dari dahulu, PAS tetap konsisten dengan dasar dan prinsipnya, kecuali dengan beberapa perkara atau pendekatan yang PAS rasa harus dilakukan demi politik Islam selagi ianya tidak menyalahi hukum.  Di dalam isu Hari Kekasih ini, jelas di dalam Islam tiada hari yang ditetapkan untuk pasangan kekasih yang bukan muhrim atau belum berkahwin berpasang-pasangan secara berdua-duaan, apatah lagi bersama di dalam satu program mungkar.

Ini soal hukum, bukan soal politik ke Putrajaya.  Oleh yang demikian, Karpal Singh mesti tahu menghormati hukum Islam sepertimana PAS sentiasa menghormati ugama-ugama lain yang diamalkan di negara ini.  Bukan soal hak asasi, ini soal hukum Islam yang jauh lebih adil dan selamat dari hukum hak asasi ciptaan manusia terutamanya dari Barat itu. 

Aku berpendapat, majoriti di dalam DAP menghormati pendirian PAS di dalam banyak perkara cuma yang sering menimbulkan kontroversi adalah Karpal Singh sahaja.  Mungkin bukan niat beliau untuk memperlekehkan hukum Islam tetapi di atas kejahilan beliau tentang banyak hukum yang terdapat di dalam Islam, beliau cuba untuk mencungkilnya.  Oleh itu, amat tepat Presiden PAS membuat kenyataan sedemikian agar beliau tahu bahawa di dalam Islam tidak semua perkara boleh dilakukan atas dasar hak asasi manusia.

Tindakan PAS untuk tidak menarik balik larangan umat Islam menyambut Hari Kekasih itu adalah satu tindakan tepat.  Seandainya Karpal Singh ingin membawa DAP keluar dari PR hanya kerana isu yang beliau sendiri tidak faham, maka bagi aku Karpal Singh boleh berbuat demikian.  Aku yakin, tidak seperti Dr Hassan Ali selalu sebut bahawa PAS diperkudakan oleh DAP itu adalah satu anggapan yang jauh meleset./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 12 Februari 2012

US AZHAR IDRUS BUKAN AHLI PAS, MAKA BELIAU SOKONG UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS.  Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian.  Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya?  Umno atau Bn? 

Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS?  Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus.  Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah.  Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.

Ustaz Azhar Idrus
Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku.  Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS.  Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam.  Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS. 
Ertinya menjadi ahli itu perkara nombor dua.  Paling penting menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS.  Ada rakan-rakan dari Umno mengatakan Us Azhar sendiri tidak menjadi ahli PAS.  Aku cabar mereka bertanyakan soalan di dalam mana-mana Kuliah Us Azhar, parti manakah yang Us Azhar pilih samada Umno atau PAS?  Aku jamin, Us Azhar akan menyebut bahawa PAS adalah pilihannya.  Sebab apa?  Sebabnya Umno parti Melayu bukan parti Islam jauh sekali berdasarkan Islam.  Bahkan, sekarang ini untuk sebut Umno parti Melayu pun sudah jauh terpesong kerana terlalu banyaknya hak-hak Melayu dirampas dan dicekik oleh pemimpin Umno./wfauzdin.blogspot.com