Sabtu, 19 Mei 2012

FINAL PIALA FA - PROTES FAM DENGAN BAJU BERSIH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BICARA soal Bola Sepak pula.  Malam ini (19 Mei), penentuan juara Piala FA, di antara negeri Tuan Guru Nik Aziz iaitu Kelantan akan menentang Sime Darby.  Seperti biasa, FAM ambil kesempatan penuhkan kantung dengan harga tiket RM40 bagi setiap tempat duduk.  Maklumlah liga di negara ini berkualiti, mestilah tiket mahal samada anda duduk di bahagian atas, tengah atau bawah termasuk juga di belakang tiang gol Stadium Nasional Bukit Jalil.

Di dalam kemarahan para penyokong setia Red Warrior kerana bos mereka Anuar Musa dilakukan dengan berbagai cara, aku pasti para penyokong Kelantan akan hadir memenuhi stadium.  Apa yang pasti, stadium akan penuh malam ini tidak seperti perhimpunan para-para lembu kondo baru-baru ini.  

Semestinya aku menyokong Kelantan kerana itu negeri Tuan Guru.  Kalah atau menang tidak menjadi masalah kerana aku rasa cukup berpuashati sekiranya Pengadil pada malam ini tidak masuk stadium dengan memakai jersey Kelantan atau jersey Sime Darby.  Pengerusi SPR pakai jersey apa di dalam PRU akan datang?  

Ada rakan aku kata malam ini dia tak mahu pakai baju merah/jersey Kelantan mahu pun jersey warna yang digunakan oleh Sime Darby.  Dia mahu pakai jersey KUNING BERSIH, katanya kerana dia berkecuali.  Aku rasa bagus juga jika semua yang datang malam ini pakai BAJU BERSIH.  Pertamanya, mereka boleh teruskan protes sistem pilihanraya di dalam stadium dan yang keduanya pakai baju BERSIH juga sebagai tanda protes tindakan yang dilakukan oleh FAM kepada Anuar Musa.  Ertinya, BERSIHkan FAM dari kekotoran termasuk budaya mencekik duit rakyat dengan harga tiket yang melampau.

Siapa sokong BERSIH, sila pakai baju KUNING.  Siapa menyokong Anuar Musa dan protes terhadap FAM, elok juga pakai baju KUNING.  Mungkin juga malam ini berkibaran bendera bulan seperti tahun-tahun yang sudah.  Apa pun, selamat bertarung. /wfauzdin.blogspot.com  

POLITIK - APA YANG WARGA TENTERA PATUT TAHU?

Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi. Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.

Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik

PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          3 Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
       
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

     
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.

Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera.

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan.

KOBAT mengalu-alukan sebarang cadangan atau teguran dari pengunjung. Sila lawati FaceBook kami dengan anda `klik' pada logo FaceBook di atas. KOBAT juga bersedia untuk memberikan sesi penerangan atau ceramah kepada mana-mana pihak untuk kami suarakan pandangan kami selaku bekas tentera demi kebaikan bersama. Sebarang jemputan untuk kami, sila hubungi Admin Blog KOBAT di No tel: 013 - 9410309 atau tinggalkan pesanan anda di Inbox Message FaceBook KOBAT.

Ayuh, lakukan perubahan dengan berani./kobatpkr.blogspot

Khamis, 17 Mei 2012

"GOYANG PUNGGUNG" TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH WARGA TENTERA DAN BEKAS TENTERA

Sumber: Kobatpkr.blogspot 

Amat memalukan warga tentera dan bekas tentera. Bagaimana seorang yang kononnya bergelar bekas tentera yang sepatutnya terlatih dengan disiplin dan berani, boleh melakukan perbuatan biadab, jijik dan tidak senonoh di hadapan rumah orang lain? Apakah ini `standard' bekas tentera yang dilatih selama 21 tahun?

Kebodohan pemimpin Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang dahulunya pernah mengaku `membeli' gelaran Dato' itu sedikit sebanyak memalukan keseluruhan warga tentera dan bekas tentera. Sekiranya beliau sememangnya kuat mengampu semenjak dari dalam tentera sehingga ke pencen, perbuatan beliau mengetuai `senaman punggung' yang tidak beradab itu di hadapan perkarangan rumah S.Ambiga tidak boleh dimaafkan oleh warga tentera dan bekas tentera.


Malu untuk mengaku mereka ini adalah `bekas tentera'

Tentera telah dilatih dengan sifat berani dan berdisiplin. Jika Mohd Ali bukan seorang bekas tentera yang bacul dan dayus, beliau tentunya berani mencabar S.Ambiga untuk berhujah secara ilmiah tentang apa yang beliau tidak bersetuju dengan tindakan S.Ambiga. Mengapa beliau begitu bacul untuk berdepan dengan seorang wanita separuh umur ini? Di mana keberanian sebagai seorang bekas tentera malahan menjadi pemimpin kepada PVTM?

Bacul yang takut untuk berdepan secara anak jantan dengan S.Ambiga

Di mana disiplin yang diajar sewaktu beliau berada di dalam tentera? Adakah sepanjang perkhidmatannya beliau telah dilatih untuk menjadi seorang yang kurang ajar? Kami dari KOBAT, malahan puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak merasa sedikit pun megah dengan hanya aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang yang bacul sahaja yang suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan.

Semua tahu ribuan bekas tentera malahan terdapat warga tentera sendiri dengan berani dan penuh disiplin hadir ke Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Kami diasuh dari tentera menjadi berani walaupun kami tahu akan berhadapan dengan risiko yang terbukti sememangnya berlaku. Kami tidak bertindak seperti PVTM yang hanya menjadi pengampu sang rejim dan mencari publisiti murahan seperti yang telah PVTM lakukan itu.

Menggoyangkan punggung tidak boleh menyelesaikan masalah bekas-bekas tentera yang masih ramai merempat. Tidak cukup dengan hanya goyangkan punggung untuk mengurangkan harga minyak dan barang-barang keperluan yang membebankan kehidupan warga tentera dan bekas tentera. Kami berjuang untuk kepentingan semua warga tentera dan bekas-bekas tentera. Kami tidak bercadang untuk menggoyangkan punggung di hadapan rumah Najib dengan disaksikan oleh Rosmah kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah negara ini yang semakin menuju ke tahap negara bankrap.

Sehubungan itu, KOBAT menyeru kepada seluruh warga tentera dan bekas tentera agar bersama-sama untuk melakukan perubahan di dalam PRU akan datang. Kita tidak boleh dimalukan lagi oleh spesis-spesis jijik yang menggunakan nama bekas tentera untuk mengampu sang rejim demi untuk perut-perut mereka, sedangkan warga tentera dan bekas-bekas tentera terus terabai dengan janji demi janji.

Rabu, 16 Mei 2012

JIKA MAHU HUDUD, PAS WAJIB BERSAMA UMNO - `USTAZ KIASU' RIDHUAN TEE

Oleh:  WFAUZDIN NS

`USTAZ Kiasu' Ridhuan Tee menulis di dalam akhbar Sinar keluaran Isnin (14 Mei 2012) baru-baru ini tentang betapa pentingnya PAS berpakat dengan Umno daripada PAS berpakat dengan PKR dan DAP.  Ustaz yang terkenal dengan ayat `Kiasu'nya ini berkata, beliau bukan ahli Umno, tetapi di dalam banyak tulisannya semua tahu dia lebih Umno dari Umno.

Semua tahu Ustaz Kiasu ini berbangsa Cina, tetapi lebih Melayu dari Melayu.  Apa hujah beliau?  Beliau berkata PAS gagal untuk laksanakan Hukum Hudud sekiranya masih bersama PKR dan DAP.  Ertikata, PAS lebih mudah untuk laksanakan Hukum Hudud jika bersama Umno.  Lucu bukan?  

Dia sedar majoriti ahli Umno adalah Islam dan terdapat seekor dua ustaz di dalam Umno walaupun ustaz/ustazah di dalam Umno itu ada yang mengambil wang zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf.  Terdapat juga ustazah di dalam Umno yang pernah memberi `fatwa' tidak salah melacur jika `dharurat'.  Ustaz Kiasu tahu semua ini, beliau tahu ramai `Ular Mak' di dalam Umno.  Tetapi mengapa perlu Umno tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hukum Hudud?  Umno sudah perintah lebih 50 tahun, mengapa mesti tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hudud?  

Tidakkah PAS dahulu pernah bersama Umno?  Siapa terajang PAS keluar?  Sekarang, Ustaz Kiasu ini menyatakan perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud hanya boleh dicapai jika bersama Umno.  Lojikkah?  Lojikkah parti yang di dalamnya bersepah kaki rompak hak dan harta rakyat mahu kepada Hukum Hudud?  Bayangkan, Ketua Wanita yang keluarganya curi duit rakyat untuk beli `lembu kondo' mahu kepada Hukum hudud?  Di mana otak kamu Ridhuan Tee?

Tidak terfikirkah kamu apabila Presiden MCA terang-terang sebut sewaktu beliau berdebat dengan Lim Guan Eng, beliau sebut MCA berjaya menghalang Umno dari menyokong perlaksanaan Hukum Hudud, tidak seorang pun pemimpin Umno berani bersuara walaupun sekadar `berdehem', termasuk seekor dua ustaz-ustazah Umno.  Apakah dengan puak seperti ini Ustaz Kiasu yakin boleh bekerjasama dengan PAS untuk memperjuangkan Islam?

Cukuplah dengan perangai mengampu bodoh kamu, wahai Ustaz Kiasu.  Mungkin kamu tidak sempat untuk dilantik menjadi Menteri jaga agama menggantikan Jamil Khir kerana selepas PRU nanti PR akan ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 15 Mei 2012

MENJELANG PRU - MUZAKARAH DAN HARAMJADAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan, apabila menjelang sahaja Pilihanraya, maka berbunyilah isu Muzakarah Umno - PAS.  Maka berbunyilah juga isu Hukum Hudud.  Persoalannya, tidakkah kita masih belum faham perangai Umno sejak azali lagi?  Jika kita sudah kenal, malang sungguh jika kita masih termakan dengan tipu daya puak-puak ini.

Apa yang mereka tidak kata terhadap kita?  Mereka pernah kata PAS parti ajaran sesat lebih dahsyat dari Ayah Pin.  Semenjak zaman Mahathir Kutty lagi bersungguh-sungguh mereka mahu halang PAS dari menggunakan perkataan ISLAM dalam parti tersebut.  Awal lagi dari itu, penyokong-penyokong PAS ramai yang terkorban di Memali.  Pembunuhan di Memali bukan dilakukan oleh DAP yang mereka anggap anti Islam itu, jauh sekali oleh Ambiga atau BERSIH.  Ramai pemimpin PAS disumbat masuk di dalam ISA, juga bukan oleh Karpal Singh atau DAP.

PAS pernah bersama mereka di dalam satu kapal kerana PAS memang ikhlas untuk bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.  Akhirnya, siapa yang mencampakkan PAS keluar serta mengkhianati PAS?  Adakah ketika itu mereka dihasut oleh DAP atau Ambiga?  Ketika PAS ditendang keluar, di mana suara para Mufti ketika itu?  Ada fatwakah dikeluarkan ketika itu?  Mengapa para Mufti tidak mengecam puak-puak yang mengkhianati PAS waktu itu?  Bukankah ketika itu berlaku perpecahan ummah?

Ketika Mahathir merampas kuasa Raja-Raja Melayu, di mana suara para Mufti?  Bukankah Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama?  Baiklah, mereka dakwa mereka tidak menyokong PAS adalah semata-mata PAS berkawan dengan DAP sekarang.  Kita mahu tanya mereka, sewaktu PAS berpisah dengan DAP di dalam Barisan Alternatif waktu itu, adakah mereka menyokong dan memuji PAS?  Tidak, malahan mereka semakin ganas menyerang PAS kerana mereka tahu PAS keseorangan ketika itu.  Hasilnya, tumbang Kerajaan PAS di Terengganu.

Sama juga di dalam isu BERSIH.  Kononnya mereka tidak menyokong BERSIH sekarang adalah disebabkan BERSIH dipimpin oleh Ambiga yang mereka dakwa seorang kafir yang anti Islam dan pro LGBT dan pro Murtad.  Sewaktu BERSIH 1.0, BERSIH dipimpin oleh Syed Syahir bekas Presiden MTUC, seorang Melayu dan Islam, adakah mereka menyokong BERSIH?  Adakah waktu itu FRU tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada para peserta BERSIH?  Adakah kita boleh yakin sekiranya BERSIH 4.0 akan datang ini, jika dipimpin oleh Mat Sabu atau Tuan Guru Nik Aziz mereka akan sokong BERSIH?  Kita tidak tahukah ada di antara mereka yang menggelar Tuan Guru Nik Aziz `Bapa Segala Kafir'?  Atau kita masih lupa bahawa mereka menganggap kita yang hadir di dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini adalah penyokong Komunis?  Siapa yang sudah lupa bagaimana Timbalan Presiden PAS sekarang, Tuan Hj Mat Sabu mereka cop penyokong Komunis apabila Mat Sabu kisahkan perjuangan Mat Indera?  Kita lupa agaknya terbaru apabila Najib menggelar penyokong-penyokong ANAK (warga Felda yang menentang penyenaraian saham FGVH) sebagai `Haramjadah'.  Masih lagi kita tidak kenal Umno?

Menjelang Pilihanraya Umum, muncul lagi isu muzakarah Umno-PAS.  Sebelum kita jawab samada perlu atau tidak kepada muzakarah dengan Umno, patut juga kita tanya mereka sudahkah tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu ditunaikan?  Sudahkah wang rakyat yang digunakan untuk `membeli lembu kondo' berjumlah RM250 Juta itu dikembalikan?  Sudahkah pemimpin Umno yang menggelar PAS parti ajaran sesat itu memohon maaf? 

Sehubungan itu, Umno tidak perlu untuk bermuzakarah dengan PAS yang mereka anggap sesat dan menyokong Komunis itu.  Umno lebih baik bermuzakarah dengan para-para Mufti dan bertanyakan hukum jika seseorang menggunakan wang zakat untuk membayar peguam menentang kes Qazaf, yakni hukum dan perundangan yang termaktub di dalam Al-Quran./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 14 Mei 2012

AKSI-AKSI YANG BOLEH DIIKUTI, YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI



Sumber: http://ghaflah.blogspot.com



Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu. Foto : Topeng Perak Unmasked


Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru


Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru


Tuan Guru Haron Din & Tuan Guru


Ustaz Ismail Kamus & Tuan Guru


Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru


Ustaz Don Daniyal & Tuan Guru


KhairulFahmi (Apek) & Tuan Guru


Amy Search & Tuan Guru


Kaum Tiong Hwa & Tuan Guru


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.
Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.


Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab “Hasyiah”,juz 2,halaman.116.

2. Imam al-Zaila’i
Beliau berkata :

(يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ…

Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara’ kerana mengharap barakahnya.

Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh.
[Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]


Ni bukan cium tangan ... sedutt ... kah kah kah kah
 
Ini pun cium gak kot....hehehe...
 

Ahad, 13 Mei 2012

BERAHIM ALKATAKI MAHU DEMONTRASI DESAK PENYANYI YUSOF ISLAM AGAR TUKAR NAMA KEPADA YUSOF MELAYU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA semakin berserabut kepala otak raja katak Berahim Ali dari Pasir Mas.  Mungkin kerana terasa hati tidak dijemput walaupun sebagai pemerhati di dalam persidangan atau perhimpunan lembu-lembu kondo di kandang Bukit Jalil baru-baru ini.  

Ataupun, beliau merasa Perkosa pimpinannya jauh ketinggalan dan semakin dipinggirkan, maka raja katak yang menenggek atas kerusi pemberian ihsan dari PAS itu mula cuba untuk mencari publisiti baru dengan mengesyorkan cadangan paling bodoh kepada Majlis Fatwa.  Cadangannya adalah agar Majlis Fatwa mengharamkan PAS menggunakan nama Islam di dalam parti tersebut.  Ertinya, nama Islam hendaklah diharamkan di dalam PAS, tetapi nama Melayu dihalalkan jika boleh diwajibkan digunapakai di dalam Parti Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu Umno.  

Bekas penyanyi terkenal Cat Steven, kini dengan nama Yusof Islam
Bila kita katakan Berahim raja katak ini bengap, mungkin ada yang berkata gelaran itu terlalu huduh buat beliau.  Tetapi, kita tidak boleh kata Berahim raja katak ini bijak pandai kerana semua orang tahu bahawa isu yang ditimbulkan oleh raja katak ini adalah isu lapok yang telah pun difatwakan oleh Majlis Fatwa berpuluh tahun dahulu.  Majlis Fatwa telah mengharuskan nama Islam digunakan di dalam pertubuhan parti politik selagi ianya tidak menjejaskan ugama itu sendiri.

Mengapa Berahim raja katak tidak juga mencadangkan agar Bank Islam atau Universiti Islam turut diharamkan?   Aku rasa jika penyanyi terkenal `Cat Steven' atau nama Islamnya Yusof Islam adalah warganegara Malaysia, mungkin Berahim raja katak ini akan mengadakan demontrasi Perkosa agar Yusof Islam menukar namanya kepada Yusof Melayu.  

cium keris...mmmuuahh..muahhh..mmuahhss...
Aku cukup bimbang jika Berahim raja katak ini mampus nanti, beliau akan memarahi Malaikat Mungkar Nankir kerana menyoal perkara-perkara berkaitan agama.  Bagi beliau, agama tiada kena mengena dengan politik di dalam ertikatanya ugama juga tiada kena mengena dengan mati.  Jika beliau yakin agama ada kena mengena dengan politik disebabkan orang-orang politik kesemuanya akan mati dan akan disoal di alam akhirat nanti tentang kehidupannya di dunia, raja katak ini tidak akan tergamak untuk mencadangkan perkara sebodoh itu.

Aku cukup tidak sabar untuk melihat raja katak ini dikuburkan politiknya di Pasir Mas agar menjadi pengajaran kepada beliau bahawa orang yang khianat dan busuk hati akan dihina sehina-hinanya di dunia lagi./wfauzdin.blogspot.com

GELOMBANG MERAH DI BUKIT JALIL, WARNA YANG DISUKAI OLEH LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MELIHAT kepada suasana di dalam `kandang' di Bukit Jalil, penyokong-penyokong `lembu kondo' merasa syok sendiri apabila TV3 suku dan Utusan Meloya menyebut ratusan ribu hadir memenuhi kandang.  Al-maklumlah, pengangkutan diberi dan dikhabarkan lebih dua ribu bas pengangkutan disediakan termasuk dua buah bas yang diberitakan terlibat di dalam kemalangan.

Lihat waktu Najib tiba, tingkat atas stadium semuanya kosong

Berbeza dengan Himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.  Beberapa negeri yang telah menyewa bas hasil duit poket peserta-peserta BERSIH sendiri disaat-saat akhir permit bas ditarik balik. Namun, peserta-peserta BERSIH menggunakan inisiatif sendiri untuk sampai ke KL walaupun dikatakan puak `haramjadah' ini menyebut Dataran Merdeka tidak boleh digunakan.  Semangat BERSIH patut dipuji, yang mempunyai kelapangan dan belanja, mereka hadir dengan sukarela.  Manakala, yang tidak mampu untuk pergi atas sebab-sebab tertentu, mereka menyumbang sedikit wang perbelanjaan kepada yang bersemangat untuk pergi tetapi kewangan tidak mencukupi.  Inilah semangat yang tiada kepada puak mereka, sebab itulah mereka amat meroyan apabila yang hadir berbaju kuning BERSIH berhampiran Dataran Merdeka dan sekeliling bandar KL mencecah dua ratus ribu.

Nasib baik kerusi pun warna merah, maka boleh `cover' sikit....
Berapa jumlah yang hadir di Stadium Bukit Jalil bersama Najib `Haramjadah' (gelaran `haramjadah' dipopularkan oleh Najib baru-baru ini di Jengka, Pahang)?  Melihat kepada gambar yang disiarkan di dalam Utusan meloya, tentunya kita merasa puak-puak sekutu Apco ini tidak kurang hebatnya walaupun didatangkan dengan bas dan peruntukan.  Tetapi, zaman sekarang bukan zaman di era Almarhum Tun Razak.  Sekarang ini zaman IT, dunia tanpa sempadan.  Lihatlah beberapa gambar yang malu buat TV3 suku atau Utusan meloya mahu tunjukkan betapa hebatnya parti sekular Umno ini.  Kapasiti Stadium Bukit Jalil adalah lebih kurang 85, 000 orang sahaja, lihat kepada tempat duduk di bahagian atas sekali sekelilingnya hampir kosong.  Dikira pula yang duduk bersila atas rumput kita letaklah paling ramai 10 ribu, ertinya kita boleh beri kredit kepada perhimpunan merah hari itu sekitar 50 ribu sahaja.

Hakikatnya, beginilah.....tingkat atas kosong...

Jika sekadar itu yang hadir, perhimpunan mereka yang diketuai oleh Najib `haramjadah' menyamai program ceramah PR yang hanya dihadiri oleh MB Selangor sahaja.Apa pun, itu tidak penting.  Kita harus melihat orang yang akan membantu parti sekular ini adalah orang yang tidak berada di dalam stadium.  Siapa mereka jika tidak Bangla, Nepal, Kemboja, Indon dan beberapa spesis yang mereka ternak dari awal lagi./wfauzdin.blogspot.com