Sabtu, 9 Jun 2012

CERAMAH UMUM MALAM INI DI JELEBU, BLOGGER NAIK PENTAS

Oleh:  WFAUZDIN NS



JELEBU dikatakan terlalu kuat Umno nya sehinggakan kalau di Jelebu sesiapa yang sebut pasal Pembangkang, mereka akan dicop sebagai ejen penjajah sama seperti Jepun.  Dikatakan juga di Jelebu, masyarakat di sana terutamanya orang-orang Melayu di kampong, mereka amat fobia dengan makan ubi kayu seperti di zaman Jepun, maka itu bagi mereka kalau Pembangkang memerintah maka terpaksalah orang-orang Melayu kembali makan ubi kayu.  Betulkah?

Jika di zaman 70-80an mungkin ada benarnya.  Saki baki yang masih berada di bawah tempurung masih wujud di Jelebu.  Justeru itu, amat bahaya bagi Umno untuk me`moden'kan Jelebu walaupun MP Jelebu ini tokoh lama di dalam Umno.  MP Jelebu, Rais Yatim adalah Menteri Komunikasi, sewajarnya Jelebu adalah Daerah yang paling canggih komunikasinya.  Malang sekali, Jelebu amat ketinggalan samada kemudahan internet mahu pun pengangkutan awam. 

Sebab apa?  Sebabnya kalau rakyat Jelebu di`moden'kan, maka akan lahirlah bijak pandai di Jelebu.  Jika sudah ramai bijak pandai di Jelebu yang tahu akses maklumat melalui internet misalnya, adakah masih ada peluang untuk pemimpin Umno untuk memperbodohkan mereka?  

Berkat kesungguhan pimpinan PR khususnya di Jelebu kini menampakkan hasil.  Jelebu tidak lagi menjadi kubu kuat Umno/Bn.  Tumpuan kini adalah di beberapa kampung Melayu yang agak ketinggalan dari segi maklumat semasa.  Justeru itu, PR kini giat menjalankan program penerangan dari semasa ke semasa.  

Malam ini (Sabtu - 09 Jun 2012), satu program Ceramah Umum akan diadakan di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.  Penceramah malam ini adalah YB Anthony Loke (Ketua Pemuda DAP), YB Cha Kee Chin (Adun Kepayang), Us Zulkifli Omar (AJK PAS Pusat), Us Hj Kateran Marman (YDP PAS Jelebu) dan saya sendiri.  

Kampung ini adalah kampung arwah nenek saya dan saya berasal di Kampung Jerang, Jelebu iaitu jiran kampung ini dan menetap di Simpang Durian ini juga.  Maka, saya berharap saya boleh membantu perjuangan pimpinan PR di Jelebu ini semampu saya.  Malam ini saya dijemput untuk berada di pentas ceramah.

Bagi anak-anak Jelebu dan anak jati kampung di sini, anda dijemput bersama kami untuk melakukan perubahan dan membantu masyarakat kampung kita agar mereka tidak ketinggalan seperti di banyak tempat yang telah mula melakukan perubahan.  Lakukan perubahan di Negeri Sembilan demi rakyat.  Ayuh, kita hadir beramai-ramai malam ini.  Jumpa di sana, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 8 Jun 2012

ISU PEMBEKUAN PTPTN DI UNISEL - KERAJAAN PR SELANGOR JANGAN MELUTUT KEPADA PARTI BANGSAT ITU

Oleh:  WFAUZDIN NS

KENYATAAN ini sudah cukup untuk membuktikan betapa hodoh dan jijiknya pemimpin Umno berpolitik dan ini menguatkan azam rakyat bagi menumbangkan parti yang rakus, ego dan sombong ini.  Kenyataan dari Menteri bengap Noh Omar yang membayangkan mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) mungkin akan diberikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya PKR mengaku salah adalah kenyataan berbentuk ugutan jahat yang penuh dendam kesumat.

Perlukah kita mengaku salah semata-mata untuk menyembah kepala lutut Umno?  Jawapannya tidak samasekali, PR wajib berkorban apa sahaja untuk membela rakyat termasuk para pelajar.  Jangan kita korbankan masa hadapan anak bangsa kita demi untuk memuaskan nafsu binatang puak-puak haramjadah itu.  Akan sampai masanya kita akan buktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan lagi seperti Umno di zaman Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak yang prihatin kepada anak bangsa.  Umno ciptaan Mahathir Kutty tidak pernah melihat penderitaan rakyat, sebab itu mereka sanggup untuk melakukan ugutan kepada Kerajaan Selangor asalkan para pelajar terus berhutang dengan mereka.  Bangsat dan celakalah puak ini hendaknya.

Di mana penari punggung?  Di mana suara PERKASA dengan raja katak?  Hilangkah suara Ketua Pemuda Umno?  Jauh sekali jangan ditanya fatwa Mufti tentang sifat dendam Umno ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor.  Apakah para pelajar boleh dipersendakan sedemikian rupa atas nama politik?  Umno mahu melihat para pelajar sentiasa melutut kepadanya memohon sedekah.  Memang kerja bangsat.

Kepada PR Selangor, lakukan apa sahaja untuk selamatkan anak bangsa ini dari kezaliman Umno.  Noh Omar, belum pun menjadi MB Selangor (Nau'zubillah) sudah begitu ego dan sombong sekali.  Bayangkan jika orang seperti ini berada di kerusi MB Selangor, sudah tentu jauh lebih dahsyat dari Khir Toyo.  PR Selangor, lakukan apa sahaja dan jangan samasekali melutut kepada parti bangsat sekutu Apco itu.  Kami di belakang anda./wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 7 Jun 2012

ISU PTPTN DI UNISEL - BAYANGKAN JIKA PR SELANGOR JUGA AMALKAN SIKAP BALAS DENDAM

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU PTPTN nampaknya dijadikan modal balas dendam Umno kepada PR setelah rakyat dapat memahami dengan jelas komitmen PR di dalam menghapuskan pinjaman PTPTN sebagaimana yang disebut oleh Sdr Rafizi sewaktu berdebat dengan KJ, Ketua Pemuda Umno baru-baru ini.

Hasilnya, Umno terpaksa melaksanakan kerja balas dendam mereka dengan menjadikan UNISEL di Selangor mangsa pertama mereka.  Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil", itulah yang ditegaskan oleh Muhyiddin selaku TPM yang kononnya berjiwa rakyat.  Baca DI SINI.

"  Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.  Apa kah ini tindakan seorang pemimpin Melayu yang setiap kali di dalam Perhimpunan Agung Umno menghunuskan keris telanjang tanpa sarung itu?  Penuh dengan dendam kesumat dan hasad dengki.

Apa pula kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin?  Beliau turut mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa UNISEL milik kerajaan Selangor.  Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada PR membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Kita mahu tunggu apa pula komen Timbalan beliau, Datuk Saifuddin. Apakah di perut dan hati Datuk Saifuddin sama seperti kedua-dua tokoh Umno dari Johor itu?

Cuba kita bayangkan, jika PR Selangor melakukan dendam yang serupa kepada ahli-ahli Umno/Bn di Selangor. Adakah PR Selangor mengecualikan air percuma, TAWAS, Wang RM2, 500 kepada ahli keluarga yang meninggal dunia dan banyak lagi kebajikan untuk rakyat Selangor terhadap semua ahli Umno/Bn Selangor? PR Selangor tidak mengecualikan mereka walaupun mereka tidak menyokong dasar PR. Malangnya, busuk hati pimpinan Umno yang turut dikongsi oleh PTPTN sendiri menunjukkan sikap sebenar Umno/Bn.

Sehubungan itu, amat wajar sekali mereka ini dihumbankan di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 6 Jun 2012

DULU CABAR ANWAR SAMAN, BILA ANWAR SAMAN PERTIKAIKAN PULA? MEMANG OTAK LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

BULETIN Utama TV3 suku tidak sah jika tiada cerita memburukkan DS Anwar.  Kisah DS Anwar sudah menjadi `Rukun' buat media lidah syaitan ini.  Rukun, ertinya tidak sah siaran Buletin itu jika tiada disertakan keburukan DS Anwar.  Malam tadi, muncul pencacai dari Kedah bernama Zamil iaitu bekas ahli PKR, bekas pemimpin KITA Kedah dan beliau akan berterusan menjadi bekas.  Layaknya beliau adalah untuk menjadi `bekas' sahaja.

Malam tadi Zamil pertikaikan saman DS Anwar terhadap Nalla.  Sebelum ini, apabila si Nalla yang dulunya kemaruk mahu jadi calon Pilihanraya sewaktu di dalam PKR membuat tuduhan dan fitnah terhadap DS Anwar dengan isu seks, puak-puak lembu ini kecuh mencabar DS Anwar menyaman Nalla.  Maka, DS Anwar bukan sahaja menyaman Nalla tetapi turut menyaman akhbar yang semakin tidak laku itu iaitu Utusan Meloya.  Sepatutnya si Zamil ini berpuashati apabila DS Anwar telah menyaman kedua-dua ejen syaitan tersebut, tetapi sudah menjadi kebiasaan puak-puak lembu ini mana pernah puas hati dengan DS Anwar?

Si Zamil pertikaikan pula mengapa DS Anwar menyaman Nalla di dalam isu tuduhan Nalla mendakwa DS Anwar tidak layak jadi PM kerana beliau seorang `Bisexual'.  Si Zamil bertanya mengapa DS Anwar tidak menyaman Nalla atas tuduhan Nalla bahawa DS Anwar ada hubungan dengan Shamsidar.  Mengapa si Zamil perlu menentukan yang mana satu DS Anwar mahu saman?  Lagi pun, apa bezanya saman DS Anwar di dalam isu `Bisexual' dengan tuduhan hubungan dengan Shamsidar?  Bukankah `hubungan' yang kononnya dituduh oleh Nalla itu ada kaitan dengan `Bisexual'?  Ertinya, jika dibicarakan nanti maka timbullah isu hubungan tersebut itu pun jika Nalla mempunyai cukup bukti yang kukuh.  Jika tidak, Nalla boleh mengumpul duit dari sekarang dengan melipatgandakan usaha beliau selaku bapak ayam untuk menyediakan wang saman RM100 Juta.

Peliknya mengapa si Zamil merasa susah hati pula?  DS Anwar telah menyaman Utusan Meloya, itu pun ada kaitan dengan isu seks.  Jadi, kesemua isu yang Nalla ceritakan pada Utusan Meloya itu akan dibawa ke mahkamah.  Ketika itu, Nalla boleh panggil betina lacur si Umi untuk menjadi saksinya.  Bukankah si Umi yang dibuang dari keluarga oleh Almarhum ayahnya itu sering menyalak ke hulu ke hilir mendakwa beliau ada bukti kukuh sekukuh `gunung Gibraltar' (pinjam kata Hakim Ariffin Jaka Sembong) bahawa DS Anwar memang ada hubungan dengan Shamsidar?  Bawa sahaja si betina itu menjadi saksi, maka selesailah rancangan jahat mereka nanti.  Apa masalahnya?

Hakikatnya, lembu-lembu ini merasa gementar kerana mereka tahu mereka silap untuk menjatuhkan imej DS Anwar dengan fitnah jahat seumpama itu.  Mereka sangkakan Ketua Umum PKR ini takut untuk menyaman Utusan dan Nalla sepertimana takutnya Najib Altantuya untuk berdebat.  Ada yang bertanya, mengapa DS Anwar tidak saman betina Umi juga?  Apa perlunya DS Anwar menyaman betina lacur ini sedangkan kesemua isu seks yang keluar dari mulut betina tua yang masih `dara?' ini sebiji sama seperti yang keluar dari bapak ayam si Nalla.  Lagi pun, buang masa untuk menyaman betina lacur yang telah diistiharkan bankrap itu.  Nanti beliau terpaksa menjual tubuh yang sudah kerepot itu untuk membayar saman jutaan ringgit.  Kesihan beliau./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 5 Jun 2012

ALAHAI MAHATHIR KU SAYANG......

Oleh:  WFAUZDIN NS

HIMPUNAN HIJAU Menuju Putrajaya bukan sahaja membuatkan perut Najib jadi kecut, bahkan mantan PM yang sudah pencen Mahathir Kutty pun terasa mahu tercirit dibuatnya.  Maka, Mahathir Kutty pun berkata jumlah yang hadir di Stadium Darul Aman sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya itu sebenarnya dibeli, dan mereka itu semua bukan pengundi untuk menentukan kemenangan PR atau PAS.  Baca di SINI.




Jika mereka itu bukan pengundi PAS/PR, ertinya yang hadir ratusan ribu itu adalah pengundi Umno/Bn?  Jangan ketawa dengan komen orang tua tersebut kerana kita sedia maklum faktor usia dan faktor tekanan membuatkan doktor ini membuat kenyataan sedemikian rupa.  Bukan mudah untuk menghadapi tekanan apabila membayangkan jika PR memerintah negara ini, beliau mungkin akan mencipta sejarah berada di kandang mahkamah.  Beliau juga terbayangkan nasib Hosni Mubarak sekarang ini yang jatuh sakit secara tiba-tiba apabila kuasanya hilang.  Amat berat tekanan yang dihadapi oleh Mahathir Kutty, dan anaknya selaku pemegang saham terbesar Syarikat Arak di Filipina tidak mampu membantunya lagi.

Benarlah, yang berhimpun di Stadium Darul Aman baru-baru ini bukan hadir untuk mengundi, wahai Mahathir Kutty.  Begitu juga yang hadir di Hari Himpunan Belia sambil menyaksikan punggung-punggung Wanita Korea baru-baru ini pun bukan hadir utuk mengundi.  Mereka semua akan mengundi apabila Najib umumkan pembubaran Parlimen.  Tapi bila?  Ada yang berkata, selagi Najib tidak jumpa `telor' selagi itu lah Parlimen tidak akan dibubarkan.  Kita pakat-pakat tunggu sahaja Menteri Wanita ini jumpa apa yang dicarinya.

Jelas, Himpunan Hijau di Kuantan, Himpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya sudah cukup buat pemimpin Umno tidak tidor lena malam.  Sebab itulah, program-program ceramah kita mereka selalu bikin kacau kerana daya berfikir pemimpin mereka hampir `zero' sekarang ini.  Apa yang penting, tingkatkan tekanan ke atas mereka dan terus bekerja kuat./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 4 Jun 2012

BEBAL MUHYIDDIN DAN MAHATHIR TIDAK JAUH BEZANYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUHYIDIN nampaknya begitu tertekan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang luar biasa dan tidak sabar menanti Parlimen dibubarkan.  Nampaknya kenyataan si lembam ini semakin lama semakin tolol jadinya.  Bermula dengan dakwaan beliau bahawa peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang baru berakhir di Alor Setar, Kedah baru-baru telah diupah sebagaimana peserta-peserta BERSIH 3.0 juga telah diupah.

Sememangnya mentaliti pemimpin Umno adalah `upah' dan 'upah'.  Mereka anggap semua rakyat adalah berotakkan lembu seperti mereka.  Justeru itu, tidak pelik kebelakangan ini mereka mengumumkan `upah' demi `upah' kepada rakyat agar rakyat bisa dilembukan.  Dari segenap bandar dan kampong hingga ke kawasan felda, tidak terkecuali akan cuba di`upah' oleh puak ini.  Tanpa `upah' siapa lagi mahu sebut nama Umno?

Terbaru, si lembam terus menunjukkan kebodohannya yang tidak kurang dengan kebodohan Mahathir Kutty.  Si lembam ini bersetuju dengan pendapat Mahathir Kutty bahawa sekiranya PR tewas di dalam PRU akan datang, maka PR akan membuat huru-hara dengan demontrasi.  Kedua-dua tokoh yang otaknya terletak di kepala lutut ini tidak sedar bahawa sudah berapa kali Pembangkang tewas di dalam PRU dan telah berapa banyak rekod yang menunjukkan Pembangkang melakukan huru-hara.  Baca di SINI.

Pertamanya, jika kita mahu mengguna pakai teori mamak Mahathir Kutty dan si lembam itu bahawa jika PR tewas di dalam PRU akan berlaku huru-hara, maka untuk mengelakkan berlakunya huru-hara adalah lebih lojik diberi kemenangan kepada PR.  Ertinya, jika PR menang dan menjadi Pemerintah maka tiada berlaku huru-hara.  

Keduanya, dakwaan si lembam bahawa semua peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya telah diupah, maka secara tidak langsung si lembam mengakui kekuatan kewangan PAS.  Bayangkan jika belum menjadi Kerajaan Pusat lagi PAS telah memiliki dana yang begitu banyak, maka lojiknya PAS atau PR tidak mempunyai masalah untuk memimpin negara ini.  Pendek kata, PAS bukan parti lekeh atau parti yang sentiasa mengharapkan derma, bahkan PAS yang memberi `upah' kepada setiap yang hadir.  Ertinya, dakwaan Umno selama ini bahawa PAS adalah parti mengutip derma ternyata bercanggah dengan dakwaan Muhyidin.

Jelas, Umno semakin terdesak sehinggakan kenyataan pimpinan mereka menjadi bahan ketawa rakyat.  Maka lojik dan munasabahlah pemimpin Umno amat takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang kerana jika ini lah standard hujah pimpinan Umno, aku gerenti Najib atau Muhyidin akan terkincit di atas pentas debat itu nanti./wfauzdin.blogspot.com  
 

Ahad, 3 Jun 2012

SAMPAI BILA PERLU BERSABAR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH mereka mengganggu kediaman S.Ambiga, mereka membaling batu sewaktu program ceramah kita, kini mereka mengganggu rumah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali pula.  Baca DI SINI.

Mereka ini terdiri dari puak yang takut untuk berdepan secara anak jantan.  Perdebatan adalah sesuatu yang menggerikan bagi pimpinan puak yang tidak bertamadun ini.  Mereka hanya mahu menunjukkan kekuatan mereka melalui media yang sentiasa sanggup diperlembukan oleh mereka.

Masalahnya, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi cara baru mereka itu?  Sanggupkah kita terus dengan kesabaran setelah semakin lama semakin buruk dan jijik perangai mereka ini?  Perlukah kita menanti sehingga ada yang mati dikerjakan oleh puak-puak haramjadah ini baru kita mahu bertindak?  Di sini, kita perlukan pimpinan yang tegas dan berani untuk berdepan dengan lembu-lembu gila ini./wfauzdin.blogspot.com