Sabtu, 16 Jun 2012

PAS JOHOR `HANG TUAH', YB NIZAR `HANG JEBAT'?

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU YB Nizar ingin mengadap Tuanku Sultan Johor untuk menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku di dalam isu plet kenderaan yang beliau nyatakan di dalam twitternya, yang tidak pernah diceritakan oleh akhbar pencacai bagi saya adalah satu langkah terpuji.  Samada YB Nizar ingin memohon maaf kepada Tuanku atau tidak, itu soal lain tetapi difahamkan atas budibahasa dan adab MB Perak yang sah ini beliau telah pun memohon maaf kepada Tuanku sekiranya Tuanku tersinggung.

Baru-baru ini, kita jelas melihat Tuanku bukan sahaja tersinggung malahan dilihat murka kepada YB Nizar.  YB Nizar dikatakan dengan berbagai-bagai oleh Tuanku secara terbuka di dalam Dun Johor.  YB Nizar mungkin tidak `murka' dengan titah Tuanku sedemikian rupa kerana YB Nizar hanya rakyat biasa.  Adakah rakyat biasa juga `murka' dengan cara Tuanku itu?  Rakyat juga tidak boleh `murka' kerana `murka' hanya untuk golongan Istana.  Rakyat tetap rakyat.

PAS sepatutnya bersyukur memiliki tokoh seperti YB Nizar

Semalam, saya terbaca di dalam akhbar Sinar (15 Jun).  Pesuruhjaya PAS Johor yang bercakap atas kapisiti PAS Johor berharap agar YB Nizar bukan sahaja memohon maaf kepada Tuanku, tetapi juga memohon maaf kepada rakyat Johor.  Saya awalnya menjangkakan PAS Johor akan membela YB Nizar kerana bukan mudah untuk mencari tokoh Melayu Islam seperti YB Nizar yang sanggup di cop Penderhaka kerana bersuara atas kebenaran.  Bukankah Islam mengajar kita berkatalah walaupun pahit?  Bukankah Islam mengingatkan kita bahawa Penguasa akan rosak jika tiada rakyat atau Alim Ulamak yang berani menegur Sang Penguasa?

Apakah PAS Johor berpendirian sama seperti pemimpin Umno Johor yang mendakwa YB Nizar derhaka?  Adakah PAS Johor berpendirian bahawa YB Nizar telah melakukan kesalahan kepada rakyat Johor sehingga PAS Johor mahu YB Nizar memohon maaf?  Di mana pendirian PAS Johor?  Kita mudah faham mengapa pemimpin-pemimpin Umno menggelar YB Nizar sebagai penderhaka, tetapi sukar sungguh untuk kita memahami mengapa PAS Johor juga seolah-olah berperangai seperti mereka.

Kita faham PAS Johor sedang berhempas pulas untuk menawan beberapa kerusi di Johor dan dikatakan peluang ini amat cerah.  Tetapi apabila isu ini timbul. mungkin PAS Johor menganggap YB Nizar telah menggagalkan cita-cita mereka.  Rakyat Johor pasti menolak PAS sekiranya YB Nizar tidak memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.  Benarkah begitu?  Adakah sekiranya YB Nizar memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor, maka PAS akan mendapat sokongan rakyat Johor?  

PAS Johor silap jika berfikiran begitu.  Hakikatnya, isu ini adalah hikmah buat PAS Johor untuk menunjukkan bahawa PAS tetap konsisten memperjuangkan keadilan.  Di ulangi, "Keadilan'.  Rakyat di Johor dari semua kaum terutamanya dari kaum bukan Melayu yang semakin kuat menyokong PR dan PAS pasti akan melihat sejauh mana PAS Johor sanggup mempertahankan tokoh mereka sendiri yang berani kerana benar.  Jika tokoh seperti YB Nizar yang pernah disanjung sebagai MB terbaik dari PAS, tidak upaya PAS Johor untuk membelanya, apa jaminan rakyat marhaen dari berbagai kaum akan dibela sekiranya PAS berkuasa di Johor?

Saya amat tidak setuju dengan tindakan PAS Johor yang bukan sahaja gagal membela YB Nizar, bahkan menekannya dengan isu ini.  Isu pokoknya, adakah YB Nizar benar-benar bersalah dari segi undang-undang negara lebih-lebih lagi menyalahi hukum Islam?  Jika benar YB Nizar bersalah, PAS Johor patut mengesyorkan agar PAS Pusat mengambil tindakan terhadap YB Nizar termasuk dipecat jika perlu.  Biarlah PAS bersih dari tokoh seperti YB Nizar dan jadilah PAS seiras dengan Umno.  Buat apa ke hulu ke hilir bercerita tentang Islam, tentang Jihad, tentang keadilan dan bermacam-macam lagi sejarah Nabi dan para sahabat diceritakan, tetapi hati kecil kita sebenarnya masih mengagung-agungkan selain dari Allah.

Sebenarnya tindakan PAS Johor seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar itu menunjukkan PAS Johor tidak memperjuangkan Islam sebenar.  PAS Johor mungkin takut kehilangan undi orang-orang Melayu tetapi PAS Johor tidak sedar bahawa sekarang ini orang-orang Melayu sudah semakin sedar yang mana satu pemimpin yang jujur dan ikhlas dan yang mana satu pemimpin yang suka membodek.  PAS Johor mungkin gementar dengan perhimpunan yang dikatakan 30, 000 orang itu, tetapi PAS Johor lupa jutaan lagi manusia yang berakal akan mengadili PAS dengan isu ini.

Saya mohon PAS Johor menarik balik gesaan terhadap YB Nizar untuk memohon maaf kepada rakyat Johor.  YB Nizar sudah memohon maaf dan sanggup untuk mengadap Tuanku Sultan Johor bagi menyatakan isu sebenar dan akan memohon maaf sekali lagi kepada Tuanku Sultan, jadi jangan lah PAS Johor bertindak melampau dari itu.  Jika PAS Johor takut untuk membela YB Nizar, biarlah kami dari PAS luar Johor dan PR yang lain akan membela tokoh ini.  PAS Johor mungkin ingin menjadi Hang Tuah, YB Nizar pula mungkin dianggap sebagai Hang Jebat.  Siapa yang benar, Hang Tuah kah atau Hang Jebat?/wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 15 Jun 2012

APA AKAN JADI KALAU RAKYAT BOLEH BERDEBAT DENGAN RAJA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali.  Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula.  Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak.

Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat.  Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya.  Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau.  Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah.  Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat.  Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala?  

Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran.  Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya.  Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat.  Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya.

Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir.  Bahagianya kita.  Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu?  Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya.  /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 14 Jun 2012

KAUM CINA TIDAK MINAT "PANDA CINCIN ATAU BEG", MEREKA LEBIH MINAT "LEMBU KONDO"

Oleh:  WFAUZDIN NS

"AH JIB GOR' di dalam usaha mendekati pengundi-pengundi Cina negara ini sanggup dipersendakan oleh kaum itu apabila beliau membawa tajuk apakah gelaran terbaik untuk diberikan kepada seekor Panda dari Kerajaan China yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia.  Hajatnya tentulah untuk mengambil hati masyarakat Cina di negara ini kononnya Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan istimewa dengan Kerajaan China.  Buktinya dapat meminjam seekor Panda.

Di dalam laman FaceBooknya berbahasa Cina, Najib yang menggelar dirinya `Ah Jib Gor" (Abang Najib, abang?  wakakakaa..) menyebut " kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.  "Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita, kata Ah Jib Gor (Malaysiakini).

Ah Jib Gor dan Panda bernama "cincin", "Beg" dan "Scoorpene"


Di China, Panda adalah satu binatang yang amat dihargai dan binatang cantik tersebut sekarang ini semakin pupus. Walaupun masyarakat Cina di negara ini sentiasa terkenang akan negara asal usul keturunan mereka, namun setelah menjadi sebahagian dari warganegara Malaysia, kaum Cina di negara ini lebih peka dan prihatin dengan negara tumpah darah mereka sendiri iaitu Malaysia.  Bawalah beberapa ribu ekor Panda sekali pun, kaum Cina tetap mahu Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang bebas rasuah dan adil.  


Kisah lembu kondo lebih menarik perhatian kaum Cina....

Walaupun Panda amat berharga dan terkenal di Negara China, namun bagi masyarakat Cina di negara ini mereka lebih tertarik dengan cerita lembu kondo.  Lembu kondo keluarga Kak Ijat lebih dekat dihati mereka daripada Panda yang suci bersih itu.  Lembu kondo tidak sesuci sebersih Panda kerana lembu kondo ini hasil dari penyelewengan satu keluarga.  Itu yang membuatkan kaum Cina di negara ini lebih tertarik dengan lembu kondo daripada Panda China.

Paling melucukan dan kadangkala menggamit simpati kita apabila Ah Jib Gor cuba menguji kebijaksanaan kaum Cina apabila mahu mereka memberikan nama kepada Panda yang diberi pinjam sementara itu.  Apakah gelaran yang dicadangkan oleh kaum-kaum Cina ini kepada Najib?  Gelaran itu amat menusuk kalbu Najib dan Rosmah, iaitu mereka senang jika Panda tersebut diberi gelaran "Cincin", "Beg tangan", "Scorpene", "Rara dan Suah-Suah" (Rasuah).  Itu lah bahananya jika sudah dibenci rakyat, semuanya akan dipersendakan.

Andainya aku di tempat Ah Jib Gor, hari ini juga aku akan tutup akaun FaceBook aku dan aku akan cari keluarga Kak Ijat untuk diambil tindakan kerana keluarga itulah yang telah memalukan aku.  Adakah Ah Jib Gor tahu malu?/wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 12 Jun 2012

BUAT TUANKU, MOHON PATIK PERSEMBAHKAN SEJARAH LALU

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHUKAH anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap Raja-Raja Melayu?  Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar disemak semula?  

Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah.  Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara terbuka salah laku Raja-Raja.

Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra masih di takhta.  Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu?  Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.

Media BH bertarikh 11 Jun 1993, memetik kenyataan Shahidan Kassim tokoh Umno juga yang menyebut Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta.

Rahim Tambi Chik, sewaktu menjadi KM Melaka meminta agar panggilan `patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan Sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan `Saya Tuanku".  Ungkapan biadap tokoh yang kontroversi dengan gadis bawah umur ini rakyat tidak dapat lupakan.  Rujuk kembali BH bertarikh 03 Feb 1993.

Siapa yang cabar Sultan Kelantan agar turun takhta?  Lupakah kita?  Berlaku pada tahun yang sama iaitu tahun 1993.  Zahid Hamidi yang tidak mahu ke Perancis sebagai saksi kes Scorpene, ini lah tokoh yang mencabar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah, katanya.  Jika anda lupa, rujuk kembali BH bertarikh 11 Feb 1993.



Bapak segala penderhaka Raja iaitu Mahathir Kutty pula mendakwa Raja-Raja tidak henti-henti meminta daripada kerajaan.  Rujuk BH bertarikh 30 Jan 1993.  Media BH bertarikh 23 Jan 1993 pula telah mengaibkan Raja-Raja dengan tuduhan pesta arak di Istana dan perempuan-perempuan cantik.  Mengapa media ini terlalu berani?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana pemimpin Umno waktu itu mengajarnya.



Sebenarnya, sebelum tahun 1993 lagi banyak kes pendurhakaan kepada Raja-Raja ini telah dilakukan oleh pemimpin Umno.  Saya tidak selesa untuk mengimbas kembali kisah-kisah terdahulu dari ini kerana ada di antara mereka yang telah meninggal dunia.  Sekadar sebagai ingatan kepada kita semua sejarah tidak boleh dipadam samasekali.

Tahun-tahun kebelakangan ini masih juga terdapat pemimpin Umno yang terang-terang menunjukkan pendurhakaan kepada Raja-Raja.  Kita masih ingat kisah di dalam persidangan agung Umno pun mereka menghentam Raja-Raja, contohnya pada tahun 1991 di mana Sultan Kelantan menjadi mangsa mereka.



Harta Raja-Raja diminta disiasat.  Siapa punya angkara?  Media telah mengaibkan Instusi Beraja dengan meletakkan di muka hadapan kehendak perwakilan Umno waktu itu.

Apakah tidak durhaka namanya melarikan Puteri Sultan untuk bernikah?  Cuba tanya kisah ini kepada mantan MB Selangor Muhamad Muhd Taib seorang pemimpin Umno.


Tentu masih segar di dalam ingatan kita, bagaimana cubaan hampir seluruh Wakil Rakyat Umno di Terengganu untuk memboikot Majlis Angkat Sumpah di Istana Terenganu bagi menabalkan Ahmad Said sebagai MB Terengganu.  Mereka mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum Tahun 2008.  Maka, didirikan banner tertulis perkataan " Kami Ngak Idris, Natang".  Apakah yang mereka maksudkan `Natang' itu?  Kepada siapa ditujukan?  



Perlantikan MB Perlis juga begitu.  Lihat bagaimana Shahidan Kassim bertindak apabila Isa Sabu dipilih sebagai MB Perlis.  

Terlalu sedikit di sini untuk dihuraikan kembali bagi menunjukkan hebatnya Umno menderhaka kepada Raja-Raja.  Terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan sekadar nasihat dan ingatan dari YB Nizar selaku rakyat biasa yang sayangkan Raja Melayu.  Umpama anak yang sayangkan bapanya, si anak akan sentiasa menegur bapanya kalau didapati bapanya tersilap laku.  Anak yang tidak sayangkan bapanya akan membiarkan bapanya melakukan apa jua dan si anak hanya mahu ampu dan bodek si bapa./wfauzdin.blogspot.com 


Isnin, 11 Jun 2012

RAKYAT UNTUNG BILA PR KUAT, KERAJAAN KARTUN `TRANSFORMER' MESTI DITUKAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASILNYA Menteri Kesihatan pun pulangkan kembali plet kenderaan WWW 15 untuk dibida oleh sesiapa yang mampu atau gila kepada nombor plet.  Kemenangan buat rakyat hasil tekanan kita semua sama seperti Kerajaan terpaksa beri juga PTPTN kepada UNISEL dan KUIS di Selangor baru-baru ini.  

Ini lah untungnya apabila kita kuat, Pembangkang kuat.  Bayangkan kalau Pembangkang tidak kuat seperti tahun 2004, adakah teragak mereka untuk berbuat sedemikian?  BR1M pun tidak merasa.  Sekarang, BR1M pun mereka mahu kasi untuk pusingan kedua, ertinya BR1M itu bukan lagi `One Off'.  Dia sudah jadi `TKO' buat Umno/Bn.

Noh Omar senyap terus sekarang isu PTPTN.  Mulanya bukan main lagi ugut Kerajaan PR Selangor agar MB Selangor minta maaf, baru PTPTN mahu disalurkan.  Akhirnya, siapa yang melutut kepada Kerajaan Negeri Selangor?  Begitu juga isu plet kenderaan.  Awalnya bukan main lagi Menteri ini mahu pertahankan plet tersebut.  Akhirnya, serah semula.

Kalau rakyat yang bijak boleh berfikir, terang dan jelas bahawa Umno/Bn sekarang sanggup berbuat apa sahaja.  Kalau Pembangkang senyap, mereka juga yang kenyang.  Apabila melihat tindakan mereka itu tidak menguntungkan politik mereka, mereka sanggup tebal muka menarik balik apa yang mereka lakukan.  Najib juga begitu.  Awal Najib perkenalkan SBPA dulu, semua pencacai puji melangit kononnya Najib peka kepada kakitangan Kerajaan.  Tetapi apabila Pembangkang dedahkan taktik mereka, kelamkabut Najib tarik balik sistem SBPA.  Peliknya, penarikan balik SBPA itu tetap dipuji melangit oleh pencacai-pencacai atas alasan yang sama kononnya Najib prihatin kehendak kakitangan awam.

Inikah pemimpin yang kita boleh harapkan untuk memerintah negara ini lagi.  `Flip flop' tanpa punyai ketegasan dan keyakinan langsung.  Transformasi Najib kini benar-benar sudah menjadi kartun `Transformer' yang berubah-rubah bentuk.  Rakyat mesti tolak pemimpin kartun seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

PERHIMPUNAN SOKONGAN KEPADA NIZAR TANDA KITA SAYANGKAN RAJA-RAJA

Oleh:  WFAUZDIN NS

APA salahnya kita adakan satu perhimpunan untuk menunjukkan kita setuju dengan YB Nizar yang berani menyatakan yang hak?  Bukankah Islam mengajar begitu?  

Bukan tujuan perhimpunan untuk menunjukkan kita menderhaka kepada Raja, tetapi perhimpunan itu untuk kita nyatakan bahawa YB Nizar tidak bersalah.  Masalahnya, adakah kita berani untuk membela YB Nizar?  Atau, memang kita merasakan YB Nizar memang bersalah kerana menegur?  

Jadi, aku cadangkan satu perhimpunan dibuat dan tentunya lebih sesuai dianjurkan oleh PAS sendiri kerana YB Nizar adalah pimpinan PAS yang pernah jadi MB Perak sebelum `lanun' datang merampas. Sebagai rakyat yang cintakan kepada Raja, kita perlukan tokoh yang berani menegur Raja bukan orang yang hanya tahu membodek Raja.  Anak yang baik akan tegur ayahnya jika ayahnya melakukan kesilapan.  Sebagai contoh, ayahnya bermewah-mewah sedangkan anaknya tahu adik beradiknya ada yang tidak berkasut atau berbelanja untuk ke sekolah.  Maka, anak yang baik pasti akan menegur ayahnya kerana tanda kasih anak kepada ayah.

Sehubungan itu, sukar mahu diterima akal dan hukum perbuatan YB Nizar itu adalah derhaka jauh sekali menyalahi hukum Islam.  Maka, kita perlu berani untuk menyatakan yang hak.  Jika kita tidak berani, paling kurang kita wajib menyokong orang yang berani.  Kalau kita tidak berani, menyokong orang yang berani menyatakan kebenaran pun kita tidak berani, bagaimana kita mahu memerintah negara ini dengan adil dan telus?/wfauzdin.blogspot.com


PRU AKAN DATANG, WANITA CANTIK JANGAN MENGUNDI

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU dah kata, bukan semua Menteri atau Presiden Parti ni cerdik-cerdik belaka.  Kalau TPM pun bengap, pelik apanya menteri jadi baghal?  Cuba baca kenyataan seorang tokoh politik yang termasuk di dalam golongan baghal yang aku sebutkan tadi, baca di SINI.

Beliau berkata, perempuan-perempuan cantik tidak akan mengundi sekiranya sistem celup jari dakwat kekal dipraktikkan oleh SPR.  Alasan beliau, perempuan-perempuan ini akan malu untuk bertemu dengan kekasihnya jika jari mempunyai kesan dakwat selepas mengundi.  Lihat, ini bukan fitnah tetapi nilailah sendiri kenyataan dari pemimpin Bn tersebut.  Kalau kita tidak sebut dia bodoh, kita mahu sebut apa lagi dengan hujah sedemikian rupa?

Adakah kerana dihujung jari ada kesan dakwat maka kekasih akan lari meninggalkannya?  Jika benar, ertinya perempuan itu tersilap memilih pasangan kerana kekasihnya hanya mencintai hujung jarinya semata-mata, dan lebih malang lagi kekasihnya itu pun mungkin tidak mengundi.  

Hakikatnya, majoriti golongan remaja yang sedang bercinta mereka kini menyokong PR.  Ertinya, mereka telah bersedia untuk mengundi di dalam PRU akan datang bagi melihat Umno/Bn berkubur cepat.  Maka, sekiranya remaja ini penyokong kuat PR, mereka mesti mahu memastikan pasangannya juga turut mengundi PR.  Oleh itu, sekiranya remaja ini melihat di hujung jari kekasihnya ada tanda dakwat susah tentu beliau berbangga.  Seandainya pula kekasihnya itu tiada tanda dakwat, ertinya kekasihnya tidak mengundi samada tidak cukup umur mahu pun tidak berminat untuk mengundi.  

Melihat kepada situasi sekarang di mana golongan remaja majoritinya menyokong perubahan yang ingin dibawa oleh PR, sudah tentu mereka akan marah sekiranya pasangannya tidak mengundi.  Tetapi, pemimpin Bn ini berfikir di luar kotak kebijaksanaan dan tidak melihat situasi sekarang.  Otaknya masih berada di zaman kuno lagi.  Di zaman orang semua bercakap soal ketelusan pilihanraya, pemimpin ini bercakap soal berkasih-sayang.  

Aku harap SPR tidak menjadikan alasan bangang ini untuk membatalkan sistem mengundi menggunakan dakwat kekal ini.  Cukuplah dahulu mereka menipu dengan memberikan alasan keselamatan untuk tidak menggunakan sistem ini./wfauzdin.blogspot.com