Sabtu, 22 September 2012

ISU CINCIN BAKAL DIDEDAHKAN OLEH CHEGU BARD MALAM INI DI TEMERLOH?


Malam ini (22/9.12) mulai jam 08.30 malam pakat kita semua ke majlis jamuan rakyat di Temerloh, perkarangan Pej KEADILAN Temerloh, Simpang Taman Saga, Mentakab.

Lepas itu, kita boleh mendengar ceramah dari beberapa pimpinan dari PR.  Paling kita nantikan, apakah pendedahan terbaru atau isu-isu panas yang akan dibawa oleh Chegu Bard, Penyelaras SAMM malam nanti.  Aku rasa isu jam tangan Bik Mama tidak akan dilupakan oleh Chegu Bard di samping isu pemberian komisyen yang begitu teruk melanda di kalangan pak-pak menteri dan kroni Umno sekarang.

Jom hadir beramai-ramai....


Khamis, 20 September 2012

PROTES FILEM HINA NABI - ALHAMDULILLAH KITA TERPISAH DARI PUAK ITU

Oleh:  WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, akhirnya perhimpunan membantah filem menghina Nabi yang bakal diadakan esok oleh Pemuda PAS tidak bercampor dengan puak yang tidak kurang juga pernah menghina Nabi dan Hukum Allah itu.  Puak ini tidak buat filem, tetapi menghina Nabi memadai dengan mempersendakan Sunnah Nabi, apatah lagi mempermainkan hukum Islam.

Puak sekutu APCO dikatakan akan mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.  Tidak kisah berapa ramai yang akan hadir kerana yang penting keikhlasan dan konsisten kita mempertahankan kesucian Islam.  Puak yang tidak konsisten itu memang patut berada berasingan kerana 'syaitan yang dikenali' tidak patut berada bersama saf yang mahu mempertahankan Islam.

KUNJUNGAN TAMRIN GHAFAR DAN KOBAT BAKAL MEMANASKAN PEKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

PEKAN, Pahang terus menjadi kawasan yang semakin hangat dan menjadi tumpuan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.  Untuk kali ini, Najib tidak boleh merasa selesa jika masih ingin bertanding di Parlimen Pekan walaupun kita maklum di kawasan tersebut `aset' berharga buat Najib adalah undi tentera (undi pos) dan undi di kalangan Orang Asal ditambah dengan undi kaum Kemboja.

Tamrin Ghafar
Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba.  Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas PAS Makasar, Pekan.  Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu.  Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk `mentarbiyyah' orang-orang Pekan.

Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah, akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera dan bekas tentera akan diperkatakan.  Pertamanya, saya akan nyatakan mengapa tentera perlu melakukan perubahan.  Dari pengalaman sewaktu berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi membekalkan maklumat.  Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan juga kepentingan mereka.

Mewakili KOBAT
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera.  Selaku bekas tentera, saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera.

Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 18 September 2012

MARAHKAN DAP, PKR DAN PAS JADI MANGSA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan merapu Umno P.Pinang sepertimana yang disiarkan melalui Malaysiakini di SINI, jelas secara tidak langsung Umno seolah-olah mengaku mereka terlibat di dalam beberapa insiden provokasi terhadap Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Umno P.Pinang mendakwa bahawa sikap Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah Lim Guan Eng yang sering menimbulkan kebencian orang ramai, maka berlakulah perbuatan-perbuatan khianat seperti melontar cat dan sebagainya.  Tidak pula mereka menyebut apakah contoh "menimbulkan kebencian" yang telah dilakukan oleh pemimpin DAP tersebut.  

Lojikkah kerana DAP yang dikatakan menimbulkan kebencian itu, maka PKR dan PAS menjadi mangsa?  Adakah kerana di dalam setiap ucapan Lim Guan Eng yang menyeru rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mendedahkan keburukan serta penyelewengan Umno/Bn maka itu dikatakan perbuatan "menimbulkan kebencian"?

Umno P.Pinang seharusnya menyuluh muka mereka sendiri di cermin.  Siapakah yang menimbulkan kebencian sehingga sanggup menipu warga emas agar memulangkan kembali wang RM100 untuk warga emas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang kononnya wang tersebut hasil dari wang judi?  Akhirnya terbukti dakwaan mereka salah dan yang menjadi mangsa adalah warga emas tersebut.  

Tidakkah Umno P.Pinang melihat setiap malam di kaca TV dan setiap hari di akhbar Utusan bagaimana fitnah serta kerja memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan?  Bayangkan betapa dahsyatnya kerja Iblis yang dilakukan oleh media berkenaan sehingga sanggup menyiarkan aksi seks berupa bahan fitnah terhadap DS Anwar dan juga Azmin Ali yang sehingga kini mereka gagal bawa ke mahkamah.  Bukankah itu kerja "menimbulkan kebencian" malahan menyebarkan fitnah untuk menarik sokongan terhadap parti mereka?

Terlalu banyak bukti untuk kita tampilkan bagaimana Umno telah menjalankan usaha "menimbulkan kebencian" di kalangan rakyat agar rakyat menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat.  Namun usaha mereka sia-sia kerana rakyat tidak sebodoh itu.  Rakyat kini lebih kenal Umno/Bn sebagaimana kita mengenali Syaitan yang sentiasa memusuhi amalan kebaikan dan menyeru kepada kemungkaran itu./wfauzdin.blogspot.com