Ahad, 13 Januari 2013

LAUNGAN 'MERDEKA' DS ANWAR SEMALAM PALING DRAMATIS!!

Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBAT !! Itulah yang boleh dikatakan terhadap HKR KL112# semalam (12 Jan 2013) di Stadium Merdeka.  Biarlah media bangsat menyebut perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, biarlah si Us Nasha, Berahim Katak. Hassan Jati bahkan si Sembab, Muhyiddin pun sama bangang apabila menggelar perhimpunan semalam adalah "Perhimpunan Shamsidar".

Suasana menakutkan rejim Najib
Apa yang terbukti semalam, rakyat telah bangkit untuk membuktikan kepada Umno tidak semua rakyat boleh mereka 'perlembukan'.  Rakyat sudah tidak kisah apa jua isu yang kamu mahu tonjolkan untuk memperbodohkan rakyat.  Isu moral DS Anwar sudah lama basi.  Isu Hudud PAS-DAP jelas makan diri kerana semua tahu semenjak bila Umno sayang kepada Hudud?  Isu Amanat Hj Hadi, Umno terkangkang apabila akhirnya terpaksa membatalkan kehendak mereka sendiri agar Presiden PAS itu muncul dikaca TV untuk menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu ini.  Sekarang, isu Kalimah Allah.  Mereka lupa, siapa yang memerintah negara selama ini dan siapa yang membenarkan Kalimah Allah digunapakai di Sabah dan Sarawak?

Suasana dalam stadium
Semalam rakyat memenuhi setiap sudut Stadium Merdeka sehingga melimpah ke luar stadium.  Mula-mula PDRM sebut jumlah sekitar 80,000 kemudiannya ditarik balik kononnya kesilapan "teknikal" maka disebut hanya 45,000 yang berhimpun semalam.  Media bangsat bercelaru menyebut jumlah yang hadir di antaranya yang sebut hanya 35,000 dan ada juga yang 'bermurah hati' sebut hanya 20,000.  Mungkin tidak semua media tahu berapa jumlah kapasiti Stadium Merdeka maka tidak pelik jika mereka 'sedungu' itu.

Di luar stadium
Bolehkah Najib kumpulkan rakyat seperti ini tanpa diangkut atau diupah?
Paling teruja semalam apabila DS Anwar dengan penuh semangat melaungkan "MERDEKA" sebanyak 6 kali disambut penuh semangat oleh rakyat yang hadir memenuhi luar dan dalam stadium seolah-olah semalam baru kita MERDEKA.  Laungan DS Anwar semalam meremangkan bulu roma, menusuk kalbu, meruntun jiwa, meresap ke dalam hati dan menghibakan itu mengingatkan kita kepada laungan keramat Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957, dan laungan MERDEKA semalam akan rakyat realisasikan pada PRU ke 13 nanti.


3 ulasan:

  1. Anehnya PAS gagal memerdekakan dirinya dari cengkaman DAP-PKR......alahai PAS hanya sekadar penyumbang terbanyak tukang-tukang demo !

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah umno yang dah tua bangka tu dah bebas dari cengkaman mca, gerakan dan mic. masa mr porno mca dok kutuk hukum Islam, teloq umno mana pi? dah tersentot ke dalam, lepas tu tak keluaq keluaq lagi. alahai umnoooooooo oooi!!!!!! ada otak letak kat kepala lutut. sebab tu kalau bos hangpa dok songlap juta juta tak apa asal hangpa dapat 25 hinggit, air kotak satu dengan nasi bungkus basi satu. nasihat aku rajin rajin la pi masjid dengaq apa Islam ajaq tentang tujuan hidup ni.

      Padam
  2. Yo..ko,nya'nyo ko PAS...Parti Ajaran Sesat yang sedang dipujuk rayu,digodo denge kato2 rayue puak UMNO mazhab 1998, pejue Islam seJATI... siee nyo ko PAS! Ginilah weh...kawe nok royat, rakyat lo ni, hok ngaji skoloh tinggi...nok budaya politik baru! Politik perbodohkan rakyat, zaman tu dah berlalu. Kalau setakat nak laga-lagakan PAS dengan PKR dan DAP...pilah kempen kat media perdana...

    BalasPadam