Selasa, 5 Februari 2013

BUANG NAJIS MERATA-RATA, MINTA PAS TOLONG CUCI, INI TABIAT UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU kalimah Allah makan tuan.  Biarpun media haprak pencacai Umno cuba untuk mainkan isu ini termasuk beberapa ekor 'kontraktor cari makan' seperti Hassan Jati dan Us Nasha juga Zul Kulum menangguk di air longkang di dalam isu ini.

Jawapannya sudah diketahui oleh rakyat tentang persoalan siapakah yang sebenarnya bertangungjawab di dalam isu ini.  Seperti yang dinyatakan oleh Presiden PAS, Umno tidak boleh lari untuk menjawab isu yang mereka mainkan sekarang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut.Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu. "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam kelmarin.

Sekarang Umno mahu jawab apa lagi?  Presiden PAS sudah jelaskan bahawa PAS tetap berpegang kepada keputusan Majlis Syura parti tersebut.  DS Anwar Ibrahim juga bersetuju dengan Presiden PAS di dalam isu ini walaupun di pihak DAP mungkin agak kabur.  Tetapi itu tidak menghairankan kerana sebagai Non Muslim, mana mungkin mudah untuk memahamkan orang seperti Karpal Singh.  Lagi pelik pemimpin Umno yang mengaku Islam itu, usahkan mahu faham bahkan pemimpin mereka benarkan dan keluarkan lesen atau permit percetakan kitab Bibble di dalam Bahasa Melayu tersebut.

Isu ini hendaklah kita perjelaskan di dalam setiap ceramah penerangan kita kepada rakyat di seluruh pelusuk kampong, terutamanya kepada umat-umat Islam agar mereka mengerti bahawa Umno adalah parti yang masih berkuasa dan terus membenarkan benda yang pelik ini berlaku.  Mereka buang najis merata-rata, mereka lari dan minta orang lain tolong cucikan.

2 ulasan:

  1. Sdra,

    "Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

    Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta."

    Bukankah ini lebih baik dari membuat fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap sesama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sdr, ini doa dari ajaran nabi s.a.w atau hang reka sendiri. berbelit belit. ayat yg akhir lagi tak jelas maksudnya. apa yg aku belajar, kandungany doa mesti jelas, mudah dan "direct to the points" selepas pujian kepada Allah dan selawat kpd baginda nabi s.a.w.

      Padam