Ahad, 24 Februari 2013

CUKUPKAH PENJARA KITA SELEPAS PRU 13 NANTI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEKAS Pegawai Penyiasat Persendirian yang juga watak penting di dalam misteri pembunuhan Altantuya, Balasundram akan pulang ke tanahair tidak beberapa lagi.  Kepulangan beliau sudah pastinya disambut dengan berbagai rasa dan perasaan oleh beberapa individu.


Paling gembira menyambut kepulangan beliau sudah pastinya rakyat yang mahu mendengar beliau kali ini berkata 'benar' tentang isu Altantuya dan tentang tokoh bernama Najib.  Balasundram lari ke luar negara setelah membuat dua Akuan Bersumpah, yang mana akuan pertama menggegarkan Najib, kemudian akuan kedua pula melegakan Najib.  Namun kelegaan Najib tidak lama kerana Deepak mungkin tidak larat mahu menanggung Balasundram sepanjang Balasundram berada di luar negara setelah 'melegakan' Najib.

Kali ini ketentuan Allah tidak boleh dielak lagi.  Deepak telah berbunyi, Balasundram pula akan menyusul untuk membuatkan Najib bakal menjadi 'gila' dan 'meroyan' akibat tekanan perasaan.  'Hantu' Altantuya sentiasa muncul di dalam mimpi Najib sehinggakan beliau terlupa tarikh luput Parlimen semakin hampir.  Bomoh Rosmah tidak lagi kuat untuk menyelamatkan Najib.  Sumpah Najib di Permatang Pauh, sumpah Rosmah yang "tidak kenal" cincin RM24 Juta dan segala beg tangan dan cincin jutaan ringgit itu kini memakan tuan.  

Rakyat tidak peduli lagi BR1M, TR1M, KR1M atau apa jua 'RIM-RIM" yang bakal Najib umumkan.  Rakyat hanya mahu tahu adakah cukup penjara kita untuk menampung tetamu selepas PRU ke 13 nanti?

4 ulasan:

  1. Salam WFauzdin

    Tahanan Kamunting masih ada tempat jika yang duduk di situ dikeluarkan. Takpe ramai2 duduk satu bilik pun. Demer kan suka gitu.

    BalasPadam
  2. setakat untok ahli pembangkang pakatan rakyat masih banyak ruang lagi!!angkara belang pas rakyat akan berpindah ke bn/umno.lebih baik bertuankan bn/umno yang sudah tentu menjaga melayu islam dari pas berdenggong umno.sudah pasti pas berdenggong bn/umno akan tertipu berkali kali,mengapa rakyat mahu menerima padah tertipu berpuloh kali?.sekejap pas sekejap bn/umno,jangan fikir rakyat tak pandai membaca kitab rakyat tidak matang.lainkalilah!!!.

    BalasPadam
  3. hahah,ramai sangat pengkhianat dan lanun2 yang nak disumbatkan ke penjara akibat joli sakan masa berkuasa dulu.....hidup rakyat!!!!

    BalasPadam
  4. apakah nasib baik atau buruk akan menimpa bala ? di Malaysia apasaja boleh jadi ! orang pun boleh meletup ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam