Selasa, 19 Februari 2013

EMPAT BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA MENAMBAH DERITA UMNO

SUATU sejarah, tidak pernah berlaku menjelang PRU, bekas-bekas pegawai tertinggi di dalam tentera turut terlibat di dalam kempen membantu parti politik samada parti Umno/Bn mahu pun pembangkang.  Kali ini mereka semua turun dan tambah memeranjatkan, mereka turun membantu kempen Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan Umno/Bn kini benar-benar terasak ke dinding.  Di setiap penjuru mereka diasak dan sehingga kini terkapai-kapai untuk melawan.  Tenaga tiada lagi pada Umno/Bn, maka mahu tidak mahu, malu tidak malu terpaksa minta simpati jentera kerajaan dan pasukan keselamatan juga media di bawah kawalan mereka. 

Program PR dihalang sedaya upaya dan jika ada program dari PR yang berjaya dilaksanakan itu adalah kerana kita memberanikan diri untuk menentang ketidakadilan mereka.  Paling ketara di kawasan felda di mana sehingga ke tahap mengupah samseng untuk mengganggu dan menyekat program ceramah kita.  Apakah mereka sangka kita akan menyerah kalah?  Mereka silap besar.

Empat bekas Pegawai Tertinggi Tentera dari DARAT, LAUT dan UDARA termasuk dari bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kini mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu warga tentera bahawa mereka mesti menolak Umno/Bn di dalam PRU akan datang. 

PRU ke 13 seperti menanti Hari Raya.  Tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat Umno menyembah bumi.  Bak kata Prof Dr Harun Din, Umno ibarat buah yang sudah terlalu busuk di atas pokok, dijolok ia jatuh, tidak dijolok pun akan jatuh ke bumi.  Umno amat mengharap Dr Harun Din keluar dari PAS, malangnya ayat yang disebut oleh Dr Harun Din itu tadi amat mengecewakan Umno.  Terpaksa lah mereka meneruskan penggantungan kepada Hassan Jati, Zul Kulum, Nalla, Umi Haflda, dan sesekali guna mulut Us Nasha untuk menyerang PR.  

Umno benar-benar nazak kini.  

1 ulasan:

  1. Mereka Ada tak menambah, Tak Ada pun tak mengurangkan....

    Majoriti bekas Panglima tahu kerenah pembangkang yg tak memberi sebarang manfaat. PKR mengunakan `jeneral' sekadar mahu meraih sokongan bekas tentera.

    Ular, monyet, biawak pun tak terjerat kat air liur Mat Sabun tetapi kenapa bekas jereral ni.......kesian.

    BalasPadam