Selasa, 12 Februari 2013

SUNTIK SEMANGAT HADAPI MEREKA, BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM PADA 13 FEB INI DI KUANTAN

Oleh:  WFAUZDIN NS



"TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU".  Itulah thema yang dibawa oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama ABU (Asal Bukan Umno) serta dibantu oleh rakan-rakan dari PR di dalam siri jelajah mereka ke seluruh negeri.

Di Pahang, thema ini akan dilaungkan oleh Chegu Bard (SAMM), Sdr Harris (ABU) dan turut menarik perhatian orang ramai nanti adalah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.  Siri jelajah sampai ke Pahang pada 13 hb Februari (Rabu) ini mulai jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Komuniti Beserah), Kuantan.

Turut mengambil bahagian untuk mengingatkan kerajaan khususnya yang mengawal SPR agar tidak melakukan penipuan di dalam PRU nanti adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota dan juga dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).

Kebangkitan rakyat tidak boleh disekat dengan penipuan. Kita tahu mereka sedang menyusun taktik untuk menggagalkan PR mengambil alih Putrajaya sekiranya PR memenangi PRU nanti walaupun di dalam masa yang sama taktik penipuan PRU giat dilakukan.  Isu pemberian IC kepada pendatang asing adalah isu serius yang membuktikan penipuan memang telah lama berlaku.  Berbagai-bagai provokasi telah dilakukan oleh puak yang rakus terhadap program-program PR jelas menunjukkan mereka sedang berlatih untuk menimbulkan kekacau sekiranya Umno/Bn hilang kuasa.

Sehubungan itu, rakyat yang mahu melihat perubahan berlaku mestilah bersedia untuk melakukan apa jua bagi menghadapi puak-puak ini.  Marilah kita menyuntik semangat kita dengan menghadiri program pada 13hb Februari (Rabu) ini di lokasi yang telah dimanyatakan.






3 ulasan:

  1. kalu pkr tipu macamana pula...
    parti kuat tipu dlm pakatan bukan pkr ka??

    berentilah jual agama bangsa
    kelak dikencing anak cucu sendiri

    BalasPadam
  2. atok ko kobat..takda sapa nak anwar pandikuti ko tu...pi mampus la..

    dulu 90an buleh la tipu rakyat

    kobat satu2 ngo ditubuh oleh ????? kah kah kah...tak maluka..

    BalasPadam
  3. Cukup menghairankan belum pun pilihan raya, PR dah gementar dan takut dengan bayang-banyang sendiri lebih-lebih lagi kalau ada pemilihan. Ini kerana, PKR sebolihnya menyelubungi segala penipuan dan pembohongan dalam parti mereka. PR dan khususnya PRK semahunya hendak menutup `bangkai' DAP yg terang-terang menipu orang Melayu SEMALAYSIA dalam pemilihan CEC malah Anwar sendiri dilantik secara outomatik bukan secara pemilihan. wajarlah PR sentiasa mahu menakutkan rakyat dgn p/raya kerana pemilihan secara telus dan terbuka akan tentunnya tidak memihak kepada mereka. Kaedah ini hanya menjadi boomerang kepada PR.

    BalasPadam