Khamis, 21 Mac 2013

HASSAN JATI DAN EZAM SESUMPAH - DARI CERAMAH ATAS LORI IKAN, KINI CERAMAH DI BAWAH TAPI TETAP TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN


Malam kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah diadakan.  Bak kata Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak digunakan...rosak kot!!  Tajuk ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat dan Dalang".  Biarpun pemimpin Umno selalu sebut jangan politikkan isu Lahad Datu, tapi siapa peduli?

Tentulah penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang.  Sekor lagi yang berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.
 
Baru-baru ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak mengkarung belaan Umno.  Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.
 
Sepatutnya setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara asing, ejen Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam itu anjuran JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang para-para pencacai yang hadir mendengar.   Tetapi lihat sahaja lah berapa ramai manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang dikenali' (ghaib) berada di kerusi kosong?  

Kadangkala kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini.  Jika dahulu sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman, setiap program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang.  Malangnya, setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak rakyat, ini lah balasan yang mereka perolehi.  Mungkin mereka tidak perlu lagi kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana jika tiada orang pun poket mereka tetap 'berisi'.

Begitulah keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim.  Di dunia lagi telah dihinakan.  Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar, lihat sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah kurang dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi Tea) sahaja.  Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang bertamaddun.  Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan dasar-dasar negara dan bukan cerita-cerita lucah.

Ehsan Foto:  Blogger Omak Kau
 

3 ulasan:

  1. kira ok la tu
    kalu ahli pkr kena pecat buat ceramah..masa panas2 boleh dpt 5,6 ribu...ka?

    kobat ka kena pecat..kikiki

    cam biasa la kobau..xyah publish komen.. demokrasi pkr jekahhh

    BalasPadam
  2. Produk UMNO.....ramai ler tue. elok ler jadi calon dlm PRU13 nanti.

    BalasPadam
  3. Aku pun konfius...Tuan Haji Dr Hasan Ali boleh terlibat dengan geng "syaitan yang dikenali". Malah boleh jadi khatib pulak tu...kesian aku tengok Tuan Haji Dr. ni...mujur Ustz.Nasha berpada-pada bila menyentuh isu qazaf. Cukuplah weh...anak cucu meluat dengan politik 'syaitan' ni.Upah dunia tidak sepadan dengan pembalasan di akhirat...renung-renungkan!

    BalasPadam