Khamis, 7 Mac 2013

WALAUPUN DALAM SUASANA PERANG DI SABAH, KITA DISAJIKAN DENGAN LAWAK BODOH DI SEMENANJUNG

SEKALI lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan lawak bodo pemimpin Umno.  Hiruk pikuk media mereka mengaitkan tragedi di Sabah dengan lagu popular DS Anwar yang menggerunkan Najib Altantuya iaitu "Tanya pada Najib Mengapa Sabah Goyang, Nanti Jawab Najib Sabah nak Hilang" maka dengan serangkap lagu itu maka musuh pun masuk dengan mudah ke Lahad Datu.  Kah...Kah...Kah...

Kita silap besar kerana tidak suruh DS Anwar menyanyi lagu berkenaan negara Israel pula kerana jika beliau menyanyi maka ghuyublah negara zionis tersebut.  Mudah, bukan?  Tidak perlu berperang dan berjihad lagi menentang Israel.  Hahahaha...

Semakin celaru otak pencacai-pencacai mereka yang taksub dengan "BR1M dan One Off".  Hari ini pemimpin Umno kutuk dan burukkan DS Anwar, malamnya secara diam-diam harga minyak naik 20 sen.  Dalam diam-diam juga sebelum itu Insuran kenderaan dinaikkan.  Mudah je mahu tipu puak-puak pencacai yang makan bersuap ini.

Dalam TV3 suku tadi, Zul Kulum pula mengulas pasal DS Anwar menyanyi lagu tersebut dan Sabah pun diceroboh.  Hahahaha....Aku sudah kata dulu tidak semua peguam tu cerdik, yang tolol pun bersepah dan salah satunya Zul Kulum seorang peguam yang tidak pernah kendalikan kes-kes besar melainkan menjadi tukang bawa beg dan fail Karpal Singh sewaktu kes fitnah Liwat DS Anwar yang pertama dulu.  Mungkin kes-kes laki bini mohon cerai atau bergaduh ada lah kot Zul Kulum ni kendalikan.  Itu pun banyak kalah dari menang gamaknya sebab susah mahu lihat Peguam bodoh boleh menang kes.

Mengapa Zul Kulum tidak bertanya persoalan asas isu di Lahad Datu iaitu, "Bagaimana musuh boleh melepasi sempadan dan menjejakkan kaki ke bumi Sabah dengan begitu ramai lengkap bersenjata?".  Selaku seorang peguam yang cerdik, tentulah terfikir oleh beliau soalan itu sepertimana juga kita terfikir mengapa Altantuya dibunuh dan siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dan apa motifnya?  Itu persoalan asas je.  Tapi Zul Kulum tidak terfikir mahu bertanya soalan itu kerana mustahil beliau mahu bertanya pada Najib yang sering ditemaninya ke luar negara tentang perkara-perkara tersebut.

Syukur, rakyat tidak bodoh macam Zul Kulum.  Rakyat tahu negeri atau negara tidak boleh diceroboh oleh musuh dengan hanya serangkap lagu.  Negara boleh hancur hanya jika pemimpinnya tidak peka tentang keselamatan negara itu sendiri, sebaliknya sibuk mengkayakan anak bini dan adik beradik sendiri.  Beli peralatan pertahanan pun siap dengan komisyen, tetapi tentera pergi operasi naik Air Asia.  Kahkahkah...

Kita menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan Polis dan tentera yang sedar akan amanah rakyat terhadap mereka untuk mempertahankan negara ini.  Pedulikan orang politik yang menyebabkan kerosakan ini kerana pasti rakyat akan menghukum mereka.

4 ulasan:

  1. ye ke bai..(kabatu siar tau jgn takut2 mcm hisaputing KDN)

    Tahniah la.. krn berjaya buat kaum sulu membenci kerajaan..

    kira ok la tu... selagi tembelang tak pecah k...

    setahu aku 'dia' punya teruk 'berkerja' ..berbaloi apa...
    kaum kristian sabah dah lama benci bn dah...tahniah la juga...selagi Allah tak murka ya..

    ingat bai... Allah maha bijaksana walau dlm bidang politik pun....jgn happy sgt..

    BalasPadam
  2. DSAI bila ceramah selalu dia akan nyanyikan serangkap lagu ANAK Kecil MENANGIS, agak nya lah, selalu sebut Sabah nak hilang,DSNajib baru tersedar dari mimpi Sabah nak hilang, apa lagi kelam kabut...cipta satu sandiwara yang mana NYAWA Rakyat dan Anggota Keselamatan di PERTARUHkan utnuk memenuhi HAJAT sang PENGUASA agar terus BERKUASA...Ingat, macamana baik sekali pun Perancangan MANUSIA, Ingat, Perancangan ALLAH lagi MAHA HEBAT...

    BalasPadam
  3. Dari awal hati aku dah bertanya, mcmana boleh di ceroboh? Mcmana MIO buat kja? Org dtg dgn senjata, kita pulak sambut dgn rundingan? Knpa polis yg handle? Knpa tidak askar? Yg dtg askar, yg sambutpun askar la! Apa ke jadahnya polis yg pegi? Rupa2 nya ada yg tersirat di sebalik yg tersurat.....!!! Klu majoriti rakyat berspekulasi ini berpunca dari projek IC mamak Kutty, aku pulak nak lontarkan idea aku. Apakah tidak mungkin ini rancangan serampang 2 mata si Pondan sepupu-sepapat? Klu Projek LD berjaya menarik semula sokongan rakyat, bn mungkin dpt jadi kerajaan lagi. Tapi klu tak berjaya, mamak Kutty berjaya disenyapkan mulutnya. Sekarang nmpknya plan B berjaya...

    BalasPadam
  4. Aku ada satu soalan!Kalau kita nk menuntut hutang dr org yg berhutang,bila kh masa yg sesuai utk kita menuntut hutang itu?Sewaktu dia masih ada duit atau selepas dia tk berduit? Kesultanan Sulu datang utk menuntut JANJI Najib!Nak tuntut semasa Najib masih berkuasa atau selepas Najb terbongkang?

    BalasPadam