Isnin, 8 April 2013

CMK DIJEMPUT BERTANDING DI INDERA MAHKOTA

NAMPAKNYA kemunculan semula nama Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang yang telah diumumkan bertanding di Parlimen Indera Mahkota begitu menakutkan mereka yang berhajat untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota tersebut. Sebelum ini kerusi berkenaan dimenangi oleh YB Azan Ismail dari KEADILAN yang kini telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu.

Membaca blog PDO, kenyataan CMK yang nampaknya agak emosi terhadap Dato' Fauzi yang tercalon di kerusi tersebut menimbulkan persoalan apakah hajat sebenar Blogger Cucu Mat Kilau tersebut? PDO suatu ketika pernah mengeluarkan artikel menghentam YB Azan Ismail kononnya tidak layak bertanding di Parlimen Indera Mahkota kerana YB Azan tidak lagi mencurahkan khidmatnya di kawasan beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu. Kini, Dato' Fauzi pula dikatakan tidak layak kononnya sudah berumur dan 'ada rekod' di dalam Umno dahulu. Apa rekodnya? Adakah penulis berkenaan berani sebut atau penulis sekadar mahu menjadi seperti media TV3 suku atau Utusan? Mahu bongkar kes Dato' Fauzi, silakan kerana rakyat yang bakal buat pilihan.

Dato' Fauzi juga ada benda yang beliau simpan.. Peringatan buat CMK, jangan buat spekulasi atau andaian keburukan orang lain semata-mata mahu tunjuk anda hebat dan layak menjadi calon. Tidak salah anda dedahkan apa yang anda tahu tentang pemimpin-pemimpin PKR, tetapi tidak semua pemimpin PKR tidak tahu tentang kamu. Jika merasa begitu marah dengan Dato' Fauzi, silakan berlawan dengan beliau di Parlimen Indera Mahkota bukan memilih Dun Teruntum. Itu baru 'gentleman'.

CMK ungkit Dato' Fauzi melompat ke dalam PKR. Apa masalahnya? Mana lebih baik melompat masuk PKR daripada keluar PKR? Dato' Fauzi memilih untuk masuk PKR, CMK pilih untuk keluar PKR, jadi apa masalahnya? Tentang beliau menjadi calon, apa masalahnya? Beliau Pengerusi Negeri maka memang layak beliau menjadi calon dan kita juga tidak marah dengan kenyataan G.Ram bekas pemimpin PKR yang ingin menjadi calon Bebas di Indera Mahkota. Tiada masalah pun. Bahkan, rakyat sudah masak dengan perangai beberapa kerat orang kecewa yang mengambil kesempatan menjelang PRU. Kita juga sudah bersedia dengan berita-berita keluar parti tatkala semakin hampir hari penamaan calon.

Buat CMK, jika tidak suka kepada PKR dan keluar dari parti yang pernah mencalunkannya bertanding di Kemayan, itu hak beliau. Kita tahu CMK pernah menyuarakan keinginannya untuk menyertai PAS. Malangnya PAS seolah-olah kenal CMK. PKR lebih kenal CMK. Jadi, biarlah CMK buat keputusan dengan agenda 'Pro Rakyat'nya. Bagi aku, aku lebih suka melihat CMK bertarung di Indera Mahkota di mana tokoh yang beliau hentam itu bertanding. Jangan hentam orang itu, tetapi bertanding di tempat lain!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan