Jumaat, 5 April 2013

JIKA TIADA YANG SUDI, PAHANG RASANYA BOLEH TERIMA CHEGU BARD

ADAKAH Chegu Bard akan bertanding kali ini?  Atau, adakah beliau hanya diberi peranan sebagai 'penggempur' semata-mata dan ada pihak lain akan mengisi kedudukan?  Aku tidak percaya kepimpinan parti akan meletakkan Chegu Bard setaraf dengan pejuang-pejuang bawahan biasa hanya tukang tampal poster atau pasang bendera sahaja.


Chegu Bard tidak minta dicalonkan bahkan beliau awal-awal lagi berjanji sanggup pasang bendera atau poster asalkan rejim Umno/Bn tumbang.  Tapi adakah itu bermakna kita boleh bertepuk tangan dengan keputusan beliau?  Amat malang sekali jika tokoh muda ini tidak dimanafaatkan untuk membantu parti di dalam meneruskan perjuangan demi rakyat.  Adakah beliau tidak cukup diuji?  

Tidak perlu kita kisahkan semula apa yang pernah dialami oleh Penyelaras SAMM ini samada kisah beliau pernah ditahan, dipukul dan sebagainya termasuk cubaan untuk mempengaruhi beliau agar belot kepada DS Anwar Ibrahim dengan menawarkan kepadanya menonton video lucah fitnah Datuk Eskay.  Adakah Chegu Bard terpedaya?  Awal dulu, beliau juga cuba dipujuk oleh Ezam sesumpah untuk belot kepada perjuangan rakyat, namun Chegu Bard jiwa dan maruahnya tidak semurah maruah Ezam sesumpah.

Aku yakin, ada negeri yang boleh tawarkan Chegu Bard untuk bertanding di dalam PRU 13 tidak beberapa hari lagi.  Pahang bagi aku tiada masalah kerana tenaga dan semangat anak muda ini amat penting untuk membantu Pahang apatahlagi Pahang dianggap tiada tokoh muda yang berwibawa selain dari beberapa kerat anak muda yang hanya hebat berperang sesama sendiri di dalam FB.  Nasib baiklah Pahang ada anak buah SAMM didikan Chegu Bard dan beberapa orang AMK yang bertanggungjawab.  Mereka ini tiada masalah untuk membantu Chegu Bard jika Penyelaras SAMM ini sudi ke bumi Pahang.

4 ulasan:

  1. Memang pakatan Raayat terutama parti keadilan raayat tak dapat menilai yang mana intan yangmana kaca,kerana terlalu banyak muncul kilauan2 yang menyerupai intan,...pikir2kan lah.

    BalasPadam
  2. Skot Cikgu BArd lom porang laie dah meninggal kan medan perang ,, lari tampa dpt di kosan ,,, Ghombau di tinggal kan macam tu sahaja tampa kabar berita !!!

    BalasPadam
  3. saya anak negeri sembilan,saya mahukan chegu bard bertanding ditanah adat negeri sembilan.HIDUP CHEGU BARD HIDUP PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta DSAI pulangkan CHEGU BARD balik Ghombau. Walau kami di tinggalkan kami tetap setia untuk memastikan kemenangan bersama C Bard. PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA. Buktikan yg anda teruskan perjuangan yg anda mulakan di Ghombau. DEMI PARTI DAN KERAJAAN PAKATAN MENAKLUK PUTRA JAYA .....BALIKLAH

      Padam