Sabtu, 4 Mei 2013

BULATKAN TEKAD, FOKUS TUMBANGKAN REJIM

MASA untuk lakukan perubahan.  Terima kasih kepada semua petugas dan penyokong yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memperbaiki segala kerosakan di dalam negara ini.

Esok 05 Mei 2013, InsyaAllah, kita bakal menyaksikan keberanian rakyat negara ini untuk melakukan perubahan.  Rakyat bukan tidak suka kepada Br1M, tetapi rakyat mahu kehidupan mereka lebih baik dengan kos sara hidup yang tidak menekan, justeru itu bagi mereka umpan BR1M hanya sekadar untuk dua tiga hari, kemudian mereka akan menanggung kos sara hidup yang tinggi.  Kenaikan cukai melalui GST sedia menanti, saman AES yang sekarang ini ditangguhkan bakal bermula jika rakyat takut untuk menukar kerajaan.  

Tawaran pendidikan percuma dan penurunan harga minyak yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat akan dapat dinikmati oleh rakyat negara ini, asalkan mereka berani lakukan perubahan dengan mengundi PKR, PAS dan DAP pada pilihanraya kali ini.  Seandainya kesemua janji ini tidak dipenuhi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini, kita bangkit beramai-ramai untuk tumbangkan kerajaan yang gagal penuhi janji mereka.

Ujian pertama untuk kerajaan baru Pakatan Rakyat bermula esok selepas pengiraan undi. Perkara pertama yang kita mahu mereka buktikan adalah perkara asas yang dijanjikan iaitu turunkan harga minyak.   Turunnya harga minyak, ertinya turunkan harga barang keperluan, bil letrik, air dan banyak lagi keperluan asas kita.  Apakah kita tidak mahu harga minyak lebih murah dan kita boleh melalui lebuhraya tanpa tol secara berperingkat-peringkat?  

Semuanya kita akan jawab esok....SELAMAT MENGUNDI! SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN KITA JALAN YANG LURUS.....INI KALI LAH !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan