16 MEI 2013
#BLACK505 DI NEGERI SEMBILAN, KEDAH, TERENGGANU DAN MELAKA
Gelombang #black505 demi
menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya
diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri
Sembilan.
#black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.
Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:
21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka
Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.
Semua
perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis
Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa
diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk
menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia
dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.
Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).
Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba
di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta
rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan
pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri
Najib Tun Razak.
Semangat
kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan
rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat
untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
16 MEI 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan