Selasa, 14 Mei 2013

PENUHI DATARAN MAHKOTA AMAN MALAM INI SEBAGAI TANDA SOLIDARITI TUNTUT PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH

MALAM ini (Selasa - 14/5/13) bertempat di Dataran PASTI, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan akan diadakan "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT" yang mana Negeri Pahang adalah negeri yang ke empat di dalam kunjungan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim ke seluruh negeri bagi menyampaikan penerangan berkaitan beberapa isu sewaktu PRU 13 yang lalu.



Ada yang bodoh bertanya, "Mengapa perlu berhimpun?  Buat sahaja Petisyen bantahan ke mahkamah, lepas itu senyap sahajalah".  Biarpun soalan itu memperlihatkan kebodohan orang yang bertanya, kita ingin menjawabnya.  Memang Pakatan Rakyat mahu membuat Petisyen, bahkan setakat ini Sdr Rafizi telah pun mengumpul lebih dari 200 kes yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah bagi membantah beberapa keputusan di dalam PRU 13 baru-baru ini.  Tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua rakyat memahami mengapa kita membuat bantahan ini.  Media perdana kawalan mereka saban hari menuduh kita yang bukan-bukan kononnya kita tidak redha dan tidak mahu menerima kekalahan.  



Sehubungan itu, rakyat perlu menerima jawapan yang telus dari kita agar mereka tidak terus diperbodohkan oleh media-media bangsat itu.  Tiada jalan lain, pimpinan Pakatan Rakyat harus bertanggungjawab menemui sekelian rakyat untuk menjawab semua tuduhan mereka di samping kita ingin menyatakan kepada rakyat bahawa setiap undi mereka akan kita pertahankan dari dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang takut kehilangan kuasa.

Justeru itu, rakyat Pahang harus turun beramai-ramai malam ini sebagai tanda solidariti kita mempertahankan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.  SPR tidak harus takut dan bimbang dengan kebangkitan rakyat sekiranya SPR merasa badan itu telah melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.  SPR harus berani berdepan dengan rakyat sebagaimana mereka berani berjanji bahawa "Dakwat itu kekal selama 7 hari".


1 ulasan:

  1. redha dgn kekalahan jika pilihanraya adil dan telus...ini bawak masuk bangla meengundi?dan banyak lagi penipuan adakah kita nak terima kemenangan mereka...bangsat dan bacul lah kamu jika terima penipuan ini!!!

    BalasPadam