Selasa, 21 Mei 2013

UMNO PALING POPULAR? AKU SETUJU...

SINAR edisi Pahang hari ini tajuk utamanya "Umno Paling Popular".  Tentulah merujuk kepada keputusan PRU 13 baru-baru ini.  Laporan tersebut pada aku memang benar dan sungguh tepat, tetapi ianya sedikit pun tidak memeranjatkan.

Pertamanya, Umno telah membuktikan bahawa parti tersebut tetap dominan di kawasan pendalaman atau ulu-ulu kerana di situlah majoriti kaum Melayu wujud.  Buktinya, mana ada kawasan Bandar atau kawasan yang telah maju di seluruh Malaysia ini yang rakyatnya menyokong Umno, kecuali Kangar dan Johor Bharu sahaja?  Ertikata lain, rakyat yang maju, celik IT dan tahu maklumat isu-isu semasa tidak akan sokong parti bernama Umno ini.

Keduanya, benarkah Pakatan Rakyat tidak menerima sokongan orang-orang Melayu?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Di dalam PAS, hampir 100 % ahli-ahlinya adalah Melayu dan 100 % ahlinya berugama Islam.  Parti yang benar-benar komited kepada Islam, sekaligus tidak meninggalkan Melayu adalah PAS.  Umno memang parti Melayu, tetapi siapa boleh jamin ahli-ahli Umno tiada yang berbangsa Siam atau lain-lain bangsa?  Bahkan tiada jaminan Umno kesemua ahlinya berugama Islam.  Jangan lihat pada nama sahaja untuk menunjukkan keislaman kerana nama Idris Jala seperti nama orang Islam juga.

KEADILAN, sebuah parti yang masih mempunyai majoriti Melayu berugama Islam.  Parti ini banyak bertanding di kawasan pengundi-pengundinya yang bercampur, Melayu, Cina, India dan sebagainya.  Begitu juga dengan DAP, sebuah parti yang majoritinya adalah kaum Cina, tetapi di dalamnya terdapat kaum Melayu, India dan sebagainya.  DAP bukan parti perkauman seperti MCA.  Di dalam MCA tiada kaum Melayu, tetapi di dalam DAP kaum Melayu pun diberi peluang bertanding dan ada yang menang.

Ini bermakna di dalam Pakatan Rakyat, PAS, KEADILAN dan DAP mempunyai ramai kaum Melayu.  Justeru itu, untuk mengatakan Umno sahaja mendapat sokongan Melayu itu tidak benar samasekali.  Apa yang benar, Umno hanya mendapat sokongan Melayu yang ketandusan maklumat.  Ertikata lain, Melayu yang tidak cerdik memang berhak berada di dalam Umno.

Kesimpulannya, selagi ada orang-orang Melayu yang tidak cerdik selagi itulah Umno tetap akan wujud.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan