Sabtu, 8 Jun 2013

HIMPUNAN 505 PADA 15 JUN - JIKA RASA 'TERPAKSA' JANGAN TURUN

HIMPUNAN 505 di jadualkan di Padang Merbuk, KL pada 15 Jun ini adalah satu perhimpunan AMAN.  Rakyat Malaysia masih beradab dan bersopan di dalam menyuarakan bantahan, buktinya di dalam beberapa siri Himpunan Rakyat Black 505 di beberapa negeri sebelum ini berjalan dengan penuh aman, tidak seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini di dalam Perlawanan Bolasepak Separuh Akhir Pertama, Piala FA di antara Pahang menentang Johor DT.

Khabarnya permohonan untuk menggunakan Padang Merbuk, KL masih menemui jalan buntu.  Kita tidak kisah apa pun mainan mereka kerana rakyat sudah lali dengan mainan jijik seperti ini.  Pihak berkuasa berkata, permit boleh diberikan asalkan pemilik padang tersebut membenarkan padang mereka untuk digunakan.  Pemilik padang pula menyatakan pihak mereka tiada masalah untuk membenarkan padang itu digunakan asalkan pihak penganjur mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.  Mainan apakah ini?  

Di sebalik ini semua, terdapat pula di kalangan kita menyebut kita sertai himpunan ini kerana 'terpaksa".  Siapa yang memaksa mereka?  Semenjak bila kita menganjurkan perhimpunan dengan 'memaksa' orang?  Dari Himpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan HKL, Himpunan Black 505 dan beberapa himpunan kecil yang lain, adakah kita dipaksa?  Apa yang kita tahu, kumpulan yang menyebut 'terpaksa' itu pun tidak pernah nampak batang hidung mereka di dalam setiap perhimpunan jauh sekali dari dapat menghidu gas FRU.

Amat malang sekali golongan seperti ini.  Mereka di kalangan orang yang sepatutnya meniupkan semangat Jihad tetapi begini lagak mereka.  Jika kamu tidak berminat atau gentar untuk hadir himpunan aman, usah  banyak membebel kelak kamu tidak lagi dihormati.  Jika kamu rasa 'terpaksa' hadir, lebih baik jangan hadir kerana kamu akan menyemakkan mata memandang.  Hadirlah dengan Nawaitu yang jelas iaitu untuk memperjuangkan keadilan dan menentang penipuan, InsyaAllah, dapat pahala dari Allah SWT.


1 ulasan:

  1. cubalah tgk contoh2 yg ada...mana2 negara..bukan takada

    lepas pru ..tgjwb pemimpin satukan balik rakyat(termasuk dsai tu)

    takan kat office kita tak tau sipolan tu pr, sipolan tu bn..takan xtau.. abih tu sbg pemimpin apa kita harus buat...pikiak la sendiri..

    kita nak bekerja seTEAM kat ofice..abih tu..kerajaan dah mula tgjwb dia..kerajaan pakatan bila lagi..

    BalasPadam