Isnin, 22 Julai 2013

BUBAR FAM SEGERA JIKA MAHU LIHAT SKUAD HARIMAU MALAYA DISEGANI DI RANTAU INI

TIADA jalan lain jika ingin melihat Skuad Harimau Malaya berada setaraf dengan kuasa bola sepak khususnya di Asia Tenggara ini kecuali Presiden dan pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengurusan FAM meletakkan jawatan.  Ternyata mereka gagal samasekali walaupun terlalu lama peluang telah diberikan kepada mereka.

Keegoaan FAM juga merupakan salah satu faktor terbesar yang memburukkan imej Bolasepak negara.  FAM juga tidak perlu ada Presiden FAM yang bertakhta sekarang kerana tidak nampak langsung apa kelebihan yang ada pada Presiden FAM selama menerajui FAM.  Apa yang kita nampak, prestasi bolasepak semakin merudum setaraf dengan Bangladesh dan Timor Leste malahan mungkin berada di bawah mereka, kecuali yang meningkat adalah harga tiket bola.

Kekalahan dengan Kelab Liga Perdana Thailand sudah cukup memalukan.  Sepatutnya bila sudah dimalukan oleh sebuah Kelab, Skuad Harimau Malaya patut malu untuk melamar Chelsea pula.  Tetapi soal malu bila kalah tiada pada FAM.  Apa yang ada pada otak masing-masing adalah 'fulus'.  Sebab itu, malam tadi bila bertemu Chelsea sanggup mereka tiadakan siaran LIVE di mana-mana stesyen TV kerana mereka fikir jika buat LIVE, orang ramai tidak akan datang ke stadium dan tiket tidak laku.  

Malam tadi berapa puluh ribu yang hadir ke stadium lantaran tiada LIVE?  Berbaloi kah jualan tiket malam tadi dengan kos kehadiran Chelsea ke sini?  Apakah rugi jika Astro membayar siaran LIVE malam tadi?  Apakah FAM untung malam tadi?  Yang pasti, penonton tidak juga memenuhi stadium dan Skuad Harimau Malaya telah diratah hidup-hidup bila tewas 1-4.  Seperti biasa, Jurulatih Rajagopal tetap dengan komen biasanya, "berpuashati dan ini merupakan ujian".  Meloyakan!!

Jika mahu melihat Skuad Harimau Malaya kembali disegani, FAM patut bubar sekarang.  Pilih mereka yang benar-benar berminat dengan bola bukan berminat main kuda atau bermain golf.

2 ulasan:

  1. Kembalikan FAM kepada orang awam.macamana nak maju kalau apa yg FAM buat tak boleh ditegur.ajk takut untuk mengzahirkan idea baru.duit fam banyak dibazirkan untuk protokol.pertanyaan saya
    KENAPA NAK DIRAJAKAN FAM?

    BalasPadam
  2. Dah bebuih molot becakap... rakyat pon dah bersuara... semua mata boleh melihat dan menilai prestasi skuad bola negara... tapi... biassalah... tak sapa yg berani bertindak bila melibatkan nama2 besar. biarlah kepentingan negara dan rakyat hanchorr asalkan nama2 besar ini terjulang... jadi wahai rakyat sekelian nilailah sendiri... tindakan anda amat wajar.

    BalasPadam