Isnin, 16 September 2013

PAS KUAT BILA ULAMAK SANGGUP TURUN KE AKAR UMBI

MEMPERKASAKAN Pakatan Rakyat. Itulah komitmen PAS sekarang berhubung isu kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS yang mahu agar kajian dibuat tentang Tahalluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat. Kenyataan paling bijak dan penuh berhemah adalah daripada Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menegaskan "PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak, katanya.

Ertikata lain, tiada kajian lain selain dari mengkaji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.  Jika ada di antara Ulamak di dalam PAS yang bercita-cita untuk menjadikan PAS sebuah parti yang berjuang bersendirian, maka Ulamak ini seharusnya dikaji latarbelakang beliau samada orang seperti ini boleh membantu PAS atau boleh melemahkan PAS.  
 
YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar - Adun Tanjung Lumpur
Fakta jelas menunjukkan PAS bertambah kuat bila PAS berjuang secara kolektif bersama Pakatan Rakyat.  Fakta juga jelas menunjukkan PAS menjadi lemah dan mudah di'buli' apabila parti ini bersendirian.  Kajian untuk menentukan PAS menjadi dominan di dalam Pakatan Rakyat boleh dilakukan dengan syarat kesemua yang berada di dalam PAS termasuk Dewan Ulamak juga sanggup turun ke akar umbi membantu meningkatkan pengaruh PAS.  Dewan Ulamak tidak boleh terlalu panjang di kuliah, seminat atau di masjid-masjid sahaja kerana kerja dakwah mereka boleh dilakukan bersama akar umbi dan bersama gerak kerja bersama ahli-ahli bawahan yang lain hatta hingga ke peringkat menampal poster.
 
Aku tertarik dengan YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Tg Lumpur yang juga seorang Ulamak muda di dalam PAS Pahang.   Beliau pernah tewas di dalam PRU ke 12 dulu, tetapi beliau tetap turun ke akar umbi bekerja rapat dengan ahli-ahli dan penyokong bawahan tanpa menghiraukan beliau tercalon lagi atau tidak.  Di dalam PRU 13 yang lalu, Us Rosli dilihat terlalu sibuk berkempen siang dan malam untuk memenangkan PAS terutamanya di kawasan beliau.  Apabila beliau menang di dalam PRU 13, beliau terus bekerja seperti biasa seolah-olah kempen PRU masih berjalan.  

Inilah salah satu Ulamak yang boleh turun ke akar umbi.  Ulamak yang sentiasa hadir di dalam setiap demontrasi membantah ketidakadilan atau kezaliman.  Ulamak yang sentiasa menuturkan kata-kata, " Kerja aku adalah melawan Umno kerana Umno zalim kepada rakyat".  Kezaliman dan ketidakadilan itu wajib dicegah, maka Ustaz Rosli bangkit melawan.  Beliau juga aktif di dalam program kuliah dan mengajar kitab agama di masjid-masjid, namun beliau faham PAS tidak akan boleh jadi kuat jika golongan agama hanya berjuang di masjid. 

Semoga PAS dapat membuat kajian yang lebih baik untuk memantapkan Pakatan Rakyat.  Begitu juga dengan parti-parti lain seperti PKR dan DAP agar kekuatan kita bersama akan menguburkan kezaliman Umno/Bn.

2 ulasan:

  1. Satu penulisan yang bagus berbanding ramai blogger PAS yang melatah mengikut gerak kerja Umno dengan menghentam resolusi tanpa memikir ia adalah resolusi salah satu Dewan PAS. Mereka yang mengaku ahli PAS tetapi menganggap perkara ini seperti sudah diluluskan sedang ia perlu melalui Dewan Harian, Perwakilan dan Majlis Syura Ulama PAS. Apa yang boleh gua katakan ialah mereka seperti ada agenda dan dendam peribadi terhadap seseorang yang mana jika boleh mereka mahu resolusi itu disokong Presiden supaya mereka lebih mudah melakukan kerja jahat mereka. Apakan daya rancangan mereka gagal dengan kenyataan senada TGNA dengan TGHH dan diperkukuhkan oleh Tuan Ibrahim.

    BalasPadam
  2. YB Us Rosli Jabar mmg terbaik....jika semua YB ada sifat begini lg cepat Umno berkubur...

    BalasPadam