Jumaat, 18 Oktober 2013

KALIMAH ALLAH - SAYANG NAMA ALLAH TAPI LANGGAR PERINTAH ALLAH? PUAK SIAPA INI?

ISU kalimah Allah mula dihangatkan semula.  Kita sudah banyak kali ikuti penjelasan daripada beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan 'terompah kayu', mereka berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah asalkan tidak disalahgunakan.  

Jika seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan jumpa awak nanti".  Adakah kita mesti marahinya?  Adakah dia menghina kalimah Allah tersebut?  Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah) akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan mahukan beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya?  Adakah beliau menghina nama Allah?

Tetapi, seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak...., "Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu lah yang saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas itu adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang tidak betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar.  Maka, waktu itu tindakan boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia menterjemahkan kepada "God' Tuhan yang mereka yakini.

Inilah yang difahamkan daripada beberapa golongan Ulamak yang bukan daripada Ulamak "Terompah Kayu".  Seandainya Kerajaan merasa perlu mencegah Non Muslim daripada mengguna pakai terus nama Allah samada dari segi percakapan atau terjemehan kitab mereka, tindakan itu mestilah dibuat tanpa ada kecuali di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.  Jika ada terkecuali, maka Non Muslim akan melihat agama kita tidak konsisten di dalam hukum hakam dan ini juga adalah perbuatan yang menghina agama Islam sendiri.  

Pelik bin ajaib kerana hanya di negara ini sahaja yang menjadi masalah berkaitan isu ini.  Ini adalah kerana unsur-unsur politik dan terdapat agenda perkauman dan sentimen agama cuba dimainkan oleh pihak-pihak yang mahu menonjolkan diri mereka kononnya mereka pejuang agama.  Kita tahu siapakah golongan ini.  Golongan inilah yang sebenarnya banyak menghina ugama sendiri bahkan isteri mereka sendiri tidak menutup aurat, bagaimana mereka mahu bercakap soal Kalimah Allah?  Kalimah Allah mereka sayangi kononnya, tetapi perintah Allah mereka tidak peduli.

3 ulasan:

  1. Sarawak dan Sabah boleh, Malays tak boleh org Kristen guna kalimah Allah. 1 Malaysia apa nie? Si Joseph Corrupt, seorang menteri pembodek dari Sabah pulak tidak terkesan agama dia dipersendakan oleh bani melayu ameno. Kristen jenis apa Joseph Corrupt nie? Bodek pak menteri, jawatan didahulukan, agama sendiri dipermainkan. Aku walaupun Muslim, aku sokong Sarawak dan Sabah keluar Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bende ni dh terjawab. aku islam,melayu mix. dkt semenanjung,kalimah ALLAH tu baru je the herald pakai. baru2 je nak pakai, bkn sebelum merdeka. tp sarawak dh pakai kalimah ALLAH tu sebelum merdeka lagi. and lagi satu, sarawak dulu bkn negara islam. aku ni org sarawak. tp lepas isu bodoh ni kelua dr semenanjung bnde jdi huru hara. alhamdulillah dkt sarawak n sabah kteorang hormat dgn agama lain n hormat dkt masing2. ni smue isu bodoh.. bkn nak kata bkn 1malaysia,it jst kenape the herald baru nak pakai? salam dari sarawak bro. kalau suka sarawak,duduk sini la. hehe.

      Padam
  2. bila spesis 'nfc' bawah tempurung mainkan isu agama untuk kelangsungan hayat ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam