Ahad, 17 November 2013

ISU HUDUD DI KELANTAN - MENGAPA US NIK AMAR ULAS BUKANNYA MB ATAU EXCO AGAMA?

ENTAH mengapa tiba-tiba media mula hangat menyebut tentang Hudud yang dikatakan Kelantan telah pun mendapat 'green light' dari Sultan untuk melaksanakannya.  Tok Peti Kelantan pun teruja tentang Hudud ini dan mahukan Kerajaan Negeri melaksanakannya.  

Apakah cukup dengan restu Sultan atau gesaan dari Tok Peti sahaja?  Harus diingat, Kelantan adalah salah satu negeri di bawah Kerajaan Pusat maka mahu tidak mahu Kelantan tetap berada di bawah Perlembagaan Negara.  Apakah kita merasakan Perlembagaan boleh 'merendahkan' sedikit kuasanya dari Al-Quran ?  Apa pun, tahniah, berkat PAS memerintah Kelantan maka ada sedikit demi sedikit keyakinan terhadap Hudud meningkat terutamanya di pihak atasan dan Istana.  Inilah yang selalu disebut oleh YB Husam Musa di dalam Dun Kelantan, bahawa Kerajaan Negeri mesti bersedia mulai sekarang untuk melaksanakan Hudud terutamanya dari segi teknikal.

Baiklah, mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja?  Apakah negeri-negeri lain di bawah Umno tidak berminat langsung dengan hukum ini?  Media kawalan Umporno ini memang sengaja mahu panaskan isu Hudud ini bukan sahaja untuk memberikan kerisauan kepada kaum lain yang bukan berugama Islam terhadap agenda PAS, tetapi ada tujuan lain iaitu agenda di sebalik Muktamar PAS (pemilihan pimpinan PAS) yang akan diadakan bermula 24 Nov ini nanti.

Media haprak ini ada agenda mahu menentukan pimpinan PAS yang cenderung kepada penyatuan bersama Umno akan menang kali ini.  Ada rakan beritahu, bila isu Hudud dimainkan di Kelantan, yang banyak mengulas isu ini bukan MB Kelantan tetapi Us Nik Amar.  Us Nik Amar adalah Exco berkaitan pelaburan atau tanah.  Sewajarnya yang bercakap isu ini tentunya MB sendiri atau paling tidak pun Exco yang berkaitan iaitu YB Nasarudin Daud yang memegang hal ehwal Islam dan dakwah.  Bukan tidak boleh Us Nik Amar bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri atas jawatannya sebagai Timbalan MB, tetapi isu ini isu penting yang melibatkan dasar Kerajaan Negeri maka wajarlah MB atau Exco yang berkaitan ulas dahulu.

Justeru itu, ada yang berkata ini kempen terancang media untuk mempromosikan Us Nik Amar sebagai calon yang bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam muktamar akan datang.  Bagi aku, tidak perlu Hudud mahu dijadikan kempen mempromosikan calon di dalam PAS kerana semua ahli PAS tahu bahawa PAS sememangnya memperjuangkan Hudud sejak mula PAS ditubuhkan.  Hudud bukan perjuangan individu di dalam PAS.

Media cuba gambarkan bahawa Us Nik Amar menyokong Hudud manakala Mat Sabu bukan penyokong Hudud.  Ini lah sebenarnya agenda media.  Hakikatnya semenjak PAS wujud dan Mat Sabu berada di dalam PAS, dasar PAS terhadap Hudud tidak pernah disanggah oleh Mat Sabu.  Oleh itu, jangan terperangkap dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS dengan isu ini.   


3 ulasan:

  1. dikala semua MP Umno menyokong usul hukum Hudu nanti, maka bertaubatlah wahai semua umat Islam. Bila itu berlaku...itu tandanya dunia sudah hampir kiamat....

    satu yang baik perlu dilaksanakan dengan baik juga...sebut saja hudud, ia tak ada istilah hudud pas atau hudud umno...hudud is hudud...jika gagal kesannya kepada imej orang Islam dan Islam itu sendiri...jangan ada pihak mencabar dan pihak rasa tercabar dalam melaksanakan ini. Satu pihak mencabar supaya dilaksanakan sambil menunggu2 kegagalannya utk meraih milage politik, satu pihak pula melaksanakan hanya kerana rasa tercabar dan hanya kerana janji politik...tak soh dok buat la khijo lagu ni weh...sekali rosak akibat tindakan yg salah..akan rosak selamanya...

    BalasPadam
  2. nik amar ni nampak gaya macam gila jawatan saja. Buat nik amar, mu tak yahla nak berahi sangat dengan jawatan timbalan presiden Pas tu lagipun tengok mu ni macam tak tanjak langsung utk jawatan tu. cerminla diri

    BalasPadam