Ahad, 3 November 2013

PRK DUN SG LIMAU - MISKIN, BODOH DAN TAKUT, ITU MEREKA MAHU

PRK Dun Sg Limau, Kedah menghampiri kemuncaknya.  Seperti biasa, puak-puak dacing baghdad tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak gunakan kaedah kempen yang jijik dan kotor, tidak sempurna pilihanraya bagi mereka jika jentera-jentera kerajaan Pusat atau negeri tidak digunakan sepenuhnya.

Pemberian wang tunai sudah menjadi kewajipan bagi mereka, janji-janji peruntukan jutaan ringgit itu lazim buat mereka.  Sekolah, bahkan guru dan pelajar dipergunakan semahu-mahunya untuk menghidupkan nyawa keris telanjang tanpa bersarung itu.  Mereka peduli apa tentang demokrasi.  Bagi mereka demokrasi itu "Demo kena kasi".  " I Help U, U Help Me"!!  


Mereka tahu masih ramai maruah terutamanya orang-orang Melayu yang miskin boleh dibeli.  Tidak perlu banyak, kasi seratus dua saja sudah cukup, paling tidak janji dulu dengan air liur.  Orang-orang seperti ini mereka boleh temberang mudah, mereka bukan saja miskin tetapi tiada akal untuk berfikir.  Justeru itu, orang begini tetap menjadi aset buat Dacing Baghdad.  

Selagi ada yang orang miskin, ada orang bodoh dan ada orang penakut, selagi itulah nyawa dacing baghdad panjang.  Sehubungan itu, tidak pelik jika mereka tidak buat apa-apa untuk atasi ketiga-tiga perkara tersebut.  Mereka tahu, di bandar-bandar yang terdiri kebanyakannya orang-orang cerdik dan terpelajar, mereka kecundang.  Mereka hanya jaguh di kampong-kampong dan di felda-felda saja.  Lagi kuno kampong itu, lagi kuat bertapaknya dacing baghdad.  Ertikata lain, di mana kuatnya keris telanjang itu di situlah ramai orang miskin dan bodoh.

Sebab itulah, kita mahu masyarakat di Dun Sg Limau buktikan bahawa mereka tidak sebodoh di tempat hulu yang lain.  Meskipun mereka majoritinya golongan petani dan peladang, tetapi mereka perlu buktikan bahawa di Sg Limau tidak semudah itu dacing baghdad mahu bersandiwara.  Usahlah pak-pak menteri yang sokong Apco, malahan ada kaitan dengan Sanmiguel (syarikat arak) itu datang ke Sg Limau memakai jubah dan kopiah.  Jangan lah datang ke Sg Limau hulurkan seratus dua, hulurkan kain batik dan beras atau susu tamat tempoh kepada masyarakat di Sg Limau sedangkan puak-puak itulah juga mendera rakyat bawahan dengan menaikkan harga minyak petrol.  

Naik harga minyak petrol, maka naik jugalah tambang bas dan pengangkutan awam.  Kemudian, menjelang Raya dulu naik pula harga ayam.  Tidak habis kita merungut di kedai kopi, naik pula harga gas memasak.  Baru kita nak bajet belanja dengan kenaikan itu, diumumkan pula kenaikan harga gula.  Takut rakyat marah, rupa-rupanya harga minyak memasak pun telah naik dalam diam-diam.  Puak-puak ini lah yang sekarang ini memakai kain sarung dan berkopiah datang ke Sg Limau kononnya merekalah pejuang Melayu dan Islam yang tulin.  Jangan pelik jika kita lihat kopiah atau jubah-jubah mereka nampak seperti baru beli sehari dua.  

Itulah lakonan yang patut ditolak oleh rakyat Sg Limau.  Anda mesti sahut cabaran DS Anwar Ibrahim iaitu golongan petani dan peladang di Sg Limau mesti berani mengajar 'pelakon-pelakon lawak' keris telanjang ini.  Biar mereka balik ke Putrajaya dan insaf bahawa tidak selama-lamanya mereka boleh memperbodohkan rakyat bawahan yang susah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan