Isnin, 30 Disember 2013

SEMAKIN HAMPIR 31 DISEMBER SEMAKIN BANYAK KISAH DONGENG DAN BODOH YANG KELUAR

SEMAKIN hampir hari yang dinantikan oleh tidak kurang 53%  rakyat Malaysia iaitu tarikh 31 hb Disember 2013 ini, semakin melambak cerita bodoh lagi kelakar muncul.  Sudah tentunya cerita bodoh ini datangnya dari orang yang sama pemikiran dengan jalan ceritanya.  

Cerita terbaru adalah kisah bom dipasang di Dataran Merdeka.  Si pemasang bom ini kononnya akan mengajak orang ramai berhimpun untuk guling kerajaan.  Ertinya, kerajaan akan terguling serentak dengan kematian puluhan ribu orang yang berhimpun di Dataran pada malam itu akibat terkena bom.  Kahkahkah....

Sebelum itu, Rafizi disoal siasat kerana ada email yang dihantar kepadanya mengisahkan tentang pemasangan bom di Dataran Merdeka.  Rafizi hanya penerima email yang beliau sendiri tidak tahu menahu pun siapa pengirimnya dan apa tujuan email itu, tetapi Rafizi ditahan dan disoal siasat awal lagi.  Si pengirim?  Lojiknya si pengirim akan diburu dan disiasat kerana ini kes serius.  Kes bom ini amat serius kecuali bom C4 yang membunuh Altantuya mungkin tidak serius sangat.

Kisah karut marut ini bermula bukan saja sewaktu cadangan rakyat untuk berhimpun membantah kenaikan harga barang, tetapi telah bermula sebaik saja Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS dan Mat Sabu berikrar akan pimpin rakyat untuk berhimpun secara besar-besaran tahun depan bagi membantah banyak perkara yang tidak masuk akal oleh kerajaan 47%.

Sebelum itu PAS dituduh sesat, kemudiannya Wahabi dan Syiah pula.  Mat Sabu pernah dituduh Komunis sewaktu isu Mat Indera.  Kemudian Mat Sabu dituduh Syiah.  Semenjak bila Komunis ada kaitan dengan Syiah?  Kahkahkah....

Mat Sabu tidak mengaku beliau penganut fahaman Syiah.  Ada seorang di Kedah secara terang, jelas dan terbuka mengaku sebagai Ketua Syiah.  Tidak pula orang yang mengaku ini ditahan atau disiasat, sebaliknya Mat Sabu yang tidak mengaku Syiah pula disibukkannya.  Maka dibawa sepuluh bukti kononnya Mat Sabu Syiah, malangnya kesemua bukti tersebut menjadi bahan lawak antarabangsa.  Kahkahkah...

Bila sudah terasa dimalukan, mereka tepis bukti-bukti yang mereka bawa itu dengan mendakwa itu bukti Greb B.  Mereka ada bukti Gred A, katanya.  Kahkahkah...

Bila rakyat bertanya mana bukti-bukti Gred A itu?  Mereka jawab, Mat Sabu kena tunjukkan bukti bahawa beliau bukan Syiah.  Kahkahkah....lagi lawak dan bodoh campor bengap.  Mereka tuduh Mat Sabu, Mat Sabu pula kena tunjuk bukti.  Pelik bin ajaib undang-undang mereka pakai.  Negara yang tak bertamaddun pun tak pakai undang-undang bangang seperti itu.  Usahkan ikut undang-undang Islam, ikut undang-undang sekular pun mereka gagal nak patuh.

Jelas kepada kita, kesemuanya ini adalah untuk memperbodohkan rakyat.  Cukuplah kita memandang saja kelakuan jijik mereka itu.  Kita patut turun ke Dataran Merdeka pada 31hb Disember ini hanya dengan niat untuk memberitahu mereka bahawa rakyat tidak sebodoh yang kamu jangkakan. 


2 ulasan:

  1. Orang yg nak guling kerajaan kemudian dia bomkan diri ramai2 = tak jadi guling. Sah orang yang menuduh itu semua bekas pelajar yg lari dri sekolah tiba2 dpt pegang kuasa...kelulusan apa ek?

    BalasPadam
  2. Mereka pemimpin umno species Bacul buat onak khianat kemudian menyorok belakang polis apa polis raja di malaysia ka? Tv jadi pentas tunjuk jaguh@!! Perintah negara macam mak bapak hampa punya! Species binatang pun sayang anak2 dia.Hampa species apa? Di negara China makan harta negara tak kira menteri di hukum Tembak ! Di m'sia di sanjung di bela di tatang itu kah yg.Islam ajar! Kuasa Allah mengatasi segalanya. Selepas bn kalah nanti akan hampa tau langit Allah itu tinggi ka rendah!

    BalasPadam