APABILA mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam sesumpah melutut kepada Umno, maka hilanglah maruah beliau yang dahulunya dianggap hero selepas DS Anwar terutamanya di era reformasi. Apabila berada di bawah ketiak Najib dan Bik Mama, maka nama Ezam sesumpah tidak kurang dan lebih dari nama Raja katak, Berahim Alkataki.
Kini, Ezam sesumpah ke hulu ke hilir menjadi balaci Umno disaat-saat Umno sedang nazak. Mungkin dulu pemimpin Umno merasakan jika bawa Ezam sesumpah sertai Umno akan membuatkan Umno bertambah hebat untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim. Malangnya, harapan Umno berkecai dan mungkin sekarang terasa di dalam hati pemimpin Umno betapa rugi besarnya memberikan anugerah Senator kepada Ezam sedangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ezam sesumpah selain dari menghabiskan gaji dan elaun Senator percumanya itu.
Baru-baru ini, pada 15 Feb 2013 diadakan "DEBAT" RAKYAT di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas yang kononnya pentas debat di antara Ezam sesumpah selaku Penaung Waris Malaya dengan Hassan Jati mewakili JATI. Debat bertajuk "Jom Tolak Pakatan" itu tidak diketahui siapa pencadang dan siapa pembangkang kerana debat kebiasaannya mestilah ada pro dan kontra. Tetapi Ezam sesumpah tidak kisah walaupun pentas itu terang-terang memperbodohkannya.
Lebih melucukan Hassan Jati langsung tidak nampak muka. Mungkin Hassan Jati terasa betapa bodohnya beliau jika berdebat dengan orang yang satu pemikiran dengannya. Buat apa berdebat jika sudah sama-sama bersetuju dengan tajuk debat? Bukankah itu kerja bodoh namanya. Jadi, Hassan Jati tidak mahu nampak terlebih bodoh dari Ezam sesumpah. Maka, berdebatlah Ezam sesumpah seorang diri. Sesuai dengan 'standard'nya, Ezam sesumpah pun berdebat seorang diri di atas lori ikan dan Ezam sesumpah pun berucap seolah-olah beliau berucap seperti DS Anwar di atas trailer Jelajah Merdeka Rakyat. Cukuplah dapat berangan.

Sebelum ini, Ezam sesumpah pernah melakukan kerja bodoh yang sama iaitu berdebat dengan Noh Omar atas tajuk yang disepakati bersama.
.
Bak kata rakan aku Blogger Omakkau, "Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan."

Kesihan Ezam sesumpah.