Sabtu, 23 Februari 2013

RESTOREN MAMAK JANGAN CARI PASAL !!

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA semakin gelabah puak-puak mereka untuk mencari sokongan.  Boleh dikatakan semua jabatan, mungkin termasuk dari KEMAS sendiri sudah tidak yakin dengan parti sekular peninggalan penjajah ini.  Sehari dua ini kecoh mereka berbangga dengan sokongan geng-geng restoren mamak.  Melucukan.

Kita tidak kisah mereka mahu cari siapa saja untuk sokong mereka kerana kita tahu yang menyokong mereka semuanya ada sebab musabab yang ada kaitan dengan perut masing-masing.  Dulu kisah Restoren Ikan Bakar Sekincan mahu cari makan dengan menjadi pencacai dan pengampu kepada parti keris telanjang tidak bersarung ini.  Akhirnya, Restoren Ikan Bakar 'hangus terbakar', lingkup dan ghuyub.  Pemimpin parti tetap senang lenang sambil mengagihkan wang dan kekayaan rakyat sesama mereka.

Jangan cari penyakit
Kali ini kumpulan restoren mamak tongkang mana pula yang mahu jadi balaci kepada parti yang nazak tersebut.  Kita mahu nasihatkan kumpulan restoren ini agar belajar dari Restoren Ikan Bakar Sekinchan.  Jangan menyusahkan diri sendiri bergantung kepada dahan yang reput dan telah dimakan anai-anai itu, nanti menyesal kemudian hari.  Jangan sampai rakyat boikot restoren kamu sepanjang hayat dan jangan kebencian rakyat kepada parti sekutu Apco itu berjangkit kepada kamu, wahai mamak restoren.

Jika mahu berniaga buatlah cara mahu berniaga.  Di dalam keadaan sekarang, silap langkah kamu akan menyesal seumur hidup.  Telah banyak bukti boleh kita tunjukkan betapa mereka yang sanggup menjual maruah diri dengan sanggup jadi pencacai tidak senang setara mana.  Bahkan, mereka terus merana dan yang senang lenang puak perasuah tu juga.

Khamis, 21 Februari 2013

ISU KALIMAH ALLAH - PENJELASAN KETUA PEMUDA PAS TERANG DAN JELAS

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEDIA bangsat pun berkata, Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi tidak sependapat dengan Majlis Syura PAS di dalam isu Kalimah Allah.  Malam tadi, di Program Ceramah bertempat di Keratong 4, rompin bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi dan KOBAT, persoalan ini terjawab apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tersebut merungkai isu ini.

Us Nasruddin Tantawi menandatangani kempen "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU" yang digerakkan oleh SAMM/ABU.  Kelihatan bersama Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta
Syabas kepada Us Nasruddin Tantawi kerana menerangkan kepada masyarakat tempatan dan sekitar Keratong 4 tentang putar belit media berlidah Syaitan ini.  Sebelum ini, media yang sama melaporkan kononnya Timbalan Muryidul Am PAS, Prof Dr Haron Din tidak sependapat dengan Presiden PAS apabila Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bersama Pakatan Rakyat di dalam isu Kalimah Allah ini.  Akhirnya, berita media laknat ini terbukti fitnah, apabila terbaru di Banggol Peradong, Terengganu Prof Dr Haron Din dengan tegas mahu rakyat memilih PR dan menganggap Umno umpama buah yang busuk berada di atas pokok, dijolok jatuh, tidak dijolok pun pasti jatuh.

Penjelasan isu Kalimah Allah oleh Us Nasruddin Tantawi jelas, tepat dan penuh dalil dan nas
Us Nasruddin Tantawi menegaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru Hj Hadi bersama pimpinan PR tentang isu Kalimah Allah itu TEPAT dan SEJAJAR dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.  Ertinya, Kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk memperlekeh atau menyalahgunakan kalimah itu yang bertentangan dengan sifat Allah itu sendiri bukan sahaja oleh orang-orang bukan Islam malahan terhadap orang-orang Islam sendiri.  Tidakkah pimpinan Umno dan rakan-rakan mereka sering mempersendakan hukum Islam?  Adakah lojik pada akal, orang yang cinta dan kasih kepada Kalimah Allah sanggup menghina dan memperlekehkan hukum Islam?  

Berpeluang sepentas dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Umpama kita lebih sayang kepada No Plet kenderaan daripada kenderaan itu sendiri.  Setiap hari kita gosok dan kilatkan No Plet kenderaan kita, tetapi kenderaan penuh dengan lumpur, kemek dan pecah sana sini.  Itulah ibarat Umno, bak kata Us Nasruddin Tantawi.  Lagi contoh, jika seseorang Non Muslim sebut pada kita, " Allah jadikan bumi ini".  Adakah itu salah?  Patutkah kita marah pada Non Muslim yang berkata begitu?  Jawapannya, tidak salah kerana kalimah Allah itu digunakan dengan betul, memang Allah jadikan bumi ini.  KECUALI, jika Non Muslim itu sebut, "Allah itu punyai anak".  Maka, di sinilah yang tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan sifat Allah yang tidak beranak dan diperanakkan.

Mengapa isu ini kecoh?  Ini adalah kerana yang memainkan isu ini adalah pemimpin Umno yang jahil.  Bagaimana mereka mahu memahami isu ini sedangkan jenis-jenis Najis Mughallazah pun budak-budak tolong ajar mereka.  Itulah sebabnya kita perlu tukar pemimpin negara daripada yang jahil dan zalim kepada yang lebih baik.  Itu kewajipan kita, jika tidak, rakyat negara ini akan terikut-ikut dengan kejahilan mereka.


Rabu, 20 Februari 2013

CERAMAH DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM INI BERSAMA KETUA PEMUDA PAS DAN KOBAT

MALAM ini (20/2/2013) aku dijemput berceramah di Keratong 4, Rompin bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Hassan Tantawi.

InsyaAllah, peluang untuk berjumpa rakan-rakan di Keratong 4 terutamanya di kalangan bekas-bekas tentera akan tercapai.  Kini kita perlu terus berusaha untuk menyedarkan warga tentera terutamanya untuk melakukan perubahan tanpa mereka memikul senjata.

Ayuh, bertemu malam ini, InsyaAllah.

Selasa, 19 Februari 2013

EMPAT BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA MENAMBAH DERITA UMNO

SUATU sejarah, tidak pernah berlaku menjelang PRU, bekas-bekas pegawai tertinggi di dalam tentera turut terlibat di dalam kempen membantu parti politik samada parti Umno/Bn mahu pun pembangkang.  Kali ini mereka semua turun dan tambah memeranjatkan, mereka turun membantu kempen Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan Umno/Bn kini benar-benar terasak ke dinding.  Di setiap penjuru mereka diasak dan sehingga kini terkapai-kapai untuk melawan.  Tenaga tiada lagi pada Umno/Bn, maka mahu tidak mahu, malu tidak malu terpaksa minta simpati jentera kerajaan dan pasukan keselamatan juga media di bawah kawalan mereka. 

Program PR dihalang sedaya upaya dan jika ada program dari PR yang berjaya dilaksanakan itu adalah kerana kita memberanikan diri untuk menentang ketidakadilan mereka.  Paling ketara di kawasan felda di mana sehingga ke tahap mengupah samseng untuk mengganggu dan menyekat program ceramah kita.  Apakah mereka sangka kita akan menyerah kalah?  Mereka silap besar.

Empat bekas Pegawai Tertinggi Tentera dari DARAT, LAUT dan UDARA termasuk dari bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kini mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu warga tentera bahawa mereka mesti menolak Umno/Bn di dalam PRU akan datang. 

PRU ke 13 seperti menanti Hari Raya.  Tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat Umno menyembah bumi.  Bak kata Prof Dr Harun Din, Umno ibarat buah yang sudah terlalu busuk di atas pokok, dijolok ia jatuh, tidak dijolok pun akan jatuh ke bumi.  Umno amat mengharap Dr Harun Din keluar dari PAS, malangnya ayat yang disebut oleh Dr Harun Din itu tadi amat mengecewakan Umno.  Terpaksa lah mereka meneruskan penggantungan kepada Hassan Jati, Zul Kulum, Nalla, Umi Haflda, dan sesekali guna mulut Us Nasha untuk menyerang PR.  

Umno benar-benar nazak kini.