Sabtu, 23 Mac 2013

MALAM INI AKU (KOBAT) CERAMAH DI FELDA CHINI 3



MALAM ini (23/3/2013-Sabtu) aku dijemput berceramah di Felda Chini 3, Pekan atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera).  Isu felda kita serah pada penceramah lain yang memahami isu tersebut dengan lebihb mendalam.  

Turut berceramah malam ini di Felda Chini 3 adalah:

1.  YB Haniza Talha - Exco Kerajaan Negeri Selangor
2.  Sdr Razali Alias - Ketua Penerangan PKR Pahang
3.  Pimpinan PAS Kawasan.

Semua dijemput hadir malam ini.

Jumaat, 22 Mac 2013

VIDEO TERBARU - KALI INI AKU YAKIN ITU ADALAH DS ANWAR, TETAPI......

SEKALI lagi kita dihidangkan dengan video 'episod pertama' buah tangan dari Papagomo.  Video pendek itu menunjukkan wajah yang dikatakan 'DS Anwar' seorang sedang 'berbual mesra' dengan seorang lelaki lain yang dikatakan seorang 'mahasiswa'.

Aku menonton video pendek tersebut, pertamanya watak yang kelihatan di dalam video berkenaan boleh meyakini aku wajah itu adalah DS Anwar.  Aku tidak taksub tetapi aku juga tidak lah bodoh sangat.  Aku ulang sebanyak tiga kali kerana aku ingin mendengar apa yang diperbualkan.  Setakat video yang ditunjukkan itu, pertamanya aku tidak mendengar satu patah perkataan pun yang ganjil atau mempunyai unsur-unsur pelik atau seksis.  Keduanya, aku hairan mengapa suara 'DS Anwar' tenggelam timbul dan perkataan yang keluar dari mulut beliau tidak sama dengan pergerakan bibir atau mulutnya?  Ketiga, walaupun wajahnya aku yakin itu adalah wajah DS Anwar, namun suaranya aku tidak pasti mungkin kerana kedengaran tenggelam timbul atau 'rakaman' yang tidak sempurna atau mungkin juga bukan suara DS
Anwar.



Apa pun, kita harap dengan keluarnya video ini kita mahu DS Anwar sendiri memberikan jawapan dan pengesahan siapakah 'watak' di dalam video itu dan jika beliau mengaku itu memang wajah beliau, kita juga mahu DS Anwar terangkan apakah yang berlaku sewaktu itu.  Ada rakan-rakan yang pelik mengapa kali ini tiada tarikh atau masa rakaman video itu dibuat, tetapi bagi aku itu tidak penting.  Apa yang penting adalah DS Anwar mesti menjawab persoalan utama tadi iaitu 'apakah benar itu beliau' dan JIKA BENAR, 'apakah yang berlaku ketika itu', samada satu perbualan kosong atau apa sahaja.  

Bagi aku, adalah lebih baik jika Papagomo atau sesiapa sahaja yang mahu membuktikan 'salah laku' DS Anwar untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa agar ianya boleh disiasat.  Tetapi oleh kerana ianya telah disebarkan secara umum, kita mahu DS Anwar memberi penjelasan terbuka tentang video tersebut.  Beliau harus memberi respon terhadap video berkenaan dan terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kembali respon beliau kerana rakyat sekarang sudah matang untuk membuat penilaian.  

Suka kita ingatkan kepada pemimpin Umno, apa pun yang berlaku terhadap DS Anwar rakyat tetap akan menolak Umno/Bn kerana kebangkitan rakyat kini bukan kerana batang tubuh DS Anwar tetapi kerana rakyat mahukan perubahan di dalam negara ini.  Bahkan, jika DS Anwar ditakdirkan ke penjara mahu pun mati, rakyat tetap bangkit kerana Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa hari lagi.

Untuk dikongsikan bersama anda, aku copy apa yang Blogger Anak Sungai Derhaka komen tentang video tersebut:

Cuba korang ulang balik pada part Anwar kata "Daripada rumah I la" dan cuba cakap sendiri dan tengok gerak mulut Anwar, perkataan tu kalau nak disebut memerlukan kita tutup mulut dua kali, iaitu "daripada" dan "rumah", tapi anwar tutup mulut sekali saja...
Kemudia dengar betul-betul pada 0:49 "Apa bende ni semua" ... "tapi kadang kadang, walaupun akhirnya .... tweet banyak masuk tau" ...

Kah..kah.. kah.. siapa tulis skrip ni Gomo woiii?

Orang penang tak cakap macam tu la.. agak-agak le nak buat dubbing suara pun...

Kononnya kata PapaGomo "Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara."

Tapi rasuah RM400 pun dia kedarah.. kah.. kah.. kah..

Khamis, 21 Mac 2013

HASSAN JATI DAN EZAM SESUMPAH - DARI CERAMAH ATAS LORI IKAN, KINI CERAMAH DI BAWAH TAPI TETAP TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN


Malam kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah diadakan.  Bak kata Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak digunakan...rosak kot!!  Tajuk ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat dan Dalang".  Biarpun pemimpin Umno selalu sebut jangan politikkan isu Lahad Datu, tapi siapa peduli?

Tentulah penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang.  Sekor lagi yang berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.
 
Baru-baru ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak mengkarung belaan Umno.  Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.
 
Sepatutnya setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara asing, ejen Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam itu anjuran JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang para-para pencacai yang hadir mendengar.   Tetapi lihat sahaja lah berapa ramai manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang dikenali' (ghaib) berada di kerusi kosong?  

Kadangkala kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini.  Jika dahulu sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman, setiap program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang.  Malangnya, setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak rakyat, ini lah balasan yang mereka perolehi.  Mungkin mereka tidak perlu lagi kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana jika tiada orang pun poket mereka tetap 'berisi'.

Begitulah keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim.  Di dunia lagi telah dihinakan.  Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar, lihat sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah kurang dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi Tea) sahaja.  Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang bertamaddun.  Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan dasar-dasar negara dan bukan cerita-cerita lucah.

Ehsan Foto:  Blogger Omak Kau
 

Isnin, 18 Mac 2013

JANGAN TERKEJUT ADA BINI MENTERI BACUL YANG SANGGUP MENGAKU DILIWAT

APABILA membaca kenyataan menteri bangsat tu di SINI, jelas sangat pada kita memang tepat Umporno dihuni oleh peminat-peminat porno sahaja samada mereka itu lebai kangkung, ulamak terompah mahupun tok-tok peti ais.  Jelas, menteri bengap ni menggalakkan rakyat melihat aksi lucah hanya kerana mahu rakyat percaya pemimpin Umporno itu lebih bersih jiwa dan moral mereka.

Sepatutnya, selaku Menteri jika pun beliau ada sebesar kuman iman di dadanya beliau akan membuat komen bahawa video atau gambar-gambar lucah yang kononnya melibatkan pemimpin Pembangkang itu disiasat oleh pihak berkuasa dan tunggulah hasil siasatan atau dakwaan.  Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya Menteri bengap ini minta rakyat lihat sendiri video tersebut dan buat keputusan.  Mudah betul kepala otak dia menyelesaikan masalah yang bukan sedikit kesannya kepada moral masyarakat kita.

Silapnya kita juga yang pilih orang jahil, jahat lagi bengap sebagai pemimpin.  Langsung tidak ada hati perut dan keberanian.  Sudahlah pemimpin partinya bacul untuk berdebat, gunakan media pula untuk fitnah dan aibkan orang lepas tu minta rakyat lihat hasil kerja tangan-tangan Syaitan yang tidak dikenali itu.  

Itulah tandanya Umporno semakin ke penghujung.  Jangan terkejut satu hari nanti bini menteri ini akan sanggup mengaku diliwat oleh Anwar kerana diarahkan oleh suaminya yang dayus lagi bacul itu.

Ahad, 17 Mac 2013

BERMULA DARI LUCAH, MATINYA PUN AKAN BERAKHIR DENGAN LUCAH

DARI lucah kembali kepada lucah juga akhirnya.  Memang itulah saja modal yang ada buat parti lucah bernama Umporno untuk berhadapan dengan DS Anwar Ibrahim.  Dari awal mereka menendang Ketua Pembangkang itu dari parti lucah tersebut, rakyat sudah faham dan mengerti bahawa insan yang bernama Anwar Ibrahim memang tidak layak berada di dalam parti sekutu APCO tersebut.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS pernah menasihatkan Anwar agar tidak masuk di dalam 'tong najis' walaupun nawaitunya untuk mencuci segala najis yang ada kerana pasti kelak jasad Anwar akan dilumuri Najis jua.  Terbukti benar apa yang disebut oleh Almarhum Us Fadzil Noor.  Anwar akhirnya diterajang oleh mamak kutty dari parti baru yang beliau tubuhkan itu setelah parti asal yang wujud tahun 1946 itu di'haram'kannya kerana mahu menjadi Presiden seberapa lama yang boleh.

Alhamdulillah, itu 'Kifarah' buat Anwar kerana tersilap masuk gerombolan dan beliau telah 'membayar' kesilapannya dengan 6 tahun merengkok di dalam penjara angkara fitnah jijik dan kotor oleh mamak kutty.  Mamak kutty kini masih bernyawa walaupun sudah nyanyuk kerana Almarhum Us Fadzil Noor pernah berdoa agar umur Mamak Kutty dipanjangkan agar beliau boleh bertaubat dari segala dosa fitnah dan kezalimannya jika pun tidak beliau boleh melihat sendiri bagaimana hasil kerja tangan kotornya itu mengakibatkan parti peninggalan penjajah tersebut dikuburkan di hadapan matanya.

Bermula dengan fitnah Seks ianya pasti akan berakhir dengan benda yang sama sebelum kita melengkapkan jangka hayat parti Umporno ini.  Kini, seks dimainkan lagi setelah berbagai-bagai cara dicuba untuk meyakinkan rakyat agar menolak DS Anwar Ibrahim.  Bermula dengan fitnah Liwat, ejen Amerika, ejen Israel, Liwat II, Video Seks Eskay, Ejen penceroboh Lahad Datu dan berbagai ejen lagi yang belum disebut hanyalah ejen Insuran, kini kembali pada asal iaitu Seks.  Fitnah terbaru adalah video/gambar Seks aktiviti Gay pula. Apakah ianya terhenti setakat ini?  Tidak.  Selagi Umporno wujud, fitnah tidak akan mati.  

Alhamdulillah, semakin difitnah kita dapat lihat semakin kuat sokongan rakyat terhadap DS Anwar Ibrahim.  Rakyat menyokong beliau bukan kerana taksub tetapi rakyat boleh menilai sendiri dengan akal yang sihat, bagaimana DS Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pemimpin Umporno siang malam melalui media berlidah syaitan seperti TV3 Suku dan Utusan Meloya itu boleh berani mencabar Najib Altantuya berdebat?  Pada akal kita, masakan orang yang berbuat salah berani mencabar orang yang dikatakan punyai cukup bukti dan fakta berkaitan salah laku dirinya?  Mustahil orang yang 'bersih' takut untuk berdepan dengan orang yang dikatakannya 'kotor' itu?  Berani kerana benar, takut kerana salah!!