Sabtu, 6 April 2013

TIDAK PUAS MAKI PEMIMPIN DALAM FB, ROSAKKAN PROGRAM PARTI

SEMALAM ada rakan yang juga seorang Blogger beritahu aku, beruk-beruk yang menjerit meroyan sewaktu nama Dato' Fauzi diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini adalah beruk-beruk 'upahan'.

Aku tidak mahu percaya sebab aku kenal dua tiga ekor yang menjerit malam itu bukan calang-calang orang.  Mereka adalah penyokong kuat seorang tokoh yang tergila-gila mahu jadi calon di Indera Mahkota, malangnya tidak tidak terpilih.  Mustahil mereka kemaruk kepada upah sehingga sanggup 'memalukan' DS Anwar Ibrahim malam itu.  Memang dua tiga ekor ini 'hebat' mengutuk Dato' Fauzi di dalam FB sebab mereka bukan jantan sejati yang berani berdepan.  Hero FB lah katakan.  Mereka kutuk Dato' Fauzi bukan kerana Dato' Fauzi dipilih sebagai calon, tetapi sejak dari awal dulu mereka sentiasa mengutuk Dato' Fauzi hanya kerana mereka terasa terpinggir di dalam parti.

Siapa pinggirkan mereka?  Kerja maki hamun memang mereka pakar, bila diajak berjumpa dan berbincang di dalam mesyuarat tidak minat untuk hadir.  Boleh dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat parti pun, tetapi banyak komplen di dalam FB.  Jadi, siapa yang pinggir siapa?

Inilah jenis yang bermuka-muka kononnya pejuang.  Tidak suka kepada individu mereka sanggup cuba merosakkan program parti.  Aku tahu bos mereka tidak ajar melakukan kerja bodoh seperti itu, tetapi mereka lakukan juga kerana hasad dengki.  Jika benar-benar jujur untuk menegur pemimpin atau sesiapa sahaja, rajin-rajinlah datang mesyuarat.  Bukan 'bermesyuarat' dua tiga kerat sesama mereka di dalam FB, kemudian kutuk mengutuk orang lain.
 

Jumaat, 5 April 2013

JIKA TIADA YANG SUDI, PAHANG RASANYA BOLEH TERIMA CHEGU BARD

ADAKAH Chegu Bard akan bertanding kali ini?  Atau, adakah beliau hanya diberi peranan sebagai 'penggempur' semata-mata dan ada pihak lain akan mengisi kedudukan?  Aku tidak percaya kepimpinan parti akan meletakkan Chegu Bard setaraf dengan pejuang-pejuang bawahan biasa hanya tukang tampal poster atau pasang bendera sahaja.


Chegu Bard tidak minta dicalonkan bahkan beliau awal-awal lagi berjanji sanggup pasang bendera atau poster asalkan rejim Umno/Bn tumbang.  Tapi adakah itu bermakna kita boleh bertepuk tangan dengan keputusan beliau?  Amat malang sekali jika tokoh muda ini tidak dimanafaatkan untuk membantu parti di dalam meneruskan perjuangan demi rakyat.  Adakah beliau tidak cukup diuji?  

Tidak perlu kita kisahkan semula apa yang pernah dialami oleh Penyelaras SAMM ini samada kisah beliau pernah ditahan, dipukul dan sebagainya termasuk cubaan untuk mempengaruhi beliau agar belot kepada DS Anwar Ibrahim dengan menawarkan kepadanya menonton video lucah fitnah Datuk Eskay.  Adakah Chegu Bard terpedaya?  Awal dulu, beliau juga cuba dipujuk oleh Ezam sesumpah untuk belot kepada perjuangan rakyat, namun Chegu Bard jiwa dan maruahnya tidak semurah maruah Ezam sesumpah.

Aku yakin, ada negeri yang boleh tawarkan Chegu Bard untuk bertanding di dalam PRU 13 tidak beberapa hari lagi.  Pahang bagi aku tiada masalah kerana tenaga dan semangat anak muda ini amat penting untuk membantu Pahang apatahlagi Pahang dianggap tiada tokoh muda yang berwibawa selain dari beberapa kerat anak muda yang hanya hebat berperang sesama sendiri di dalam FB.  Nasib baiklah Pahang ada anak buah SAMM didikan Chegu Bard dan beberapa orang AMK yang bertanggungjawab.  Mereka ini tiada masalah untuk membantu Chegu Bard jika Penyelaras SAMM ini sudi ke bumi Pahang.

Selasa, 2 April 2013

SIAPA KECEWA MAHU JADI PENGKHIANAT, SILAKAN !!

KHABAR angin bertiup kencang ada yang mahu jadi calon Bebas di Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang angkara tidak tersenarai sebagai calon.  Baru-baru ini DS Anwar telah umumkan nama seorang tokoh muda, wanita berkelulusan undang-undang iaitu Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar.  Pengumuman itu dibuat di dalam Program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pada 30 Mac baru-baru ini.

Adatlah, tidak semua yang dipilih oleh pucuk pimpinan disukai 100% oleh penyokong parti.  Jika tokoh yang bercadang untuk menjadi calon Bebas itu pun jika dipilih oleh pucuk pimpinan, tidak juga 100% disukai oleh ahli-ahli parti dan pengundi tempatan.  Itu biasa dan berlaku di mana-mana sahaja hatta di Parlimen Permatang Pauh sekalipun bukan semua ahli menyukai DS Anwar Ibrahim.

Apa yang penting, parti diutamakan.  Tidak suka individu, jangan bunuh parti.  Ada cara mahu tolak individu tanpa membunuh parti sendiri.  Parti ada waktu pemilihan ketua dan semua ahli berhak memilih ketua masing-masing.  Ketika ini sesuai untuk digunakan bagi menolak pemimpin yang kita rasa tidak sesuai menjadi pemimpin.  Jika tidak suka cara 'Panglima' yang mengetuai kita berperang dengan musuh, jangan kita bunuh panglima kita di medan perang.  Itu kerja bodoh, namanya.  

Aku bukan sokong individu, aku sokong parti.  Bab calon biarlah yang berhak menentukan untuk membuat keputusan.  Kita di bawah cuma boleh cadangkan atau memberi pandangan sahaja.  Jika keputusan sudah dibuat, sebagai ahli parti perlu akur apatah lagi kita sendiri tidak mempunyai asas kukuh untuk menolak calon yang dipilih oleh parti.

Calon yang tidak terpilih, terpulanglah samada mahu jadi calon Bebas atau menukar diri menjadi 'katak'.  Jika sanggup berbuat demikian, memang tepatlah parti tidak mencalonkannya kerana terdapat unsur-unsur berjuang untuk kepentingan diri.  Aku sendiri akan bangkit menentang habis-habisan mana-mana calon yang tidak terpilih yang bertanding sebagai calon Bebas kerana mereka itu adalah pengkhianat sebenarnya.