Sabtu, 15 Jun 2013

AKU CERAMAH BERSAMA YB US ROSLI JABAR DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM INI

INSYAALLAH. malam ini (Sabtu - 15 Jun 2013), aku akan berceramah di Markas PAS, Keratong 4, Rompin bersama Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar.

Kepada semua khususnya yang berdekatan di kawasan Keratong 4, Muadzam , Rompin dijemput hadir dan kita boleh bertemu di sana.  Perjuangan tidak akan berakhir selagi rejim yang zalim tidak dijatuhkan.


Khamis, 13 Jun 2013

PRA HIMPUNAN 505 DI KUANTAN PADA 20HB JUN INI

HIMPUNAN 505 tetap akan diadakan di Padang Merbok, KL pada 22 hb Jun ini nanti.  Pakatan Rakyat telah sependapat untuk menyertai himpunan ini yang turut disertai oleh gabungan NGO termasuk dari BERSIH.  Himpunan secara aman ini mendesak agar Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan segera dan PRU semula hendaklah diadakan di beberapa kawasan yang ternyata menjadi 'kontroversi'.

Sebelum himpunan ini berlangsung, NGO terdiri dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beserta kumpulan Mahasiswa dan beberapa yang lain akan ke Pantai Timur bagi kempen menggerakkan rakyat ke himpunan tersebut.  Pada 20hb Jun ini, bertempat di Kuantan, Pahang satu program yang merupakan Pra Himpunan 505 akan diadakan di lokasi yang akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.  

Di antara yang dijangka akan hadir Pra Himpunan 505 di Kuantan nanti adalah Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu, Pengerusi KEADILAN Pahang YB Dato' Fauzi Abd Rahman, Penyelaras SAMM Sdr Chegu Bard, Adun Semambu YB Lee Chean Chung dan beberapa yang lain.

Kepada semua rakyat Pahang khususnya dan di Pantai Timur, amnya diminta untuk menghebahkan program ini agar dapat menyuntik semangat rakyat untuk turun berhimpun pada 22hb Jun ini nanti di Padang Merbok, KL.  

Sekiranya terdapat perubahan kepada program ini ianya akan dimaklumkan. 

Selasa, 11 Jun 2013

RAGAM MUSIM PRU - DALAM PARTI KEADILAN YANG KADANGKALA BUAT KITA PENING

SEWAKTU parti bersiap sedia menghadapi PRU 13 yang lalu, berbagai cerita panas kita dengar terutamanya apabila senarai nama calon diumumkan.  Sudah tentu ada yang tidak puas hati dengan calon yang dipilih oleh parti, dan tidak kurang juga yang menyokong calon pilihan parti.

Di dalam KEADILAN, kebiasaannya (tidak pasti sebagai dasar parti), calon-calon bagi kawasan Parlimen ditentukan oleh KEADILAN Pusat iaitu di bawah JPRP (Jawatankuasa Pilihanraya Pusat) dengan nasihat atau pandangan KEADILAN Negeri.  Manakala, bagi kawasan DUN pula, calon-calon ditentukan oleh KEADILAN Negeri juga dengan nasihat dan pandangan KEADILAN Pusat.  Itu asas bagi menentukan senarai calon yang aku fahami.  Mungkin betul, mungkin juga banyak yang silap.

Mengapa isu calon menjadi panas?  Ada beberapa sebab yang popular.  Pertamanya, calon yang dipilih datangnya dari 'luar' dan dikatakan mengenepikan tokoh tempatan yang telah membuat kerja begitu lama.  Mengapa calon datang dari luar?  Ada juga sebab musababnya.  Mungkin parti melihat calon luar ini lebih berketrampilan untuk dijadikan calon berbanding tokoh tempatan tersebut.  Persoalannya, adakah calon luar ini datang awal ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan kerja yang sepatutnya?  Jika jawapannya tidak, maka memang tidak wajar calon luar bertanding di situ.  Ada juga sebab calon luar dipilih kerana tokoh tempatan atau Ketua Cabang atau mana-mana Ahli Jawatankuasa Cabang pun tidak bekerja di kawasan masing-masing.  Mereka mahu menjadi calon hanya atas sebab mereka pegang jawatan tetapi tidak menunjukkan komitmen menggerakkan parti.  

Benarkah ada budaya 'kronisme' di dalam KEADILAN?  Sukar mahu menjawab persoalan ini walaupun bayangannya tetap ada.  Manakan tidak, ada calon yang ditampilkan langsung tidak dimaklumkan kepada KEADILAN Negeri atau dimaklumkan disaat-saat akhir.  Paling menyedihkan calon tersebut diletakkan sebagai calon DUN yang mana sewajarnya patut ditentukan oleh KEADILAN Negeri.  Setiap kawasan DUN senarai calon kebiasaannya dibawa oleh KEADILAN Negeri ke Pusat sekurang-kurangnya dua nama.  Mengapa ada calon yang dibawa langsung tidak tersenarai di dalam pencalonan Negeri?  

Ada kes di mana nama calon yang dipilih bertindih hinggakan disaat-saat akhir pun ada dua calon yang 'direstui' oleh parti.  Apabila ini berlaku, maka wujud masalah teknikal di mana watikah keluar kepada calon yang sebenarnya tidak direstui oleh pimpinan Negeri.  Pelik bin ajaib lagi, Presiden restu calon yang direstui oleh Negeri tetapi watikah gagal diperolehi.  Ini menjadi pertanyaan yang sukar untuk dijawab.

Itu di antara beberapa kisah.  Tapi yang lebih hebat lagi, ada yang tidak dicalonkan ambil keputusan untuk keluar parti atau sengaja membiarkan diri mereka dipecat dengan cara menjadi calon Bebas.  Itulah politik sebenarnya.  Tidak kisahlah mereka mahu keluar parti, tetapi ada yang sudah keluar dari parti tetapi masih perasan mereka ahli parti dan kerap memberikan komen kononnya untuk betulkan parti di dalam masa yang sama tuding jari ke arah orang lain.  

Bagi aku mudah.  Aku tidak setuju atau tidak suka cara seseorang pemimpin itu, aku tidak akan keluar parti tetapi aku akan tentukan pemimpin itu tidak berada di tempatnya sekarang.  Itu pun jika majoriti ahli parti yang sependapat dengan aku, jika tidak, terima sajalah keputusan pemilihan parti sebab kita ahli parti.  Tidak dapat dinafikan di dalam pemilihan parti juga berlaku kelemahan, maka sebagai ahli kita tidak boleh duduk diam.  Kita perlu lakukan perubahan sedaya upaya kita agar parti kita bukan saja telus, tetapi mesti dilihat telus.


Isnin, 10 Jun 2013

HIMPUNAN 15HB DITUNDA KEPADA 22HB JUN, PENGERUSI, TIMBALAN SPR WAJIB UNDUR

HIMPUNAN 505 pada 15 Jun ini ditunda khabarnya kepada tarikh baru iaitu 22hb Jun nanti.  Himpunan tersebut berakhir dengan perkhemahan di Padang Merbuk, KL sehingga tarikh 24hb Jun iaitu tarikh MP angkat sumpah di Parlimen.

Diberitakan beratus-ratus khemah akan disediakan untuk mereka yang ingin 'berpiknik' pada tarikh tersebut sementara menantu dua tiga ekor hantu dalam SPR itu meletakkan jawatan.  SPR tidak ada alasan lain lagi, ternyata mereka gagal membuat tugas paling mudah iaitu 'dakwat kekal' .  Jika dalam bab dakwat pun SPR tidak boleh nak urus, pelik apanya bab-bab lain berbentuk teknikal yang lebih menyulitkan?

Tidak usahlah SPR 'masuk bakul angkat sendiri' kononnya SPR cekap.  50 petisyen dari pihak Umno/Bn dan lebih kurang 30 petisyen dari PR sudah cukup untuk menunjukkan betapa teruknya SPR buat kerja.  Satu sejarah di dalam negara bila Umno/Bn turut tidak puas hati dengan kerja-kerja SPR. Alasan kononnya PR sengaja mencari alasan atas kekalahan terbukti salah di mana bukti jelas menunjukkan Umno/Bn lebih tidak berpuas hati dengan SPR.  

Tiada alasan lagi.  Pengerusi SPR dan Timbalannya wajib letak jawatan.  Jangan sampai kamu makan gaji buta untuk menyara keluarga kamu.  Khidmat kamu tidak lagi diperlukan kerana menyusahkan semua orang samada di pihak Umno/Bn mahu pun Pembangkang.