MENGAPA perlu saman? Jenis pemimpin atau orang politik bangsat mana yang mahu selesaikan masalah dengan menyaman pemimpin rakan partinya sendiri? Paling menjadi tanda tanya adalah mengapa isu saman Presiden PAS ini muncul dua hari sebelum hari mengundi di PRK Dun K.Besut?
Pemimpin PKR ini seolah-olah ingin membalas dendam dengan sengaja menanti saat-saat hari mengundi untuk menjejaskan imej Presiden PAS, sekaligus menjejaskan nama baik PAS sebagai wakil PR di dalam merebut Kerusi Dun K.Besut. Apakah bijak kaedah yang beliau lakukan itu? Itukah pemimpin yang kita mahu harapkan untuk mengukuhkan PR?
Isu pil kuda bukan baru. Di dalam Kongres PKR sebelum ini Ketua AMK sudah bangkitkan. Sepatutnya isu ini sudah diselesaikan dengan baik di meja perbincangan. Kita ingatkan sudah selesai kerana isu ini senyap selepas itu, tetapi muncul secara tiba-tiba disaat kita di dalam PR amat mengharapkan PAS merebut Kerusi Dun K.Besut. Sebab itu aku mahu sebut cara itu adalah cara paling bangsat di dalam politik akibat dendam kesumat, dan tidak mustahil ada agenda di sebalik itu.
Paling bangsat orang ini buat sidang media menyatakan untuk menyaman Presiden PAS di Kuala Besut, tempat kita sedang bertungkus lumus untuk menentukan kemenangan PAS. Kononnya menderita akibat dakwaan pil kuda, itu adalah alasan paling bodoh aku dengar. Selama ini beliau boleh bertahan dengan 'derita' itu, tetapi tidak tertahan menjelang dua hari hari pengundian? Memang bangsat!!
Aku juga ahli PKR, aku juga tidak setuju jika ada mana-mana dakwaan dari mana-mana pimpinan atau mana-mana ahli parti sesama kita di dalam PR menuduh orang lain sewenang-wenangnya. Sepatutnya sebagai seorang yang matang berpolitik dan di antara yang diletak sebagai calon walaupun tidak jadi, beliau sepatutnya lebih arif untuk menyelesaikan masalah yang beliau katakan sudah cukup membuat beliau 'derita' itu.
Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis. “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.
Kenyataan Tuan Guru Hj Hadi itu kita boleh tidak setuju dan kita boleh buat bantahan secara dalaman. Tuan Guru Hj Hadi bukan maksum, kita juga tidak maksum. Apakah jika Tuan Guru Hj Hadi tersilap maka beliau harus disaman? Bagaimana jika kita pernah buat silap sesama rakan kita, apakah kita juga sanggup menghadapi saman sebagai jalan penyelesaian? Di mana otak kita? Di mana sifat timbang rasa dan tolak ansur sesama rakan kita? Jika sikap itu tiada pada diri kita, kita tidak layak untuk menjadi pemimpin jauh sekali untuk menjadi calon. Memang patut pun beliau tidak menjadi calon.
Aku bukan taksub kepada Presiden PAS, apatah lagi aku orang PKR. Tetapi bagi aku cara orang PKR seperti ini memalukan. Aku teringat dulu, sewaktu Zul Kulim berada di dalam PKR beliau juga menyaman YB Khalid Samad di atas isu Kalimah Allah. Jadi, orang ini sama saja bangsatnya dengan Zul Kulim dan aku rasa beliau tidak harus berada dalam saf perjuangan PR.