Isnin, 13 Januari 2014

BARU KU TAHU SELAMA INI KANGKUNG PUN MAHAL !!

AKU tak tahu nak tulis apa hari ini kerana masih teruja dengan sambutan "Hari Kangkung SeMalaysia" yang disambut rata-rata oleh seluruh rakyat Malaysia.  Hampir 99.9% warga FB menyambutnya dengan berbagai cara dan itu merupakan satu kejayaan di dalam 'tranformasi' Najib.

Hari ini juga radio KOBAT FM yang aku kendalikan pagi tadi mulai siaran dengan Mukaddimah "Salam 1 Kangkung".  Begitulah popularnya pengumuman Najib semalam yang tentunya membuatkan 47% rakyat Malaysia akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas keprihatinan Najib meringankan beban hidup rakyat Malaysia apabila menurunkan harga kangkung dan bayam.

Secara tiba-tiba kangkung sejenis tumbuhan yang hidup kadangkala meliar di tepi-tepi parit dan paya menjadi 'glamour' tidak kalah dengan glamournya "tok peti Bughah".  Di dalam kita sibuk memperdebatkan isu Kalimah Allah terutamanya berkaitan dengan rampasan Bible di Selangor oleh JAIS, Najib lebih tertumpu untuk memikirkan tentang kangkung.  

Jika dulu ada Profesor Kangkung, kini kita ada PM kangkung.  Satu lagi kejayaan dan sejarah yang dicipta di bawah Najib.  Apabila Najib beritahu kangkung telah turun harga, baru kita sedar selama ini harga kangkung rupanya mahal.  Bayangkan, tumbuhan yang hidup di tepi-tepi longkang dan paya dijual dengan mahal di negara ini sehingga kelmarin diumumkan turun harga.  Jika Najib tidak umum turunnya harga kangkung, aku pun tidak tahu bahawa kangkung pun mahal rupanya.

 


6 ulasan:

  1. Nasib baik tok Jib kasi tau hrga Kangkung dh turun...Pegi ke Link nih mana la tau boleh dapat duit beli Kangkung.....
    http://stayreward.com/index.php?share=14575

    BalasPadam
  2. Menteri cap ayam, PM kangkung, TPM mangkuk kut...

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi perbendaharian negara pun jadi kangkung; habis dikorek oleh puak-puak umno. Masa itu semua rakyat kena makan kangkung ! Mai, cepat tanam kangkung sekarang sbelum terlambat.

    BalasPadam
  4. Tahniah rakyat 1 Malaysia kerana Pm 1 Malaysia berjaya menurunkan harga makanan ruji rakyat Messia. Berapa RM turun ? Tahniah kepada anda macai-macai kerana anda berjaya meletakkan rakyat Malaysia sama seperti Rakyat Lagenda Singapura dilanggar Todak.

    BalasPadam
  5. baru2 ni balik kampong..kangkung pun tak ada...pucuk paku saja yg banyak...kelaurga kata, sayur memang mahal, penjual kata nak amik sayur pun takut nanti tadak org beli...jgn harap la nak makan kobis ke, caulifower ke, karet ke......tahap makan kangkung je rakyat ni..mcm arnab...tanay rosmah, bila kali terakhir dia makan kangkung?

    BalasPadam
  6. lepas ni semua jabatan n kementerian mesyuarat kena order kangkung

    BalasPadam