Khamis, 30 Januari 2014

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......

Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....

16 ulasan:

  1. Sangat setuju pendangan tuan. Tapi ramai sangat yang tunjuk pandai komen membabi buta dengan jawatan dan pengalaman ciput terutama pucuk2 hijau.. Melompat tak tahu hujung pangkal. Baru setahun jagung dalam politik..

    BalasPadam
  2. Itulah strategi politik yg memang bukan semua ahli atau rakan akan faham apatah lagi musuh. Kalau semua faham bukan strategi namanya. Selangor negeri kaya yg memang menjadi sasaran rampasan oleh BN maka PR kena advanced secara brfikir walau dalam keadaan tenang ini lah seni politik.

    BalasPadam
  3. Amat setuju sekali, DSAI lebih tahu apa yg dia buat, kita di luar ni jgn lah heboh2 sangat sbb kita pun xtahu perancangan beliau. Takkan semua butir2 nak jelas terperinci. Yang korang sibuk2 lebih apa hal??????

    BalasPadam
  4. Kita harap agar berhati-hati dengan mainan politik BN UMNO yang senantiasa mencari peluang untuk mengaburi mata rakyat. Apakah sebahagian rakyat masih lagi terumpan dengan janji manis BN? Apa jadi sekarang bila BN di beri mandate........kos penghidupan semakin meningkat? Orang kaya mewah UMNO apa peduli?

    BalasPadam
  5. Kita sedia maklum siapa Anwar..beliau pernah menjadi org penting negara dan juga org yg tersengsara dinegara ini..sudah masak dan arif sepak terajang permainan politik dimalaysia..jadi kita sebagai rakyat marhain ini..JGN menuduh dan membuat andaian membabi buta..apa yg dibuat adalah satu strategi politik beliau dan sure ini bukan tindakan one man gang..kerana seperti yg kita ketahui..PK terdiri dri 3 komponen..pasti nya sudah dibincankan trlebih dahulu..dengan mjlis tertinggi..jadi apa pun methedologi nya..saya percaya Anwar tak kan mengadaikan PR...pasti ada agenda bagi realisasikan impian dan jua pastinya utk kebaikan rakyat semua..Kajang hanya satu mekanism kearah itu..pada semua marilah kita sama2 munajat semoga Allah SWT memperkenankan segala tindak tanduk yg baik itu..dan semua berjalan dgn lancar dan PK menang dlm pilihanraya Kajang ni dan seterusnya menghurup udara politik yg baru..pesanan saya jgn mudah lupa apa pun taktik musuh...yg tidak pernah lupa dan lalai menyucuk jarum beracun kepada urat nadi kita semua..

    BalasPadam
  6. Bersangka baik la.Anwar pun nak runtuhkn BN.kalau strategi didedahkan,senang la musuh tangkis

    BalasPadam
  7. Paling baik semasa kempen PRK DUN Kajang nanti. BN/UMNO dah tiada langsung modal, tetapi PR/PKR akan mempunyai modal yang melimpah ruah untuk dibicarakan. Apatah lagi dalam keadaan PM Kangkung yang semakin tertekan kini...... Oleh itu sila lapangkan dada dan lihat kemajuannya dan hasilnya nanti seperti pendapat Wan itu. Saya amat sokong 300%.

    BalasPadam
  8. Ya...saya pun sokong. So udah2 le buat ulasan dan andaian. Jom kita buat kerja pulak, Sokong DSAI.....

    BalasPadam
  9. Ada dua ja pilihan..barisan dan pakatan. Tak ada pilihan lain. Kalau nak status quo pilihlah barisan. Kalau nak perubahan pilihlah pakatan..

    BalasPadam
  10. Anwar mbik tindakan d kajang sapa yg meroyan, terus che det meroyan ... Najib releks je jd che det dah ade plan nak turunkn najib yg mna target dah ttntu la negeri selangor, bile anwar dah k selangor che det dah tpksa tukar plan baru plak

    BalasPadam
  11. PERGI JAHANAM UMNO DAN MAHATHIR KUTTY !!!

    BalasPadam
  12. Lawak la...strategi berbaik dengan DSAI untungkan PAS. Jangka pendek, memang la...jangka panjang? Dulu PAS tak ada puak, sekarang dah berpuak...pencapaian la tu.

    PAS disokong oleh semua kaum? Hehe...tapi cuba kira berapa peratus kaum sendiri yang masih yakin pada perjuangan PAS? Nak harap bukan Islam? Sementara mereka boleh pergunakan, mereka sokong la...

    BalasPadam
  13. Trust DŠAI, the master strategist just like DFN. May Allah help us.

    BalasPadam
  14. Ramai negarawan dunia dr dulu hingga kini mengambil usaha yg kontroversi antaranya sultan salahuddin al-ayubbi yang bertindak kontroversi sebelum beliau dianggap perwira oleh umat Islam sebagai pembebas al-aqsa. Boleh baca sejarah beliau.

    BalasPadam
  15. Kita lihat sekarang semua komponen BN dan pecacai telah mula serang peribadi Anuar bahkan penguam yang dilantik dalam kes rayuan jubur pun telah buat keritikan dalam berita Tv tiga suku apakakah maknanya itu melihatkan kegelabahan BN untuk menghadapi PRK kajang yang tak mungkin menyebelahi mereka, ayuh pemilih DUN Kajang keluarlah beramai-ramai untuk menumbangkan BN

    BalasPadam