Khamis, 16 Januari 2014

ISU KANGKUNG - PEMUDA UMNO TERENGGANU JANGAN MEROYAN, "KANGKUNG KITE BERSAMA, KE GUANE?"



TADI aku terbaca kenyataan yang amat "menakutkan dan mengerikan" dari Pemuda Umno.  Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.  "Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.  (MI).
 
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.  Di dalam minggu ini, hampir seluruh media sosial FB dan Blog mengisahkan tentang "kangkung".  Radio KOBAT FM juga menjadikan lagu "Lenggang Kangkung" sebagai iklan sepanjang minggu ini dan akan diteruskan pada minggu seterusnya.
 
Pecah perut rakyat Malaysia ketawa apabila bercerita pasal kangkung.  Kangkung, Kongkang dan Kangkang.  Amat melucukan.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana level PM boleh berbangga dengan turunnya harga kangkung yang hanya boleh dikutip di tepi jamban atau paya itu.  Paling menarik, di dalam Twitter MP Kinabatangan, Bung Mukhtar, beliau dengan bangganya menyebut beliau tidak makan kangkung tetapi makan makanan yang lebih 'standard".
 
Standard rakyat kangkung.  Hadiah kita selepas PRU13 selain dari hadiah kenaikan harga minyak, ayam, ikan. gas memasak, letrik, tol, gula dan sebagainya.  Jangan khuatir, masih ada lagi 'hadiah' untuk kita nanti.  Berbalik soal kangkung, apa masalah Pemuda Umno ini meroyan?  Kita bukan fitnah.  Bahkan PM sebut sendiri harga kangkung turun itu di bumi Terengganu.  Jadi, sepatutnya Pemuda Umno Terengganu mesti mengadakan Solat Kesyukuran menyambut pengumuman itu.  Bahkan, sepatutnya ada wakil dari Terengganu yang boleh 'bernazar' berjalan kaki dari K.Terengganu ke Putrajaya kerana turunnya harga kangkung.
 
Apakah kita gentar dengan amaran Pemuda Umno itu?  Ohhh....kirim salam berbanyak.  Kangkung bukan hak milik mu sorang..."Kangkung Kite Bersama, Ke Guane?"
 

4 ulasan:

  1. elllehhhh pemuda amno ganu ko ingat orang takut ke dengan ugutan ko tu..he he he....nak jadi pengampu konon..piiigiirahhh mat kangkong hehe

    BalasPadam
  2. tambah kutuk sikit lagi...aku la ni dah sampai peringkat kritikal dah trauma aku bila dengaq saja nama PEMUDA AMNO..macam2 rasa ada. rasa nak termuntah hijau rasa nak pengsan rasa terberak rasa nak gelak rasa nak nangis rasa nak menerajang rasa and rasa macam2 lagi....Menyampah

    BalasPadam
  3. Pergerakan Pemuda Umno Terengganu mmg bodo mcm lembu Mami Ijat..

    BalasPadam