Isnin, 10 Februari 2014

ISU PRK DUN KAJANG - FORUM "KONTROVERSI" DI ANTARA ORANG KUAT PKR PAHANG DAN MP DARI PAS


BERMULA dengan "peperangan' di FB dengan berbagai hujah dari perbagai pendapat dan pandangan khususnya berkaitan isu PRK Dun Kajang.  Dari golongan bawahan dan facebookers, sehingga ke yang mempunyai kedudukan di dalam parti turut bersama meraikan pendapat.  Terdapat hujah yang bernas, ilmiah dan penuh hikmah, tidak kurang juga terdapat hujah yang emosional.

Semuanya bermula apabila Wakil Rakyat dari PKR mengosongkan kerusinya di Dun Kajang.  Kemudiannya tidak sampai 24 jam diputuskan melalui PR bahawa DS Anwar Ibrahim adalah calon yang bertanding di Kerusi tersebut.  Di peringkat ini, PR telah dimaklumkan tetapi yang hangat diperdebatkan adalah sewaktu cadangan Kerusi tersebut mahu dikosongkan, mengapa PR tidak dimaklumkan terlebih dahulu?

Baiklah.  Apabila kita mendengar sendiri penerangan yang diberikan oleh Sdr Rafizi Ramli salah seorang yang terlibat di dalam 'strategi' ini (rujuk forum di Radio Bangsar), sememangnya tindakan mengosongkan kerusi tersebut 'perlu dirahsiakan' di peringkat awal KECUALI beberapa pimpinan kanan dari PR telah dimaklumkan.  Di pihak PAS, Sdr Rafizi menyebut yang mengetahuinya adalah SU Agong PAS sendiri, Sdr Mustafa Ali dan juga pemimpin kanan dari DAP turut dimaklumkan sebelum tindakan mengosongkan Kerusi tersebut.  Ertinya, tidak benar samasekali tindakan ini dirahsiakan terus dari rakan-rakan PR.  Mungkin tidak ramai yang tahu di Selangor, bahkan ada pimpinan PKR di Selangor turut terkejut pada awalnya.   Oleh kerana ianya disebut "strategi", maka PKR Selangor pun ramai yang tidak tahu.

Sebab apa dikosongkan?  DS Anwar di dalam ceramahnya sewaktu Program Hi-Tea di Kajang baru-baru ini menyebut, betapa perlunya tekanan Umno/Bn yang semakin hebat di Selangor ini ditangani.  Kemelut Azmin-Khalid salah satu faktor yang boleh menyebabkan Selangor lemah, tetapi faktor paling besar adalah dari segi kepimpinan, gerakkerja, strategi yang mantap perlu dilakukan untuk menghalang perancangan rejim untuk merampas Selangor dengan berbagai cara.  Tokoh yang difikirkan oleh pihak yang dikatakan berbalah iaitu Azmin dan Khalid bahawa tokoh yang harus berada di Selangor ini mestilah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak termasuk rakan-rakan dari PR.  Siapa tokoh yang boleh membaca strategi Umno ini jika tidak DS Anwar Ibrahim?  Anda tidak bersetuju itu tidak mengapa, tetapi itulah yang PKR fikirkan. 

Kedah dan Perak menjadi sejarah apabila ianya tidak ditangani dengan strategi yang betul.  Di Perak, wakil PKR dan DAP menjadi katak maka jatuhlah kerajaan PR.  Jika strategi diamalkan, apabila kita terhidu ada tanda-tanda bahawa Wakil Rakyat dari PR sudah mula lain macam atau ditekan dengan berbagai tuduhan rasuah, di dalam bilangan kerusi yang begitu kritikal dan kerajaan yang tidak begitu kukuh waktu itu, tentunya strategi bubarkan Dun Perak lebih bijak.  Ertinya, Pilihanraya perlu diadakan dan kemungkinan kita boleh mendapat mandat semula.  Begitu juga di Kedah.  MB Kedah amat baik dan telus, seorang Ulamak yang tidak boleh kita pertikaikan kebersihan pentadbirannya.  Namun, terdapat beberapa isu yang kontroversi yang dilihat berlaku seperti isu KUIN, isu Saham FGVH yang turut disertai oleh Kerajaan Negeri yang mana akhirnya ditarik semula setelah dikritik hebat.  Ada beberapa isu lagi yang pastinya bukan isu rasuah atau seleweng, tetapi isu pentadbiran di samping terdapat juga perbalahan MB dengan Exconya.
Kita gagal mengesan bayang-bayang kejatuhan kerajaan ini.

Di Selangor, sejak tahun 2008 di awal PR memerintah, bermacam-macam isu berlaku.  Bukannya rasuah atau penyelewengan, tetapi terdapat usaha memainkan sentimen agama dan kaum.  Unsur sabotaj pun ada, bahkan dihari pertama TS Khalid berada di Pejabat MB, sudah dikesan satu kamera tersembunyi dipasang di dalam pejabatnya.  Untuk apa kamera itu jika bukan untuk sabotaj dan berniat jahat?  Ertinya, di dalam pejabat MB sudah ada 'musuh-musuh' TS Khalid.  Isu serbuan JAIS terhadap Gereja tanpa memaklumkan kepada MB dan Exco, ini semua tandanya apa?  Bukan sekali berlaku.  Selepas PRU 13, tekanan dilihat semakin kuat.  Isu perkauman dan sentimen agama, yang peliknya hanya di Selangor dan Penang, dua negeri termaju ini sahaja berlaku isu ini.  Mengapa?  Sebab mereka terlalu ingin merampas Selangor, negeri terkaya itu begitu juga Penang.  Isu Kalimah Allah hebat dimainkan di Selangor dan Penang, sedangkan kita tahu penganut Kristian atau gereja bukan sahaja berada di Selangor atau Penang sahaja.  Tetapi mengapa dua negeri termaju ini menjadi sasaran mereka?

Mungkin, DS Anwar melihat perkara ini sejak tahun 2008 lagi.  Ianya semakin parah dan beliau amat bimbang seandainya 'penyakit' ini tidak ditangani dengan baik.  Lojikkah di kala MB Selangor mahu naikkan elaun Wakil Rakyat begitu tinggi, dengan mudah Wakil Rakyat Dun Kajang ini letak jawatan tanpa sebab?  Lojikkah Anwar yang pernah duduk di jawatan Pemangku PM,. Timbalan PM, begitu gila mahu jadi MB?  

Benarkah DS Anwar bakal jadi MB Selangor?  Seperti yang disebut oleh beliau sendiri, kemungkinan itu ADA, TETAPI semuanya akan diputuskan oleh rakan-rakan di dalam PR Selangor.  Seandainya, majoriti di dalam Dun Selangor menolak DS Anwar, beliau tidak boleh jadi MB walaupun menang di PRK Dun Kajang.  Itu faktanya.  Tetapi, kehadirannya di Selangor (jika menang) walaupun bukan sebagai MB, tetap memperkuatkan PR Selangor itu tidak boleh dinafikan.  Di samping itu, ketegangan Tim Khalid dan Tim Azmin boleh diredakan dengan kehadiran DS Anwar walaupun itu bukan faktor utama DS Anwar ke Selangor.  "Serampang dua mata".

Apabila kita sebut "strategi" ada rakan yang sebut itu hanya alasan semata-mata.  Bak kata Rafizi, PKR buat satu tindakan yang terlalu tinggi risikonya.  Mengambil tindakan yang berisiko lebih baik daripada membiarkan masalah yang lagi tinggi dan dahsyat risikonya.  Rafizi telah mohon maaf seandainya "strategi' ini menyusahkan rakyat, tetapi PKR tiada jalan lain lagi.  DS Anwar perlu masuk juga ke Selangor, bab menjadi MB itu soal kedua, biarkan rakan-rakan yang tentukan.  Yang penting, DS Anwar berada di saf hadapan bersama TS Khalid, Azmin, pimpinan PAS dan DAP berganding bahu memperkuatkan negeri contoh PR ini.  Tentunya pihak rejim kini amat suka kita berbalah sebab mereka amat kecewa perancangan mereka hampir gagal setakat ini untuk merencanakan sesuatu di Selangor.  Percaturan bahaya ini memberi kesan kepada Umno sebenarnya.

Ada strategi yang perlu kita hebahkan kepada askar-askar kita, ada strategi yang hanya beberapa pegawai atau jeneral tentera sahaja yang memikirkannya.  Apabila saat untuk menyerang, barulah strategi ini didedahkan kepada semua askar.  Ini bagi mengelakkan daripada musuh dalam selimut menghidunya dan mereka bertindak untuk menghalangnya dengan berbagai cara.  Memang sukar untuk kita menerangkan sejelas-jelasnya tindakan ganjil ini, tetapi InsyaAllah, di suatu masa nanti kita akan dapat memahami mengapa tindakan ini perlu diambil.  

Sdr Rafizi akhirnya menyerahkan kepada rakyat.  "Jika rakyat merasakan kami menipu anda, hukumlah kami di dalam PRK nanti".  Usah bicara soal perjuangan jika takut menanggung risiko.

15 ulasan:

  1. Hebat betul fantasi dan imaginasi anda.

    Rahsia strategi apa...? Langsung tak ada apa2 value nkj dirahsiakan. Umnoporno pun buat tak kisah.

    Strategi rahsia tak munasabah jika skrg ni pun semua org dah memberi pelbagai interpretation yg membuka strategy yg kononnya dirahsiakan..termasuk blog ini.

    Terima lah hakikat. .strategy yg dimaksudkan hanya lah percaturan yg mrmbolehkan seseorang itu lebih relevant dan nmpk lebih dinamik.

    Semua ini hampeh dan politik poyo saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti komen dari penyokong tegar Din Ayam. Nampak sangat puak serpihan PAS ni gila kuasa dan suka memecah-belahkan saf.

      Padam
    2. Assalamualaikum,

      Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

      Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

      Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.

      Padam
  2. Teresa Cock yg patut ltak jwtan..Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib yang patut meletakkan jawatan...bangang, boros, kuat tedarah rasuah, takut bini, menyusahkan serta membebankan rakyat, terus-terusan memperlembukan pencacai umgok...

      Padam
  3. Dunia semakin dinamik dan pentas politik perlu vitamin yang secukupnya dari masa ke semasa. Setiap perkara ada kosnya termasuk langkah ke putrajaya. Melayu usah fikir ditakuk lama. Lawan PR ini banyak tipu helah dan jahat yang mana PR perlu melangkah beberapa tapak ke hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strategy kononnya itu sebenar nya dirahsiakan dari YB MB Selangor. Umnogok sebenar nya tak ambil port pun perkembangan ini. Skrg team MB sedang bersiap utk mempertahankan jawatan MB. Isu ini tiada keba mengena dgn road to putrajaya kita. Ini adalah masalah dalaman. YB DSAI tak perlu jadi Yb utk menyelesaikan masalah Sgor. Perlu ke selepas ini Najib pula bertanding di johor jika dia nak menyelesaikan masalah disana?

      Ini semua percaturan karut marut. Hanya kamu yg minda kurang bijak saja yg menelan apa saja yg kelentong si Rafizi blue boy DSAI itu.

      Bagi kami rakyat Sgor, MB skrg ni akn kami pertahankan.

      Pls use a bit of your common sense la..........

      Padam
  4. Sbb Melayu ditakuk lama la Cina skrg makin berani memijak kepala melayu. Anon 10.09, ko dh termakan nasi kangkang Terrersuck Cock ke? Buta mata buta hati...ptuihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu umngok je yang masih berada di takuk lama sebab terlalu lama menghidu bau bontot rosmah. Melayu umngok saja yang takut dipijak kepala sebab mereka pecacai yang hina, pengecut, jual tanah rezab Melayu kepada China, bila dapat kontrek lari pergi cari cukong China, lepas tu jerit macam orang gila bencikan China...kepala hatuk kau orang lah umngok bongok!

      Padam
  5. dh agak dh pencacai Umno pasti main isu perkauman punya...kat komen sini pun dh main perkauman....tak pasal2 khir toyol mintak maaf kat teressa kok....kahkahkah....main la lagi....bila baca komen korang yg bodo cam lembu kondo ni,,,,lagi la aku btambah yakin mmg patut pun Anwar masuk Sgor....baru nk btanding belum menang lagi korang dh meroyan....kahkahkah...relaks bebbb....relakss,,,belum tahu lagi anwar jadi MB ok...tarik nafas dulu ok...kahkahkahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahs huhu hihi penjilat lendir teresa kock
      Cina nak naik tocang kau cerita pasal perkauman. Lu ingat cina ambil pedulik kaa. Bahlol punya melayu tongsan HAHAHA HAHAHA! !!

      Padam
  6. kalau umno bertanding di kajang,aku sanggup pi jumpa teressa kok desak dia letak jawatan utk bertanding di kajang....amacam?

    BalasPadam
  7. Desak Najib letak jawatan atau Noh Omar ok gak kot....kiki

    BalasPadam
  8. Apa-apa pun UMNO adalah setan dunia seperti musang berbulu ayam, pura-pura berbuat baik pusing belakang habis dia kebas. Berhati-hatilah dengan spesis ini nanti kita dibuatannya telanjang bulat lebih terok dari pengimis. Sokong UMNO bawa keperitan hidup jangan tak sedar tu wahai macai-macai.

    BalasPadam
  9. selepas PRU 13 sepatutnya tumpukan memenuhi amanah rakyat di selangor.walau apa alasan: strategi ke atau menguatkan pr selangor ke adalah tak wajar. akhirnya memenuhi kepentingan pihak tertentu.membazir masa dan tenaga!

    BalasPadam