Khamis, 27 Februari 2014

KHALID TIDAK LAGI HORMATI ANWAR?

TENTU ramai yang terkejut di tengah-tengah rakyat Selangor bergelut dengan krisis air di Selangor, tiba-tiba "lembut hati'nya Kerajaan Pusat membuat perjanjian dengan Kerajaan Selangor berhubung pemilikan konsesi air di Selangor.  Mahu ucapkan syabas juga kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya akhirnya disaat rakyat Selangor mula merungut dengan masalah air sekarang, tambahan pula kita sedang menghadapi suasana kempen PRK Kajang.
 
TS Khalid - Tiada ilmu politik
Bukan perkara itu saja yang mengejutkan, malahan kita juga terkejut kerana Penasihat Ekonomi yang juga Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan akan ada perjanjian ditandatangani di Putrajaya semalam.  Anwar beritahu dari semasa ke semasa butir-butir perjanjian itu dimaklumkan kepadanya, tetapi di saat ia mahu ditandatangani, tarikh, tempat dan waktu, Anwar langsung tidak dimaklumkan.  Sama seperti penyediaan Tim Bolasepak, ketika memilih pemain untuk bermain sama-sama berbincang, tetapi ketika waktu perlawanan disenyapkan.  
 
Petikan dari Malaysian Insider, "Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.

Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.

"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi
(Malaysian Insider).

Oleh sebab itulah, apabila ada yang berkata TS Khalid seorang yang amat bijak menguruskan negeri aku setuju 101% dan terbukti sememangnya sedemikian.  Siapa boleh nafi TS Khalid lebih hebat dari pemimpin Umno memerintah negeri?  Jangan bandingkan dengan Khir Toyo mantan MB Selangor, terlalu jauh bezanya.  Memang TS Khalid hebat dan mungkin lebih hebat dari Azmin Ali jika Azmin dilantik jadi MB Selangor.  

Tetapi, apabila ada yang berhujah TS Khalid "ZERO' dari segi politik, aku sukar mahu menafikannya.  Bacaan politik, moral politik dan akhlak berpolitik mungkin tiada di dalam pengajian TS Khalid selama ini.  Maklumlah, beliau asalnya bukan orang politik.  Beliau dari golongan bangsawan korporat.  Beliau bukan lahir dalam politik berperang dengan musuh di medan politik waktu era reformasi atau sebelumnya.  Tentulah strategi atau ilmu dan peradaban politik tiada dalam dadanya.  Mungkin silap besar agaknya apabila beliau naik menjadi MB Selangor atas kuasa politik.

Siapa boleh nafi TS Khalid naik atas kuasa politik?  Beliau menjadi Adun setelah menang Pilihanraya melalui partinya iaitu PKR.  Menjadi Adun membolehkan beliau dilantik menjadi MB.  Apabila sudah menjadi MB, mana mungkin beliau boleh campakkan uniform politik beliau?  Munasabahkah beliau boleh menandatangani perjanjian penting dengan Kerajaan Pusat tanpa pengetahuan 'bos'nya walaupun beliau adalah MB?  Sedangkan sebelum ini butir-butir perjanjian dibincangkan bersama 'bos'nya tetapi apabila sampai waktu mahu direalisasikan, 'bos'nya tidak tahu menahu?

Itu bukan cara orang politik.  Beliau mungkin sudah lupa beliau adalah MB yang naik atas sokongan politik.  Beliau juga lupa beliau ada ketuanya di dalam parti.  Memanglah, DS Anwar pun kata pada prinsipnya beliau bersetuju dengan MOU yang ditandatangani itu, tetapi kita dapat rasakan ada rasa 'kecil hati' Anwar dengan sikap TS Khalid yang seolah-olah mula merasa besar kepala dengan pujian demi pujian yang diberikan kepadanya selama ini bahkan selalu dipuji oleh 'bos'nya itu.

Oleh yang demikian, mungkin sudah sampai waktunya kita mahu seorang MB bukan saja cekap mentadbir negeri dengan baik dan telus, malah mesti tahu adab berpolitik, mesti sentiasa bertangungjawab terhadap partinya sendiri.  Tok Guru Nik Aziz bukan saja seorang Ulamak, beliau seorang pentadbir dan politikus yang cekap.  Sebab itulah dizamannya amat sukar untuk musuh masuk menyerang atau untuk lakukan sabotaj dari dalam. 
 
 

16 ulasan:

  1. TS Khalid utamakan rakyat dari bossnya. Byk halangan dan rintangan yg TSK lalui utk nengatasi masalah air di Selangor. .dan halangan itu sememangnya dari dalam PKR sendiri.

    Beliau bosan dgn kerenah politik, dendam dan permusuhan oleh org tertentu dlm PKR dgn kjaan Persekutuan. Bagi TSK rakyat menjadi keutamaan.

    Justeru itu beliau mengambil tindakan tersebut disaat akhir beliau memegang tampuk kjaan. Perjanjian berkenaan mungkin tidak akan berlaku sekiranya org lain yg menjadi MB. Dan yang akan merana adalah rakyat Selangor.

    Untuk itu kami ucapkan syabas pd TS Khalid dan nenyokong beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan Selangor Darul Ehsan.

    Dan kami yakin DYMM Sultan Selangor juga berfikiran begitu.

    BalasPadam
  2. Satu matlamat. Pakatan menawan Putrajaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matlamat tak mungkin menghalalkan cara...fikir2 la

      Padam
    2. DAPigs tawan putrajaya dibontoti melayu bongok tak sedar diri

      Padam
    3. Wahai, Tanpa Nama, ko ni yang xadak peler, cuba letak nama bila komen.

      Padam
  3. Ygkuat politik tu aper maksudnya? Kuat menipu? Kuat putar belit? Ituke yg rakyat slgr nak? Ko cakap khalid zero politik.. aper maksudnyer? Tetiba dier slam perjanjian air dimuka anwar... tengah bagitau bosnyer... don't fcuk with me... tu zero politik ke? Ataupun bosnyer juga lupa yg dier ader boss juga... munasabah ke rakyat kajang tidak menahu tentang kajang move ni. Itukah kuasa politik yg dimaksudkan kau? Anwar je yg betul.. org laen semua salah..

    BalasPadam
  4. Walaupun tuan guru nik aziz hebat...masalah air dikelantan masih lagi berlaku. Walaupun RM600juta diberi pinjam kpd kerajaan kelantan dan kerajaan kelantan lantik sykt swasta urus air tp masih gagal. Ini berlaku semasa tuan guru nik aziz. Dn semasa perjanjian dilakukan antara kerajan negeri dan persekutuan serta syarikat swasta...tiada pun presiden PAS kat situ... Allahyarham Hj. Fadhil Noor.. jgn jadi berpilih...ini manusia... TSK adalah MB Selangor. Anwar adalah Penasihat PKR...bukan pun presiden.. so, betul la TSK buat tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. KHalid sedang membakar Selangor, dengana melakukan perjanjian beliau sudah menjual kepentingn rakyat Selangor. Betul cakap Rafizi, jumlah kos akan sampai ke RM20 billion. Tariff air akan naik. Khalid tidak bercakap benar dari awal lagi.
      Khalid sedang dendam membara, kerana terasa akan hilang jawatan MB. Dalam diam beliau sedang berperang dengan Anwar dan PKR. Beliau sudah berbaik dengan UMNO dan tiba2 sampai ke Kelantan atas urusan kerjasama. Selama 1 penggal belliau tidak ambil kisah tetiba teringin nak buat perjanjian. Apa mesej yang dibawa ke Kelantan dari Najib. Itu perjanjian satu helah saja, yang sebenarnya beliau sedang bersiap hadapi kemenangan Anwar dan lawan Anwar bagi mempertahankan jawatan MB. Untuk itu, ia akan minta baantuan PAS Selangor, jadi jumpa lah boss2 PAS. Khalid sudah jadi paksi UMNO. Awas PKR, akan berkubur di Selangor.

      Padam
  5. Itu lah masalah nya bila penyokong terlalu fanatic dan emotional. ..bercampur pulak dgn perasaan dendam dan dengki khianat langsung tak mampu berfikir secara rational dan guna akal fikiran logik.

    Jadi jgn marah la kalau penyokong pkr digelar zombies

    BalasPadam
  6. Mmg Tn Sri Khalid naik atas kuasa politik. Tp dia berkuasa atas negeri itu. Yg nuar berahim ni apa plak? lg teruk. naik atas kuasa isteri saja. jd penasihat pun dilantik jugak. atas kuasa politik n kuasa isteri jugak. Jd tak payahlah dia memandai-mandai sngt. ulusan pemilik blog pun npk berat sebelah. npk sgt belah nuar berahim ni...podahhh...nuar berahim tak layak dok kajang n jd MB...

    BalasPadam
  7. sjk anwar nk tanding d kajang tetiba ramai geng pr pro anwar ptikaikn tan sri khalid , sblym pru 13 semua yg d buat tsk d puji melambung....heran...heran.... mcm exco pkr , dap n pas x berperanan plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan x berperananla bro,...dia org tunggu dan lihat situasi semasa....

      Padam
  8. Nak sokong anwar tu boleh...jgn perkecilkan sumbangan Tan Sri Khalid...rakyat selangor lebih faham dari org luar...dan rakyat selangor pun suka jika anwar masuk dlm Dewan Negeri Selango...tapi penyokong fanatik agak2 la nak kondem T S Khalid...

    BalasPadam
  9. Hehe. ..nak buat camno...zombies mcm tu la perangai depa

    BalasPadam
  10. Kah kah kah. Bodo macai umnogok ko ingat ko bole spin feveret kami DSAi kami tetap sokong dsai calun ahli parlimen kajang kami

    BalasPadam
  11. Salam..
    Wahai manusia...fahamilah..! setiap orang ada tanggungjawab..TKI ada tgjwb..DSAI juga ada tgjwb.. kita jalankan tgjwb masing2. Jangan kacau boleh x? PRK Kajang tetap PR punya..ok!

    BalasPadam