Isnin, 17 Februari 2014

SIAPA BAKAL PENGUNDI ZAID IBRAHIM ?

MAKA, Zaid Ibrahim yang telah lama menyepi masuk semula ke gelangang politik.  Berselera pula dia bila Kerusi Dun Kajang kosong sekarang.  Ok, tidak mengapa kerana itu hak beliau untuk meraikan demokrasi dan kita tidak perlu larang beliau masuk bertanding walaupun Umno/Bn terus menyepi di dalam soal calon mereka. 

Mengapa Zaid masuk bertanding di Kajang?  Seperti beliau sebut, pertamanya 'hadiah valentine" untuk isterinya setelah 'dapat restu' untuk bertanding.  Kedua, untuk pastikan Anwar tidak boleh jadi MB.  Itu saja.  Terliurkah rakyat Kajang dengan tawaran Zaid ini?  


Siapakah agaknya pengundi Zaid nanti?  Jika Umno/Bn dayus tidak mahu masuk gelanggang, tentunya para penyokong dacing baghdad dan keris telanjang tanpa sarung ini akan mengundi Zaid.  Tidak mustahil juga Zaid ini dihantar khusus ke Kajang untuk menutup 'kemaluan' Umno/Bn di situ.  Tapi aku rasa MCA tetap akan bertanding kerana MCA sudah kemaruk mahu tunjuk parti kaum Cina itu masih belum "mati pucuk" lagi.  Tambahan pula mereka sudah ada Presiden baru.  Andainya Najib buat keputusan, Bn tidak akan bertanding atas alasan bodohnya iaitu tidak mahu membazir wang, aku pasti MCA tetap akan letak calon juga biarpun atas nama Bebas.

Baiklah, jika Bn letak calon juga kerana tidak mahu digelar 'dayus', adakah pengundi yang boleh diharapkan oleh Zaid Ibrahim?  Jawapannya tentu ada.  Zaid mengharapkan segelintir dari penyokong PR yang telah membayangkan tidak selesa bila Anwar bertanding di Kerusi Dun Kajang itu.  Kumpulan ini sanggup pangkah Zaid daripada biarkan Anwar menang.  Ini adalah harapan Zaid.  Kumpulan ini tidak ramai tapi cukup untuk buat Zaid rasa jika tewas pun tidak akan hilang deposit.

Modal Zaid tentunya menarik juga.  Beliau akan kata kepada puak ini, "jika mahu Kerusi MB Selangor kekal kepada TS Khalid ataupun pemimpin lain selain Anwar, undilah aku", mungkin itulah kempen Zaid nanti.   Mana yang otaknya senget atau gila kuasa, pastinya sanggup ikut cakap Zaid.  Mereka lupa, Kerusi MB Selangor itu bukan kuasa Anwar pun jika beliau menang, tetapi itu hak semua Adun di Dun Selangor yang akan tentukan.  Jauh sekali Zaid boleh tentukan samada Anwar boleh atau tidak jadi MB Selangor.

Kalau betul Anwar ini kemaruk mahu jadi MB Selangor, tentunya beliau boleh pilih Kerusi Dun Bukit Antarabangsa yang ditawarkan oleh Azmin kepada beliau.  Tentu peluang jauh lebih besar untuk Anwar menang di kubu kuat Azmin itu.  Mengapa Anwar pilih Dun Kajang yang  kedudukan statistik perkaumannya hampir sama banyak di antara Melayu dan Cina? 

PRK Dun Kajang adalah ujian persahabatan kita di dalam PR.  Masing-masing akan melihat sejauh mana komitmen rakan-rakan di dalam PR membantu kemenangan Anwar di sana.  Samada Anwar menang, apatah lagi tewas, kita akan nilaikan nanti siapa yang istiqomah di dalam perjuangan ini.  Betullah kata YB Dr Zulkefli dari PAS, Kajang adalah penentu samada PR masih mampu bertahan sebagai kawan atau sebaliknya.  Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.  Jangan menyesal di kemudian hari sudahlah.


12 ulasan:

  1. zaid brahim memang jenis lalang...walaupun hang peguam tapi janganla sampai jadi loyar buruk. bengong punya zahid. aku pun tak tau manusia apa jenis macam ni....mudah2an dia cepat dimampuskan ajalnya.hidup buat menyemak dunia saja sama macam brahim ali sama macam mahadet sama macam hasan ali......

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaid nak tunjuk handal konon,dia ni jenis katak puru yang suka lompat2

      Padam
  2. PRK DUN kajang ujian persahabatan..dgn sapa..? Cina DAPiggs yg skrg ni byk menyerang institusi agama Islam dan ketuanan Melayu? Naik loya aku...

    PKR sibuk nak bersahabat dgn DAP..PAS pulak sibuk nak menjahanamkan perpaduan ummah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah kenapa lah tak letak muka katak macam ibrahim ali, si babi gondol tu jadi calon. nanti umno boleh lah hapuskan rasuah dan turun kan harga barang. cibai ini umno

      Padam
    2. PR ada PAS-DAP-PKR. BN ada Gerakan, MCA. DAP kononnya menyerang Islam. MCA? jelas MCA amat menolong Islam dan ketuanan Melayu. MCA byk menolong INSTITUSI Melayu di Malaysia. MCA dan Gerakan membantu BN menghapuskan penderitaan Melayu. Menolong Melayu membena kejayaan..... Bnyk contohnya. Terutama di Pulau Pinang. Gerakan menghidupkan Melayu dan memperjuangkan Islam hingga Melayu Pulau Pinang amat sygkan BN. Msih byk contoh2 MCA dan Gerakan membantu BN membela Melayu. Melayu memperkosa Melayu MCA yg tolong perempuan Melayu hingga MCA dipenjara dll. Nak terangkan terlalu byk! Maka itu aku MALU dgn BN serta idea2nya. Maka itu aku bela PR. InsyaAllah berusaha membela kejayaan DUN Kajang agar ada di tangan PR- DSAI.

      Padam
    3. Hmmmm....contoh klasik spesis musibat. Samada genetic keturunan atau hasil tarbiah pemimpinnya

      Padam
  3. Lawan Zahid lawan....di belakang mu ada Brahim Tongkat ali dan katak2nya, disisi mu ada Zul din dgn izam sesumpah diketuai oleh Hass San Kuali dan panglima Hitam.....nasarudin mat isa blm buat keputusan?

    BalasPadam
  4. Sesiapa sajer asalkan bukan DSAI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalakan bukan rosmah mansor badok

      Padam
  5. Bagus jugak Anuwar jadi adun Kajang. Senang nnt bila jatuh hukum liwat..terus angkut bwk pi penjara Kajang

    Hahehehuhu

    BalasPadam