Khamis, 6 Mac 2014

ISU PIL KUDA - JIKA PILIH MAHKAMAH PUN TIDAK TERJAWAB PERSOALAN PIL KUDA DAN KOMUNIS, ELOKLAH BERDAMAI

DENGAR khabarnya bekas calon PKR, Samsul dan ahli keluarganya telah bersetuju untuk tarik semula saman ke atas Tok Guru Hj Hadi.  Alhamdulillah, isu ini yang sejak awal cuba dileraikan oleh pimpinan akhirnya terlerai.

Sepertimana kata SUA PKR, Saifuddin Nasution dan juga Anwar, parti dari awal lagi cuba menasihati bekas calon PKR itu agar cuba selesaikan isu tersebut dengan baik, namun pada waktu itu Samsul dan keluarganya tetap mahu teruskan kerana ingin membersihkan namanya, itu pun setelah beliau menghantar surat mohon penjelasan dari Tok Guru Hj Hadi.

Memang benar, jika kita ikuti video ucapan Tok Guru, beliau sedikit pun tidak sebut nama sesiapa yang dimaksudkan dengan pil kuda dan Komunis itu, tetapi jelas ianya merujuk kepada beberapa kawasan yang ditandingi sesama PR.  Ertinya, dakwaan Tok Guru itu jelas ditujukan kepada calon PKR walaupun namanya tidak disebut. Di antara kawasan yg dirujuk oleh Tok Guru Hj Hadi itu termasuklah kawasan yang ditandingi oleh Samsul, selain dari kawasan Damansara dan Sg Acheh.  Maka, Samsul mahu bersihkan namanya maka beliau pilih untuk mohon penjelasan, tetapi penjelasan gagal diberikan dengan jelas siapa yang dimaksudkan oleh Tok Guru maka Samsul guna saluran mahkamah. 

Apakah benar Tok Guru menfitnah?  Tidak boleh kita kata begitu kerana belum terbukti Tok Guru menfitnah kerana tidak dibicarakan pun lagi.  PKR cuma boleh nasihat Samsul untuk selesaikan isu ini dengan baik tanpa libatkan mahkamah, tetapi PKR tiada hak paksa beliau untuk berbuat demikian kerana mustahil PKR boleh nafikan hak seseorang untuk membersihkan namanya.  Begitu juga, PAS tidak boleh paksa Tok Guru Hj Hadi mohon maaf kerana itu hak Tok Guru sebab dia yang buat dakwaan dan dia tentu ada bukti atau fakta yang kukuh untuk membuat kenyataan sedemikian.

Sekarang, dikhabarkan ada usaha untuk selesaikan di luar.  Apabila ada usaha yang baik seperti ini, terdengar pula bunyi-bunyi menuduh Samsul takut mahu ke mahkamah.  Ada suara mahu kes ini diteruskan agar boleh dibuktikan siapa yang bersalah, samada memang benar Samsul terlibat dengan pil kuda atau memang benar Tok Guru Hj Hadi hanya menfitnah.  Pada aku, ada baik dan buruknya jika diteruskan kes ini di mahkamah.

Jika diteruskan, baiknya adalah kita boleh tahu kebenarannya.  Katakanlah, memang benar Samsul terlibat di dalam pil kuda, maka parti wajib mengambil tindakan tegas pecat Samsul.  Parti tidak boleh terima ahli yang terlibat di dalam kes jenayah berat seperti ini apatah lagi untuk menjadi calon pilihanraya.  

Jika sebaliknya, Tok Guru gagal buktikan Samsul terlibat dengan Pil Kuda, tentulah imej Tok Guru tercalar amat teruk kerana mana mungkin Presiden PAS sebuah parti Islam boleh melakukan kerja fitnah?  

Tetapi kita harus ingat, asas di mahkamah nanti adalah benarkah Tok Guru tuduh Samsul telibat dengan pil kuda?  Jawapannya kita tahu, iaitu Tok Guru tak sebut pun nama Samsul.  Tetapi Samsul termasuk di dalam mereka yang dirujuk di dalam ucapan Tok Guru itu.  Ertinya, di dalam 3 atau 4 calon dari PKR yang bertanding sesama sendiri iaitu dengan calon PAS, ada yang terlibat dengan pil kuda dan komunis.  Adakah kesemua calon itu terlibat?  Jika maksud Tok Guru hanya satu atau dua kawasan saja, ertinya begitu sukar untuk kita pastikan tuduhan yang samar seperti ini.  Parti mahu bertindak pun tidak boleh kerana tidak diberitahu siapa yang terlibat.

Samsul mungkin tidak berjaya saman Tok Guru kerana Tok Guru tidak sebut namanya walaupun dia salah seorang dari yang dimaksudkan.  Sebagai contoh, Anwar menyatakan di dalam ucapannya ada Naib Presiden PAS yang menganut Syiah.  Agaknya marah tak PAS jika dikatakan begitu?  Naib Presiden PAS ada tiga, Salahuddin Ayub, Husam dan Us Tuan Ibrahim.  Maka, Husam pun saman Anwar.  Anwar tidak sebut nama Husam walaupun Husam berada sebagai salah satu dari yang disebut sebagai Naib Presiden.  Mungkin Salahuddin Ayob atau Us Tuan Ibrahim yang Syiah.  

Menang sukar mahu tentukan di dalam kesamaran begini.  Oleh itu, kaedah yang boleh kita setuju samada selesaikan di luar melalui perbincangan atau teruskan ke mahkamah walaupun mahkamah mungkin tidak boleh putuskan samada betul fitnah atau betul terlibat dengan pil kuda dan komunis itu.  Mungkin Mahkamah akan nyatakan, Tok Guru Hj Hadi tidak fitnah Samsul kerana nama Samsul tidak disebut.  Adakah kes akan selesai dengan baik?  Jawapannya tidak, sebab tuduhan masih berjalan selagi tuduhan tidak dijelaskan dengan tepat.

Aku rasa molek sungguh jika selesai di luar mahkamah kerana mahkamah pun tidak akan boleh nyatakan siapa dia pengamal pil kuda atau komunis.  Kebaikan selesai di luar mahkamah lebih banyak dari keburukannya.  Sesama adik beradik, eloklah berdamai.

4 ulasan:

  1. Selesai dimahkamah atau luar mahkamah bukan isunya.Sama ada yg TGHA maksudkan Shamsul atau tidak juga bukan isunya.Kalah menang mana-mana pihak juga bukan isunya.Yg jadi isu ialah dan tumpuan (bukan dari segi undang-undang) ialah "celuparnya "TGHA membuat kenyataan yg liar tanpa bukti terhadap calun-calun party kawan (Pakatan Rakyat).Ini tidak wajar keluar dari Presiden PAS , sebuah party yg mengaku Islamik.Ini yg jadi isu utama.Walau apa pun jenis penyelesaiannya, kejadian ini wajar dijadikan iktibar kpd pemimpin-pemimpin yg bergelar "ulamak" supaya berhati-hati tatkala bercakap kpd khalayak ramai.Anta semua adalah manusia biasa, boleh melakukan kesilapan, bukan jenis maksum.

    BalasPadam
  2. Aku amat setuju dengan ulasan tanpa nama ini, ingatlah kita selalu berkata jika kita buat silap atau terlepas cakap mohon maaf adala lebih baik dari berdiam diri, dan dalil pun ada dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud " Dan berbuat Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh " aku rasa Presiden nie lebih 'arif dari aku berkenaan agama, jadi eloklah jaga sikit mulut dan lidah tu sebelum bercakap

    BalasPadam
  3. Kalu TGHH sndiri membuang keangkuhan, isu ini tak melarat

    BalasPadam
  4. Sepatutnya tuduhan tersebut tidak patut keluar dari mulut ulama dan pemimpin parti. Ustaz ajar jangan tuduh sebarangan terhadap orang lain tanpa bukti sahih.

    BalasPadam