Sabtu, 1 Mac 2014

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN VS KHALID, AKU HARAP ADA TOKOH KE TIGA

TEKA-TEKI kini hampir terjawab iaitu Azmin tetap akan dicabar di dalam pemilihan PKR nanti.  TS Khalid telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.  Ramai yang bertanya aku siapakah yang aku akan sokong di antara kedua mereka.

Jawapan aku, tidak cukup hanya menamakan TS Khalid untuk mencabar Azmin.  Aku suka TS Khalid sebagai MB Selangor di dalam bab pengurusan dan pentadbiran seperti korporat tetapi menolaknya sebagai orang politik.  Ertikata lain, TS Khalid hanya aku yakini sebagai pengurus ekonomi.  Menjadi MB tidak cukup hanya sekadar pakar ekonomi tetapi mesti cekap berpolitik iaitu membaca langkah politik pihak lawan samada di dalam mahu pun di luar.  

Justeru itu, aku masih mengharapkan orang ketiga iaitu orang politik yang bijak untuk merampas kedudukan Azmin.  Memang Azmin orang politik, tetapi Azmin terlebih 'politing' maka itu pun tidak baik untuk parti.  Memilih Timbalan Presiden mesti lah orang politik yang tidak terlebih berpolitiking.  Azmin belum ada di dalam senarai yang aku akan pilih, tetapi jika tiada lain calon orang politik yang tampil untuk menentangnya, maka Azmin lah satu-satunya orang politik yang ada di jawatan itu.

Baik atau buruknya Azmin, itulah tokoh politik yang PKR ada di kedudukan nombor dua.  Khalid tidak sesuai ke jawatan itu walaupun berbekalkan ketelusan dan ilmu korporatnya.  Mentadbir parti tidak boleh seperti mentadbir syarikat.  

Sehingga kini aku harapkan ada 'kuasa ajaib' yang akan menurunkan seorang tokoh politik yang setia kepada parti dan bijak menguruskan parti serta tahu membaca tipu muslihat Umno, tidak seperti TS Khalid.  Jika tiada, berat juga rasa hati aku untuk menyokong Azmin tetapi terpaksa juga aku pilih dia. 

11 ulasan:

  1. Setuju sgt...org politik mesti pandai menipu mempitnah membohong berjanji bulan binrang dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yeop...macam Najib, Mohyideen, Zahid Hamidi......Selain pandai menipu, mesti juga bersifat bodoh dan bangang macam Hassan Malik, Ku Denan dan tidak ketinggalan Zahid Hamidi!!!

      Padam
  2. Saifuddin nasution barangkali...??

    BalasPadam
  3. Rafizi Ramli elok bertanding timbalan presiden

    BalasPadam
  4. dok payoh ler, kalau idola ko dah azmin, tetap azmin, penulisan ko ni saja nok mampuihkan khalid jer, piiii da

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello bang...cuba belajar mendengar pendapat orang...kalau tak nak terima itu hak sedara. Ini tak....kalau tak setuju je dengan pandangan orang dah mula nak mencarut. Pegi duduk dalam hutan la kalau tak boleh dengar pendapat orang lain.

      Padam
  5. biar la sape nk sokong azmin ke apa ke...kalau ko "tanpa nama" 2:33 tu ade blog...ko tulis la ko nak sokong sape....sibuk sini apsal?

    BalasPadam
  6. I pun rasa baik ader calon ke-3. Dah bosan ngan pergolakan azmin-khalid nih. Tpi aper maksudnyer kena ader org yg pandai berpolitik? Setahu i nih... berpolitik samer maksud nganmenipu. Atau mungkin i xbrape faham maksud politik nih

    BalasPadam
  7. siapa dpt kuasa Dia yg perintah . khalid disanjung sbb tingkatkan ekonomi selangor sbb dibelakang khalid ada team lamanya dlm urusan koprat ,khalid bukan season politician tapi seorang koprat .

    Azmin Ali , timbalan presiden pkr kebelakangan ini mula
    dipersoalkan oleh ramai orang di luar pkr . azmin harus diberi peluang sbb pengorbanan nya sejak ujudnya ngo Adil , tertubuhnya parti keadilan nasional kini pkr .
    Azmin dan Ezam gandingan berkerja keras ketika DSAI dlm tahanan - dimana Tan Seri Khalid ketika itu , Ezam merajuk tinggalkan pkr , kini Azmin pula harus di korbankan oleh puak2 yg baru empat hari menyertai pkr sepanjang sejarah melayu pengkhianat selalu lupa pengorbanan orang.
    walaupun azmin dulunya dari umno tapi dia bukan jutawan , khalid juga dari umno tapi seorang jutawan bandingkan rumah khalid dengan rumah azmin ali , antara langit dan bumi .

    hormati azmin atas pengorbanan nya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih suka kebijaksanaan Rafizi serta kesederhanaan beliau dalam berpolitik. Biarlah beliau dicalunkan sebagai Timbalan Presiden. Siapa tak setuju saya bakar rumah dia, saya maki hamun dia dalam blog, saya fitnah dan saya "Din Ayamkan" (sabo) dia bila ada peluang. So what are you going to do???

      Padam
  8. Tak kira walau siapapun jadi Timbalan Presiden, asalkan matlamat perjuangannya ikhlas, sedia bekerjasama serta menerima teguran dan paling penting pandai bersilat politik

    BalasPadam