Rabu, 30 April 2014

NAJIB BAWA OBAMA YANG ANTI ISLAM, MUHYIDDIN BICARA HUDUD DENGAN TOK GURU, RAKYAT TERTIPU LAGI

01 MEI ini, luangkan lah masa untuk kita berhimpun di Dataran Merdeka.  Memang tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita terhadap perlaksanaan GST yang menindas rakyat di kala rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Hakikat himpunan pada 01 Mei nanti adalah jauh dari tujuan menentang GST semata-mata.  Terlalu banyak isu di dalam negara ini yang membuatkan kita merasakan bahawa rejim yang memerintah sekarang ini sepatutnya berundur.  Rakyat bukan bertambah selesa selepas rejim ini berkuasa kembali dengan 47% sokongan rakyat.  Rakyat bertambah derita, satu demi satu bencana dapat kita lihat berlaku di dalam negara yang kita sayangi ini.  

Aku tidak pakar di dalam membahaskan GST.  Apa yang dapat aku rasakan rakyat kini semakin terhimpit untuk meneruskan kehidupan mereka.  Kezaliman pula tidak pernah berhenti bahkan semakin dipertingkatkan.  Kakitangan kerajaan termasuk dari anggota keselamatan sendiri tidak bebas untuk bersuara.  Ada guru yang terpaksa bertukar hanya kerana mengkritik dan menegur rejim.  Pegawai tentera pun mereka seret untuk didakwa hanya kerana melaporkan penipuan.  

Usah ceritalah dengan pimpinan dan tokoh politik Pembangkang.  Tidak cukup dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap tokoh hebat DS Anwar Ibrahim, mereka terus mencari mana-mana tokoh lain untuk mereka aniayai.  Tujuannya hanyalah untuk menghentikan gerakan menentang mereka.  Mereka mahu terus berkuasa.  Mereka tidak hairan dengan nasib rakyat yang menderita.  Peduli apa mereka dengan soal keselamatan negara yang semakin longgar.  Usahkan keselamatan negara, keselamatan rumah anak Menteri yang jaga Polis pun tidak terjamin.  Apakah jaminan rakyat terjamin keselamatannya?

Isu pesawat hilang cuba dilupakan.  Mereka bawa Obama ke negara ini bertujuan untuk meningkatkan imej pemimpin negara yang sering menjadi bahan tertawa dunia luar.  Apakah kehadiran Obama boleh menyelesaikan kesengsaraan rakyat?  Pemimpin utama negara kita menjemput Obama yang terkenal sebagai pemimpin dunia yang tidak pernah suka kepada kebangkitan Islam.  Lucunya, pemimpin nombor dua bertemu Tok Guru Nik Aziz kononnya untuk bercakap soal Hudud.  Meloyakan.

Kesemua ini adalah rentetan apa yang berlaku di dalam negara kita.  Sehubungan itu, kita wajib turun ke KL pada 01 Mei ini.  Kita harus bangkit untuk menunjukkan kepada rejim, seribu kali pun kamu bawa Obama ke sini, rakyat tetap mahu kamu TURUN!!

18 ulasan:

  1. Maaf la Blogger...tp kami baca teori kamu sgt longgar dan byk prasangka dan andaian.

    Cuba kita perhati sekeliling kita? Makin byk rakyat menderita?

    Atau hanya mrk yg tidak berusaha, malas dan hanya menunggu dusuapkan kedalam mulut yg ternganga?

    Atau mrk yg menderita adalah spesis yg busuk hati, pemfitnah, bodoh dan hati penuh legam?

    Fikir la....tak kena byr kalau gunakan skit otak tu.

    BalasPadam
  2. Anon 8.45. Kasihan kerana anda hanya memerhati sekeliling dalam kerangka orang yang (mungkin sehingga saat ini) berjaya. Cuba letakkan diri anda sebagai orang kampung atau orang biasa.

    Sepatutnya anda jadi takut bila memikirkan apa yang dah berlaku dan apa yang akan berlaku. Pergi pasar pun memilih barang yang murah. Teringin nak belikan makanan yang sedap untuk anak isteri tapi tak mampu. Telah disahkan oleh kerajaan sendiri taraf kemiskinan tidak berubah. Hak Melayu makin tergadai

    Dadah,.......... masalah yang dah jadi biasa.

    Anak2 kita yang terpelajar keluar universiti dengan hutang yang menggunung. Berapa kerat sangatlah yang berjaya. 1 dalam 1000 atau 10000 atau 100000 orang Melayu? Itupun kejap je bila bantuan habis. Melayu kroni2 pak menteri pun bungkus bila menteri bertukar.

    Buatlah atau usahalah perniagaan secanggih manapun. Kalau setakat pasaran berlingkar dalam kalangan Melayu takkan ke mana. Ramai yang kaya. Betulllll. Tapi hutang keliling pinggang.

    Kalau kita guna sikit otak memang kita tak nampak semua masalah nie!

    BalasPadam
  3. Macai oh macai. Memang dasar macai Anon 8.45

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai...
      M: Mempercayai
      A: Apasaja
      C: Cakap
      A: Anwar
      I: Ibrahim

      Padam
  4. Kalau gitu guna la otak lebih skit....
    Harga barang siapa control? Pasaran siapa control. Dadah siapa control? Anak2 hisap dadah dan gagal pelajaran siapa salah? Malas berusaha siapa salah...

    Salah kjaan jugak ke....pastu nk guling kjaan dan bagi lagi kuasa pd kaum lain. Skrg ni depa dah naik tocang.

    Kalau tak guna otak tak kira byk atau skit. ..BANGANG LA JAWAP NYA

    BalasPadam
  5. Macai...
    M: Mempercayai
    A: Apasaja
    C: Cakap
    A: Anwar
    I: Ibrahim

    BalasPadam
  6. Dalam ceramah PKR di Pandan Indah mlm tadi, tidak ada apa-apa yang baru melainkan cerita-cerita bohong yang diulang-ulang dan telah dijawab berkali-kali. Tiada apa-apa bukti yang dikeluarkan bagi setiap pertuduhan, melainkan bergantung sepenuhnya kepada KEBODOHAN para pendengar dan penyokong PKR untuk mengukuhkan pembohongan tersebut.

    Yang pasti, Anwar benar-benar kecewa malam tadi dan kekecewaannya terluah dengan jampi serapah dan HARAMJADAHnya yang dikeluarkan dengan penuh emosi.

    Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka kepada penganjur program berkenaan, sebaliknya melihat kepada memek muka dan bahasa badan Anwar Ibrahim yang menganggap, ketidakhadiran lautan manusia untuk mendengar temberangnya itu adalah disebabkan oleh 'campurtangan Najib', nyata dia marah dan bengang.

    Macam mana Anwar dipanggil untuk berceramah sedangkan hadirin tidak sampai 500 orang?

    Yang hadir cuma MACAI. ................

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda paenceramah dah tak laku lagi.Anwar Ibrahim dah kondem.Dan kalau dia masuk penjara,PKR akan terlungkup.Kita dapat bayangkan apa akan terjadi pada pengikut2 dia.Balik kampung pun orang kampung dah tak mahu terima.Jawabnya kamikazi, habis cerita.

      Padam
  7. Anwar has done enough trouble the country. Kata Karpal Singh. Untuk rekod, Karpal adalah org yg pertama menimbulkan isu perangai songsang Anwar.

    BalasPadam
  8. Jgn lupa bhai. ..kapal singh jugak yg nasihat Anuar bertaubat. Tp Pas lg teruk gelar anuar
    Alju**ri. Inteligen Spore lg awal tau

    BalasPadam
  9. Sumber dalaman...peringkat ketiga muzakarah rahsia umno dan pas baru selesai sebentar tadi. Umno diketuai menteri kanan JPM manakala Pas ahli Syura. Pas semakin hampir keluar dari Pakatan dan jadi BN friendly.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhehehheh kalau betul lah info nieee...alamatnyer PAS tak belajor dari kesilapan yg duluu......ibarat YG DIKEJAR TAK DAPAT,YG DIKENDONG BERCICIRAN ....hhahahahahhahakkktuihhh
      BODOH PUNya PASSSSSS

      Padam
  10. Sebuah forum yang bertajuk FORUM: MASA HADAPAN SISTEM KEHAKIMAN KITA telah dilangsungkan mengikut jadual di Dewan INB Resort, Durian Tunggal, Melaka malam tadi.

    Majlis anjuran Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dengan kerjasama PKR itu bagaimanapun, gagal menarik perhatian ramai. Bahkan dua orang penganjur yang telah didedahkan oleh PORTAL BULETIN juga tidak nampak batang hidung.Antara yang hadir adalah Latheefa Koya yang juga merupakan Ketua Biro Guaman PKR, Eric Paulsen yang merupakan peguam PKR, Ginnie Lim Sie Lim, Naib Ketua PKR Alor Gajah dan Wahab bin Ibrahim, seorang ahli PKR tegar.

    Dalam ucapannya, Latheefa Koya dan Eric Paulsen jelas mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mennuduh sistem kehakiman di negara ini dibarisi oleh hakim-hakim bodoh yang gagal memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwatnya.

    Lebih menarik lagi ialah apabila Latheefa Koya menyatakan, Anwar Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan kerana liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA!!

    BalasPadam
  11. bila org pkr nak sedar bahwa anwar and najib is the two side of the same coin..depa ni semua report pd US...cuma sorg good cop sorg bad cop....pada amerika janji proksi aku jgk yg memerintah

    adakah org pkr akan igt klu betul anwar jadi pm gst dan ptptn dihapuskan...minyak turun? nope...first hing he'll do is to get restu dari yahudi US.

    kenal tomyshenko dari ukraine tak? dia ni sorg lagi proksi amerika...bila dia dijatuhkan hukuman penjara tau apa penyakit dia kene? sakit tulang belakang...pakai bracket kt leher...pernah tgk? susah nk berjalan...susah nak bangun..susah nak baring....mcm nak mati dah....deja vu? what happened to arsenic poisoning?

    BalasPadam
  12. actually kelansungan survival pkr is all abt rasa kasihan pada nasib anwar...nothing more and nothing else..tu psl he was all worried abt khalid the MB becoz somehow he showed that he can rule S'gor...so y need anwar? so anwar must remove potential pesaing...go for election...jadi MB nak tunjuk he can rule S'gor better

    BalasPadam
  13. Macai---------> Mempercayai Apasaja Cakap Anuwar Ibrahim

    BalasPadam
  14. Lps berhimpun tadi...apa selepas ni? Esuk PM Dsai ke...minyak tol harga barang turun ke. Gaji naik ke. ..???

    Aku pun dah fed up dgn himpunan ni. Ni nk tumbangkn kerajaan atau nk selamat kn Dsai...???

    BalasPadam
  15. AnwR takde pengaruh....himpunan semlm kecutkan umno....kiki

    BalasPadam