Rabu, 4 Jun 2014

ISU COKLAT CADBURRY - SIAPA BERBOHONG DAN SIAPA AKAN JADI KAMBING HITAM?

ISU coklat Cadburry masih hangat diperkatakan.  Isu ini tidak akan menjadi hangat jika para menteri kita bijak menanganinya di samping mereka sensitif dengan agama.  Masalahnya menteri bukan saja tidak bijak bahkan tidak peka dengan sensiviti agama Islam.
 
Berita TV di Astro malam tadi melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan mengakui kesilapan Kementerian Kesihatan di dalam menangani isu Coklat Cadburry yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan sendiri sebagai mempunyai DNA babi.  Itu jelas dari kenyataan awal dari pegawai Kementerian Kesihatan.  Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan tersebut?  Maksudnya, beliau akui kesilapan tentang prosedur atau tatacara pemakluman saja, bukannya tentang hasil uji kaji terhadap coklat berkenaan.  Ini bermakna tiada penafian atau menarik balik status 'haram' dari coklat berkenaan.  

Timbalan Menteri sebut, amat dikesalkan kerana pengumuman dibuat tergesa-gesa atau ertikata lain berlakunya 'kebocoran maklumat' uji kaji.  Apakah satu rahsia juga soal halal haram ini?  Apakah jika ditangguhkan pengumuman itu boleh 'menghalalkan' coklat tersebut?  Samada diumum awal atau lewat, terbukti oleh ujian Kementerian Kesihatan memang ada DNA babi di situ.  Mungkin pegawai yang mengumumkan hasil ujian berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberitahu seluruh umat Islam seberapa segera tentang 'haram'nya coklat berkenaan agar dapat mengurangkan umat Islam yang memakan benda haram tersebut.  Salahkah?

Apakah Kementerian Kesihatan berani akui atau sahkan bahawa uji kaji yang dibuat oleh makmal mereka itu salah?  Jika tidak berani, ertinya memang wujud DNA babi di dalam coklat berkenaan.  

Mengapa JAKIM pula kata halal?  Ya, JAKIM mungkin betul kerana hasil uji kaji makmal kimia oleh JAKIM dari sampel yang diambil dari kilang syarikat berkenaan tidak terdapat DNA babi.  Harus diingat, Kementerian Kesihatan buat ujian ke atas coklat di pasaran, manakala JAKIM buat ujian atas coklat di Kilang.  Pengguna pula membeli coklat tersebut terus di pasaran.  Pelik atau tidak?  Adakah statusnya sekarang coklat yang halal hanya boleh dibeli di kilang saja?

Ada yang berhujah, mungkin coklat di pasaran itu tercemar.  Persoalannya, tercemar oleh apa?  Jika kulat atau cendawan atau kuman lain, mungkin boleh diterima itu pun perlu hujah yang lain kerana coklat itu berbungkus dan kebiasaannya di simpan di tempat yang sejuk.  Isunya, DNA babi diperolehi di dalam coklat berkenaan bukannya kulat atau benda lain.  Bagaimana coklat boleh 'tercemar' dengan DNA babi yang boleh menembusi bungkusan coklat itu?  Sehingga kini Kementerian Kesihatan tidak sahkan ada bahan lain selain dari DNA babi yang 'mencemarkan' coklat berkenaan.  

Umat Islam keliru kerana menteri yang tidak bijak dan tidak peka dengan masalah pemakanan halal ini.  Ini bukan lagi soal mengapa maklumat bocor awal kepada awam, tetapi ini soal benar atau tidak terdapat DNA babi di dalam coklat yang diuji oleh Kementerian Kesihatan itu?  Jawab yang ini dulu.  Jangan soal hasil ujian JAKIM di kilang kerana perlaksanaannya berbeza terhadap bahan yang sama.  Adakah pemeriksaan di kilang tidak sama dengan hasil pemeriksaan di pasaran walaupun ke atas produk yang sama?  Bagaimana boleh terjadi sedemikian?

Siapa yang jujur dan berbohong di dalam isu sensitif ini?  Kementerian Kesihatan atau JAKIM?  Buat Kementerian Kesihatan, jangan jadikan pegawai-pegawai di Kementerian berkenaan sebagai 'kambing hitam' untuk selesaikan masalah ini.  Mungkinkah sehari dua ini akan ada 'U-Turn' dari Kementerian tersebut seperti pesawat MH370 yang 'U-Turn' dan hilang itu?  Kita tunggu dan lihat...

9 ulasan:

  1. X peduli boikot tetap boikot kalau pemberi maklumat tu dikenakan tindakan dijadikan kambing rakyat malaysia mesti tolong lawan balik di mahkamah kerana kitorang berterimakasih kepada beliau..betol x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju 100000% boikot Cadbury....

      Padam
  2. Betul tu. Kita akan bela mangsa kambing hitam itu.

    BalasPadam
  3. Salams, Malaysia kena sentiasa aman, tak kira halal & haram ke, janji masih aman.... Kalau yg empunya kuasa sudah tidak amanah dan tidak ada rasa malu atau takut kpd ALLAH SWT, dengan rakyat diorang nak hormat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi yang berkuasa tu UMNO BN macam nilah sampai bila-bila.

      Padam
  4. kita org Islam wajib bersyukur, tak blh lawan pemerintah, nasib baik UMNO memerintah dapat juga org2 Islam Malaysia merasai BABI

    BalasPadam
  5. yey parti karat biru perintah kita boleh makan babi ,tengok panda yang dok di'aircon' punya bilik ! rakyat dok bawah jambatan kah kah kah ! mesia boleh ! ABU !

    BalasPadam
  6. siapa pemilik makmal yang di iktiraf oleh JAKIM untuk analisa coklat cadbury?

    BalasPadam
  7. Bro..persatuan pengguna islam malaysia takda makmal ke..gi la buat kajian..bubarkan aje persatuan ni klu takda pakar dlm hal ni..

    BalasPadam