Jumaat, 15 Ogos 2014

AZIZAH ATAU AZMIN, SESIAPA SAJA LEBIH BAIK DARI KEKALKAN KHALID

MELEGAKAN.  Itu yang aku rasa apabila Presiden PKR,  DS Wan Azizah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim.



Dua Adun PAS tersebut, YB Hasnul Baharuddin (Morib) dan YB Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan kepada DS Wan Azizah bersama-sama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR termasuk Pengerusi PKR Selangor, YB Azmin Ali.
 
Malang sedikit dan pelik banyak, apabila dua Adun Pas tersebut mungkin dikenakan tindakan kerana menyokong calon PKR, DS Wan Azizah walaupun PAS masih anggap PKR adalah rakan sekutunya.  Ini berbeza dengan empat lagi Adun PAS yang lebih awal menyokong TS Khalid walaupun TS Khalid tidak berparti (Bebas).  Di sinilah banyak kredibiliti PAS tercalar kerana memungkiri persefahaman di dalam PR .  Ramai yang melihat politik DAP lebih diyakini apabila PR di dalam suasana genting.

Malan tadi Lajnah Politik PAS bermesyuarat di mana keputusannya bahawa PAS tidak akan menuntut Kerusi MB Selangor kerana itu telah disepakat sebagai Kerusi PKR.  Cuma, SUA PAS, Sdr Mustafa Ali menyebut PAS tidak setuju dengan calon yang dicadangkan oleh PKR dan disokong juga oleh DAP beserta 30 Adun PR semalam iaitu DS Wan Azizah.  Alasannya, bukan sebab calon itu Wanita tetapi sebab lain yang dikatakan telah dimaklumkan kepada PKR sebelum ini.

Isu wanita atau lelaki, pada aku malas aku nak fikir lagi.  Cita-cita aku hanya satu, iaitu tidak mahu melihat TS Khalid terus jadi MB Selangor.  PAS mahu pertahankan TS Khalid walaupun sudah tidak bertuan, itu hak PAS.  Apa yang pasti, sekarang ini cita-cita aku semakin berjaya apabila terbukti TS Khalid tidak mempunyai majoriti di dalam Dun yang menyokongnya.  TS Khalid kata dia minta dibuktikan di dalam Dewan.  Adakah beliau tidak baca kenyataan media DS Wan Azizah yang secara jelas menyebut bahawa di antara permohonannya kepada Sultan adalah agar diadakan sidang Dun bagi membuat undi tidak percaya.  Jika TS Khalid ikhlas mahu melihat bukti dan tidak lagi bergayut bawah ketiak orang lain, sila bantu percepatkan Sidang Dun tersebut.

Waktu dia mengaku ada majoriti di hadapan Sultan baru-baru ini, ada dia sebut soal buktikan dalam Dewan?  Hanya bermodal air liur saja beliau mengaku terdapat majoriti, sedangkan sehingga kini beliau hanya ada 4 Exco yang terus 'wala' kepada beliau.  

Alhamdulillah, berkat "Solat Hajat Selamatkan Selangor" yang telah diadakan dirumahnya beberapa hari yang lalu, Allah telah makbulkan dan Selangor akan kehilangan MB yang mendapat sokongan kuat dan padu dari Amno dan TV3 suku.  Kita tidak akan bersekongkol dengan MB seperti ini, tidak tahulah atas apa dalil 4 Exco masih bergayut di sisi TS Khalid. 

Selepas ini, samada DS Wan Azizah atau Azmin atau sesiapa sahaja dari PKR yang bakal menjadi MB tidak lagi aku hiraukan.  Biarlah pimpinan PKR dan PR yang tentukan, asalkan TS Khalid gugur dan sedar bahawa jawatan MB Selangor itu bukan jawatan CEO atau kepunyaannya.  Ada hikmahnya, mungkin dapat memberi keinsafan kepada beliau bahawa sifat ego dan bongkak itu pasti tidak membawa ke mana-mana.  Pemimpin naik atas parti, turun pun atas kehendak parti dan parti berjuang juga atas kehendak rakyat.


17 ulasan:

  1. Bubar je DUN TSKI ,biar rakyat Selangor buat pilihan baru. Benam je PKR dalam PRN nanti. Kalau bagi menang puak PKR ni ada je krisis yang akan dicipta untuk berebut kuasa. PAS elok keluar je dari pakatan Dajal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mar.ajaklah Pas join denagn parti kau tu Umgok.kau cepat-cepat edar borang keahlian untuk masuk umno pada semua peminpin ulamak pas,Kita tengok Umgok kau dan Pas bila pilhanraya nanti.

      Padam
  2. keluarkan dajjal dajjal perosak dalam pkr ! rakyat bukan bodo & sudah tahu permainan licik parti gerombolan karat biru perasuah,penyangak ,kronisme & munafik, tukar asal bukan khalid yang tak berparti & dicucuk hidung parti sekutu apco pandi kutti ,ABU !

    BalasPadam
  3. terima kasih Wfauzdin atas penulisan yang mudah di fahami.tolong bagi faham kepada peminpin Pas yang beku otaknya.Kalu ada adun sokong Pakatan diberi tempoh 24 jam.Eh.Hj Hadi tu mengapa diam je.Nik Amar kelantan tu yang bagi arahan semua adun selangor sokong Khalid tak pulak di bagi amaran.bengung punya peminpin Pas Selangor ni.dan 4 adun Pas sokong Khalid di biarkan pulak.kan pening kita di buatnya.Yang nyatanya memang Pas dah tak suka orang sokong dia.

    BalasPadam
  4. Pilihan terbaik!, biar rakyat buat pilihan baru. Mudah bagi rakyat Selangor mengyahkan munafik-munafik dalam PKR ini yan telah mempermainkan rakyat Selangor hanya kerana cita-cita tinggi nak ke Putrajaya secara tipu muslihat... RM5 juta mahal tapi berbaloi untuk membersihkan Selangor dari pengkhianat rakyat. Jangan jadikan Rakyat Selangor kuda tunggangan ke Putrajaya.

    BalasPadam
  5. betul tu.. kuburkan saja pakatan dajal tu

    BalasPadam
  6. Sesetengah pemimpin PAS tak ikhlas dalam perjuang, mereka sengaja memberi syarat supaya menukar DSWA dengan calun lain dengan tujuan utk memecahbelah PKR. Apa salahnya Presiden party mengetuai sebuah kerajaan negeri. Kalau PAS tak yakin pada DSWA bagi tau lah PAS pun tak mahu DSWA menjadi Presiden PKR sebab PKR adalah dlm PR. Aku tidak taksub kepada sesiapa tapi bagi aku DSAI mempunyai kehebatan dalam merangka strategi politik untuk jangka panjang yg boleh dikatakan standing dgn kehebatan Tun Mahathir, sebab itu lah UBN beriya-iya sgt nak mematikan karier politik DSAI. Rakyat keseluruhan kena faham kenapa skrg kerajaan banyak mengeluarkan pelbagai bantuan, sebab pembangkang kuat. Kenapa pembangkang kuat kerana adanya strategi yang baik dari DSAI. Strategi pembangkang sebelum ini melalui APU, BA tidak dipandang sebelah mata pun oleh UBN.

    BalasPadam
  7. azizah ke siapa ke asal dari parti pakatan rakyat aku dah tak percaya lagi, dulu aku mati2an undi depa, sekarnag aku dah tahu hati perut mereka semuanya tamak kuasa untuk kepentingan diri sendiri, pada aku bubar dun biar sekali lagi rakyat selaangor diberi peluang baru adil

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat dengan cadangan tanpa nama 11.30 .
      Insyaallah kita semua akan turun mengundi ...tengok siapa yg menang.

      Padam
  8. parti pembangkang diselangor umpama musang berbulu ayam, sangat bahaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno adalah pembangkang di selangor.

      Padam
  9. Wan Azizah ,Azmin dan Anwar sebenarnya perosak PKR.Tindak tanduk mereka tidak langsung selari dgn slogan Reformasi yg mereka sendiri canangkan.Aku bersam mereka sejak 1998.Anwar memang mentaliti Umno lagi,bila ada geng dia masuk PKR,cepat dia letak tempat penting,orang yg lama bermati-matin dia ketepikan.Aku sendiri pernah lawan dia pasal ini,Azizah pula tak tau apa-apa selain pegangng kipas.Pemimpin awal PKR seperti Marina Yusof,Chandar Muzafir dll belah dari PKR keran booring dgn kebebalan dia.Lagi dia ni pandai berpura-pura minta simpati,tanyalah abang Hamid,apa yg WA cakap mengenai Anwar pada dia,WA tahu semua perangai Anwar tapi dia tetap berpura pura kononnya Anwar di fitnah.Azmin jangan cerita lah,..jadi bahan ketawa je,..teruk..

    BalasPadam
  10. anak jati selangor dah tak ada telo.. semenjak wan jijah jadi dun kejang, berapa kali id jejak kaki kat kajang... menyesal sungguh aku undi pkr... semoga Allah beri hidayah pada aku yang terbuai dengan meimpi indah pkr...

    BalasPadam
  11. kah kah kah, padan muka korang. undi lagi pakatan haram jadah ni. pemimpin pakatan ni sebenarnya gila kuasa saja. itu pun korang tak boleh fikir. Bengong betul lah korang ni tahap gaban. Kena tipu hidup-hidup lah korang

    BalasPadam
  12. SEBENARNYA ALLAH SEDANG TUNJUK PUAK-PUAK FIRAUN DAN MUNAFIK. MANUSIA YANG SAMA BESYAHADAH DIMUSUHI BAGAI NAK GILA. MANUSIA YANG TERANG-TERANG TOLAK HUKUM ALLAH DIANGGAP PULA SAHABAT. SEBAB UNDI. BUKAN KERANA ALLAH. HATI MEREKA SUDAH BERULAT DAN SANGAT BUSUK. TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENTAKDIRKAN SEGALANYA INI. SEGALA TUDUHAN MEREKA KEPADA ORANG LAIN SELAMA INI SATU PERSATU SEDANG DILUDAHKAN KE ATAS TUBUH MEREKA SENDIRI. PUAK-PUAK PAS. USAHLAH ANDA BERSELINDUNG LAGI DISEBALIK JUBAH DAN KOPIAH PUTIH ANDA. KERANA SEKARANG ALLAH SEDANG TUNJUKKAN BETAPA HITAM DAN BUSUKNYA HATI ANDA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. TKSI bagai air yang jernih dalam bekas yang berdebu. Zahirnya kotoran itu terlihat, kesucian terlindung jua...... Suatu hari nanti bersinarlah hakikat, debu jadi permata, hina jadi mulia ! Bukan khayalan tapi keyakinan yang nyata.

      Padam
  13. Hai....semua dah u turn??? Apa sudah jadi beb?? Nmpk nya nuar meleleh air lior je ler. Takpe dlm kpg sg buloh tu nnt nuar bole jd ketua kmpg. ...Hihihih

    BalasPadam