Selasa, 19 Ogos 2014

KEPUTUSAN PR CALONKAH AZIZAH - MAT SABU PULA DIPERSALAHKAN

TERUK juga Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS kena hentam di dalam isu MB Selangor.  Jika Umno yang menghentam beliau, pastinya tidak pelik dan pastinya sepantas kilat Mat Sabu menyambar.  Malangnya, yang menghentam beliau adalah dari beberapa kelompok di dalam partinya sendiri.

Ramai jemaah yang tidak tahu mengapa sering benar Mat Sabu dihantar sebagai mewakili Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.  Banyak sudah Mesyuarat Majlis Presiden PR yang disertai oleh Mat Sabu sebagai wakil Tok Guru Presiden.  Ertinya, beliau amat dipercayai dan diamanahkan oleh Presiden dan parti.  Peliknya, apa yang berlaku jika ada keputusan dari Mesyuarat Majlis Presiden PR yang agak sukar diterima oleh kelompok ini, mereka melabelkan Mat Sabu sebagai "orang Anwar' dan takut kepada DAP.  


Aku terfikir mengapa kelompok ini yang tidak meyakini Mat Sabu sebagai wakil tertinggi PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR itu tidak pernah bertanyakan, "Mengapa Tok Guru Hj Hadi sendiri hadir?  Bukankah kami lebih mempercayai Tok Guru?".  Mengapa itu tidak ditanyakan kepada Tuan Guru Presiden atau bertanyakan mengapa parti lebih suka menghantar Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sahaja?

Amat malang sekali yang membuat dakwaan buruk dan fitnah ke atas Mat Sabu ini bukan para penyokong atau ahli-ahli PAS bawahan.  Di kalangan mereka itu berpendidikan tinggi hingga ke tahap profesor bahkan ada yang bertaraf Ulamak serta Ustaz di dalam PAS.  Di dalam media-media sosial, mereka memperlekehkan dan mempersendakan Timbalan Presiden mereka sendiri yang dipilih majoriti dari ahli-ahli PAS di dalam Muktamar.  Mat Sabu jadi Timbalan Presiden melalui pertandingan yang sihat.  Ertinya jemaah yang memilih beliau.  


Walaupun teramat sedikit bilangan yang jumud seperti ini yang memperlekehkan kewibawaan Mat Sabu tetapi oleh kerana seorang dua yang bertaraf profesor atau ulamak, kesannya amat tidak baik kepada PAS.  Mereka lupa atau mungkin tidak kenal sejarah perjuangan Mat Sabu.  Memang amat sukar bagi Mat Sabu untuk berdepan dengan kelompok seperti ini yang fanatik dan jumud malahan jauh dari mengenali kaedah "Tahalluf Siyasi" yang diamalkan oleh PAS.  Jika berdepan dengan hujah Umno atau serangan dari Umno, tentunya Mat Sabu akan bangkit walaupun bersendirian untuk menentangnya.  Tetapi tidak tergamak buat Mat Sabu untuk berdepan dengan "cicak mengkarung" yang sebahagian dari jemaahnya itu.

Terlalu marah mereka apabila mendapat berita PR bersetuju untuk menghantar satu nama sahaja kepada Tuanku sebagai calon MB Selangor iaitu DS Wan Azizah.  Mereka cop Mat Sabu gagal membawa mesej PAS yang mahukan dua nama selain dari DS Wan Azizah iaitu Azmin Ali.  Mat Sabu sebenarnya telah membawa kesemua mesej PAS itu tiada dikurangkan mahupun sedikitpun ditambah.  Tetapi apakah Timbalan Presiden PAS itu boleh memaksa PKR dan DAP untuk mengikut kehendak PAS?  Lebih-lebih lagi adakah Mat Sabu boleh memaksa Azmin untuk terima cadangan PAS?  Azmin sendiri sebagai tokoh yang dinamakan oleh PAS secara terus terang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada DS Wan Azizah, Presidennya.  Bahkan, ada Akuan Bersumpah dari Azmin.  Tidakkah ini difahami oleh kelompok yang ingin mencalarkan nama Mat Sabu?

Di masa akan datang, jika kelompok ini tidak lagi yakin dan percaya kepada Mat Sabu sebagai wakil PAS di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR, aku rasa ada baiknya mereka usulkan kepada PAS bahawa setiap Mesyuarat Majlis Presiden PR diwajibkan Presiden PAS sendiri hadir kecuali uzur.  Apakah mereka berani berbuat demikian?  Apakah nawaitu mereka ingin melihat PAS keluar dari PR gagal, maka Mat Sabu dijadikan puncanya? 

32 ulasan:

  1. PAS akan menuju kehanhuran bersama PR jika kelompok maknusia jenis ini disimpan dalam parti yang konon tiada unsur fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar apa yang kita bimbangi,Pas akan menuju kehancuran atau kemerosotan pengikut sekiranya Pas tidak menghalusi dan menbambil tindakan segera keatas kelompok yang menjadi virus dalam Pas.Kebanyakan mereka ini bersetuju untuk UG,

      Padam
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Hj Muhammad Sabu di tariff sebagai ayam tambatan DS Anwar Ibrahim ( Ex UMNO) kerana setiap ceramah beliau akan ucap ayat " Saya dah biasa kena lokap dan penjara " bagaikan sama dengan ucapan ceramah DS Anwar Ibrahim. . Bagi pendapat saya tak salah jadi jika ahli atau orang ramai kata yang Hj Muhammad Sabu ayam tambatan DSAI

    BalasPadam
  3. Salam Haji Jamaludin, terima kasih kerana memberi pencerahan; kenapa Hj Muhammad Sabu dianggap begitu. Tetapi saya tidak bersetuju dengan rasional begitu. Tak kan sebegitu mudah. Hanya kerana Hj Muhammad gemar menceritakan 'kelayakan beliau', beliau dicap dengan satu ungkapan yang agak menghina bagi ahli-ahli parti.

    BalasPadam
  4. ayuhlah...
    mari kita perkuatkan pr, bukan masa utk menuding jari sapa salah sapa yg betul...
    teruskan perjuangan, isu selangor ada hikmah utk kita belajar dan bermuhasabah diri...
    sudah jelas, pr mampu dan bijak menangani isu ini sehingga musuh2 pr (umno / bn khususnya) kecewa yang amat sangat....

    tahniah kpd semua pihak yg bijak membuat keputusan,
    kpd yg mempertikaikannya, sila tinggalkan perjuangan dan duduk dalam rumah (kunci pintu, kunci tingkap... duduklah kamu dalam gelap..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lebih baik mengunci diri dan menunggu mati dari bersekongkol dengan harbi dan peliwat... mana maruah pas?

      Padam
    2. woittt noball @ noegg ....sejak bila pulak kamu di liwat oleh peliwat itu...hanya yg kena liwat si peliwat saja yg kenal peliwatnya..kenapa kamu tak joint sifool tu buat aduan pada najib...kah kah kah kah

      Padam
    3. Hehe...ada lg si Gay ni

      Padam
    4. HAHAHAHA...MOSABIT...SECARA TAK LANGSUNG KAU AKUI...IDOLA KO MMG PELIWAT.....hanya yg kena liwat sipeliwat saja yg kenal peliwatnya !!!!....huhuhuhu

      Padam
  5. Kini, maruah PAS adalah lebih buruk dari umno... seburuk2 umno, tak pernah melantik MB dari kalangan wanita, tambah pula isteri dan pembela peliwat.... mana pas nak letak muka sekarang? islam lah sangattttt!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. woitt malaun...(pasal ko tak letak nama ko..padan muka ko)...sejak bila pulak kamu ni jadi ahli pas@penyokong pas???....i rest my case my loard...kah kah kah kah kah ..

      Padam
    2. Kuat betul diGay mosabit ni nyokong peliwat...hehe I rest my case my Lord. (Bukan Loard) bangang siGay ni

      Padam
    3. Kalau benar aku penyokong peliwat jugak, apa ko peduli. Aku dan kumpulan PR mendapat 52% undi. Ko cuma dapat 47% aje. Tak malu ke memerintah dengan bilangan undi macam itu?...

      Padam
  6. Bagi aku mudah jer nak rasionalkan keadaan...bagus kalau ada komplen dari dlm parti sendiri..ini sering terjadi kepada pkr dap dan pas sendiri....kerana keadan seperti ini tidak pernah terdengar dlm umnok..kecuali suara dari tengku razali.@kuli....bila banyak songel yg merapu senang parti mengambil tindakan...pas pecat hasang ali...pasal apa?..pasal mulut celupar dia...apa nak heran...mulut celupar ini ada dlm semua parti....kalau nak kena pecat sila celuparkan mulut kamu masing2..kah kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh. ..pandai jugak si Gay mosabit ni berhujah. Tp bontot gelumang najis. .hehe

      Padam
  7. Mulut celupar boleh...bukan tak boleh...tapi sebelum keluar kata kata tu...lebih elok kalau check fakta fakta...ni tak...belasah jee...ikut sedap mulut...kalau macam tu...apa beza nya ngan kaki empat ?

    BalasPadam
  8. Jelas sekali, luahan itu adalah dari hati yang kecewa dan ingin mengajak orang lain sama-sama mengiyakannya. Mereka mengharapkan perpecahan dengan PKR dan DAP seperti dirancangkan sebelum ini. Agenda bergabung PAS + UMNO nampaknya tidak menjadi. Puak-puak inilah akan kelak membawa kehancuran kepada perpaduan PR. Semestinya memang ada pihak berada dibelakang puak ini.

    Perpaduan adalah lebih penting disulami dengan persefahaman, toleransi dan sikap hormat menghormati

    BalasPadam
  9. memangla mat sabu tak suka nak bertekak sesama pas sebab kebanyakan org pas yang lama tahu bebenar cerita bilik 121!

    BalasPadam
  10. Itulah keputusan terbaik yang PAS boleh buat. PKR nak WAWI nak buat macam mana. Apa pun tahniah PAS terus bersama PR. ceramah agama tidak disekat, sekurang2 rakyat lebih bebas mendengar ceramah pembangkang berbanding dulu.

    BalasPadam
  11. Kpd geng UG lebih baik keluar dari PAS drpd jadi anai2 merosakkan parti dari dalam . Kalau hebat sgt masuk umno terus , agak2 dpt jadi calun umno ke? pd PRU14? Apa dah jadi dgn hassan aqidah dll? Dah jadi menteri kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la pasai depa nak bawa PAS kerjasama dengan UMNO. Batang tubuh depa secara perseorangan takde nilai pada UMNO. Orang UMNO sendiri ramai yang lebih canggih berbanding puak UG ni.

      Jadi puak UG ini mahu menggunakan PAS sebagai bahan tawar memawar untuk memberi nilai tambah kepada tubuh masing-masing yang takde nilai pada mata UMNO kalau lihat peribadi secara individu.Dengan jasa membawa PAS bekerjasama dengan UMNO mereka akan berjasa besar kepada UMNO. Dengan cara UMNO bekerjasama dengan PAS, UMNO bol3h membendung pengaruh PAS dengan menggunakan alasan kerjasama. Jadi UMNO makan mewah. PAS makan tulang dan kena berebut pula habuan yang ditinggalkan UMNO dengan 13 lagi rakan komponen BN yang kesemuanya kapirrrr....kecuali PBB ( parti bumiputra semua kaum and ugama boleh join)

      Puak PAS yang selain puak UG kena tanya, apakah UMNO hendak meninggalkan anggota komponen BN yang lain semata-mata? Kalau jawapannya, aku boleh jawab ya juga, kucing aku tumbuh tanduk semalam! Hangpa percaya tak?

      Kalau tidak apa kejadah PAS meninggalkan Pakatan dimana PAS hanya perlu berurusan dengan satu sahaja parti kapir - parti cina totok. Apa kejadah yang PAS nak kena berurusan dengan 13 lagi parti kapir yang m3njadi rakan s3hidup semati UMNO dalam BN. Setiap urusan kerjasama UMNO d3ngan PAS akan mengambilkira kepentingan 13 komponen UMNO yang lain.

      Ni agak-agak tindakan orang cerdik ke orang bodoh sombong tahap gaban? Puak-puak PAS jawab le sendiri.

      Padam
  12. org2 pas yg nak sgt kerjasama dgn umno lebih baik join umno sajalah. kalau berminat dgn habuan materialistik(fulus!) mengaku sajalah dan tak payah berselindung. kalau mat sabu nak join umno bila2 masa saja dia boleh belot dan jadi kaya raya, tapi abg mat ialah pejuang rakyat tulen bukan mcm geng2 pas yg berhati melayu(umno)

    BalasPadam
  13. Org2 yg nk sgt PAS brsama UMNO ni tk tpikir ke yg PAS & UMNO akn brebut krusi sesame sndiri utk mwakili kwsn majority Mlyu (sbb slama ni PAS brtandg mlwn UMNO bukn parti2 lain).!!!!

    BalasPadam
  14. Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh).
    Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku.
    Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.
    Isunya adalah prosedur. Kalau ada majoriti, prosedurnya seeloknya buat di DUN atau bawah pokok? Ini sekejap sokong kejap kemudian u turn - "binggunglah" DYMM.
    Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Reti bahasa atau tidak? Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

    BalasPadam
  15. Kata kuncinya dipilih dalam muktamar...

    Maka tak molek lah dua orang adun selangor tu yang dipilih oleh pesuruhjaya negeri mendahului keputusan presiden yang dipilih dalam muktamar!

    BalasPadam
  16. Sesiapa pun dari PR jadi MB tiada hal asalkan jangan setan UMNOK.

    BalasPadam
  17. Menang sorak kpg akan tergadai.

    PR dan penyokong yakin TSKI akan tumpas dan DSWA akan menjadi MB.

    But the party who will have the last laugh will be Barisan National. They are like a tiger silently preying for their food.

    Kenapa Barisan langsung tidak bersuara semasa isu MB Selangor ini sedang hangat? Kecuali sedikit statement dari TPM dan Adun BN di Selangor? Something very fishy is going on.

    BN sememangnya mengharapkan TSKI ditukar. TSKI telah berjaya membuktikan good governance, good monetary management, fair and just administration. Hampir tidak ada cacat cela.

    With TSKI in offfice BN tiada langsung modal untuk mengkritik kerajaan PR Selangor.

    Majority rakyat Malaysia melihat Selangor sebagai negeri contoh role model tang baik. Harapan Selangor untuk merampas Selangor hampir zero per cent.

    Malangnya krisis melanda. Disebabkan beberapa pemimpin yang tamak haloba, penggiat nepotism dan chronism, Selangor dilanda musibah. Anda ingat masalah telah selesai dengan persetujuan PAS utk kekal dengan PR? Masalah baru bermula untuk kita.

    BN melihat nya sebagai peluang baik untuk merampas Selangor kembali jika DSWA menjadi MB.

    * perpecahan diantara penyokong PAS dan PKR
    * Rakyat mula mempertikaikan rasional pertukaran MB
    * Rakyat khusus nya penyokong PAS mula mempersoalkan hala tuju perjuangan PAS
    * DSWA akan dituduh menjadi boneka kepada DSAI. Pihak tertentu akan merujuk Selangor sebagai kerajaan boneka yang pertama dalan sejarah Malaysia.
    * Segala ketirisan kewangan Selangor yang mengalir masuk ketabung kepartian dan individu akan dibongkar
    * Under table arrangement diantara beberapa orang pemimpin PKR yang terlibat dengan Kajang Move dengan DAP akan dibongkar (bukan oleh BN tetapi dari orang dalam PKR sendiri.
    * Beberapa projek berbillion ringgit melibatkan pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang menimbulkan kesangsian akan disiasat secara terperinci oleh SPRM berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemimpin PKR dan PAS sendiri.
    * Rakyat menjadi marah apabila krisis air tidak dapat diatasi apabila MOU dengan kerajaan pusat di gantung.

    Siapa yang tersenyum simpul sekarang?

    Era kejatuhan Selangor sebagai negeri mithali akan bermula tidak lama lagi. Kali ini Umno BN dan parti komponen yang lain hanya perlu tunggu san lihat sebelum memulakan serangan keatas tembuk kebal PR khusus nya PKR yang dirobohkan sendiri oleh pemimpin mereka bernafsu besar mementingkan diri sendiri dan anak bini.

    Hanyut perjuangan kita selama ini.

    BalasPadam
  18. mana lebih bahaya!!!

    wan azizah jd mb sebuah negeri dibayangi oleh suaminya ataupun najib tuya yg jd pm msia dikawal oleh rosmahpuaka...

    yang satu belum dibuktikan jd mb lagi,tp yang sekor lagi ni terbukti byk menghancurkan khazanah dan ekonomi negara...ahaks

    BalasPadam
  19. woittt...sape yg bodo tadi kata undang2 tubuh tak benarkan wanita jadi MB? dia tak baca tapi nk blagak cerdik. Aku yg blajar undang2 kat sgor ni siap buat tesis lagi, aku pun tahu takde disebut wanita tak boleh jadi MB atau bukan anak sgor tak boleh jadi MB...tak sebut pun....hahaha

    korang dah dgr ke bberapa pimpinan pas sgor sendiri sebut tentang tski? korang tak fikir ke nape tski takut sangat nk bjumpa dan bersoal jawab dgn lembaga disipllin pkr wlaupun masa diberi cukup utk beliau hadir? Beliau tak dtg pun bila dipanggil sebaliknya hadir jamuan hari raya pada hari tersebut. Tapi bila najib panggil dlm masa yg singkat pun, dia laju je pergi. Nampak????? hahaha

    BalasPadam
  20. melayu memang takut lakukan perubahan pasal otak masih bertahyul siyasi...

    korang ingat pemimpin umno senang dgn persetujuan pr tuk mb baru,mereka telah bertemu secara senyap dgn soltan di luar negara meracun dan mengugut soltan dgn kehilangan harta kekayaan yg dinikmati sekiranya perkenan dgn wan azizah...

    tggu soltan buat kejutan dgn hanya perkenan mb dr pas utk menghuru-harakan lg pr.

    akhirnya khir toyo(anak didik mahathir) didapati tdk bersalah dan dicalonkan juga oleh umno sbg mb dr kerajaan minoriti..amacam?

    akhirnya pilihanraya juga utk cuci taik2 yg umno tinggalkan di sngor....mereka tahu kalah(kalau spr x sempat buat helah besar-besaran)asalkan mereka puas hati bg majoriti rakyat sngor yg menyokong aspirasi pr.

    BalasPadam
  21. Puak UG yg majoritynya dikalangan pro ulama ni sebenarnya nak memecahbelah PKR dan seterusnya PR. PKR nak selamatkan partynya dari sikap berpuak-puak PAS nak suruh ada puak dlm PKR, lama kelamaan berlaku kacau bilau dlm PKR dan PR. Apa peliknya nak lantik Presiden sendiri yg mengetuai sebuah kerajaan? Biar ikhlas lah puak UG. Tahniah kpd sdr yb. Azmin kerana setia dgn party sikap sabar sdr yb akan membolehkan sdr. yb menjadi Preiden nanti.

    BalasPadam