Ahad, 10 Ogos 2014

PECAT TS KHALID, WAJAR ATAU TIDAK?

AKHIRNYA TS Khalid Ibrahim, MB Selangor dipecat dari PKR.  Tiada yang melompat gembira dengan pemecatan itu, tiada juga yang sampai meraung meratap dengan tragedi malang ini.  Tidak dinafikan ramai yang kecewa dengan keputusan ini termasuk aku yang memangkahnya untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan yang lalu.

Aku menentang sikapnya hanya atas satu sebab iaitu kedegilannya untuk mematuhi arahan parti.  Bukan baru kita dengar sikap ini ada pada beliau, dan aku mula merasakan kebenaran bahawa TS Khalid mempunyai kelemahan yang paling ketara iaitu tiada sifat orang politik iaitu patuh kepada pemimpin parti dan parti itu sendiri.  Namun aku masih memilihnya untuk jawatan Timbalan Presiden kerana mempercayai janji-janjinya sewaktu berkempen iaitu beliau akan jadikan PKR parti reformasi yang mantap jauh dari unsur-unsur ketidakadilan.


Aku jangkakan dengan janji-janjinya itu beliau terlebih dahulu menunjukkan contoh teladan menjadi seorang yang komited dan taat setia kepada parti.  Malangnya, aku tidak nampak beliau melakukannya terutama apabila bermulanya krisis MB Selangor.  Ujian pertama kesetiaan beliau kepada parti adalah apabila beliau diminta untuk mengosongkan Kerusi MB Selangor.  Usah bicara atas sebab apa, tetapi jika parti sendiri mahu beliau kosongkan Kerusi MB, seharusnya beliau patuhi tanpa banyak bicara.  Mana mungkin beliau merasa selesa menjadi MB tanpa direstui partinya sendiri?

Benar, MB adalah hak rakyat.  Kerusi MB Selangor adalah hak bersama PR.  TS Khalid adalah hak PKR kerana beliau naik atas pilihan PKR dan diterima oleh PR.  PKR yang calonkan beliau bertanding di dalam pilihanraya, beliau menang, dipilih oleh PKR untuk duduk sebagai MB Selangor.  Jika tidak, beliau mustahil boleh menjadi MB seperti sekarang.  Seharusnya bila parti ingin melantik orang lain, beliau wajar memberi peluang kepada orang lain untuk memikul amanah itu.  Namun, TS Khalid tidak sanggup berbuat demikian.

Parti bertindak wajar.  Entah beberapa kali sebelum ini DS Anwar menasihati beliau samada secara tertutup mahupun secara terbuka.  Entah beberapa kali TS Khalid gagal hadir menemui pemimpin parti untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang parti sering persoalkan.  Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.  Dalam isu perjanjian (MOu) berkaitan air dan Langat 2, jelas sekali TS Khalid tidak menghormati Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim.  Benar, itu hak MB atau kerajaan Selangor tetapi rugikah jika DS Anwar dibawa berunding terlebih dahulu sebelum menemui bos 'musuh' PR iaitu Najib?  DS Anwar tidak diumpamakan langsung.

DS Anwar masih setia dan bersabar dengan karenah TS Khalid.  Cara lain dilakukan oleh DS Anwar demi mahu menjaga nama baik TS Khalid.  DS Anwar bersama pimpinan PR bersetuju melantik Jawatankuasa yang dianggotai ketiga-tiga parti dari PR untuk membantu TS Khalid memantau perjanjian berkaitan air agar PR tidak terpedaya dengan tipu helah musuh, malangnya mengikut kenyataan wakil-wakil yang dilantik, TS Khalid tidak pernah menghiraukan mereka.  Kewujudan mereka dipandang sebelah mata oleh MB Selangor ini.

Parti tentunya merasa tersinggung dengan kerenah dan keegoan TS Khalid.  Banyak lagi kerenah TS Khalid yang menyucuk mata kepimpinan parti.  DS Anwar sudah dapat terbau 'penyakit' yang ada pada MB Selangor ini.  Beliau tidak mahu membiarkan penyakit ini semakin kronik.  Mencegah lebih baik dari mengubati.  PKR telah cuba mencegahnya, dan sudah sampai ke tahap mengubatinya.  

TS Khalid memang tidak rasuah.  TS Khalid memang belum disabitkan dengan sebarang kes salah laku.  Ini juga sifat yang ada pada Almarhum Ustaz Azizan, MB Kedah dulu.  Almarhum orang alim, tidak rasuah.  Tetapi sifat itu walaupun amat penting untuk seorang MB atau pemimpin, tetapi ianya tidak cukup tanpa adanya disiplin diri, komitmen ke atas parti dan juga bijak strategi politik.  Pemimpin mesti jauh dari sifat ego dan sombong lebih-lebih lagi terhadap pemimpinnya sendiri.  Bak kata Mursyidul Am PAS, sebagai ahli kita wajib taat dan patuh kepada Nakhoda, walaupun nakhoda kita ada sedikit kelemahan.  Patut selagi tidak menyalahi syarak.  Menukar pemimpin untuk memantapkan lagi kekuatan organisasi bukan satu kesalahan dari segi syarak.  

Benarkah beliau tidak diadili dengan sewajarnya?  Beliau telah diberi masa yang mencukupi untuk menyatakan sebab-sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan oleh parti.  Beliau mendakwa surat tunjuk sebab itu 'cacat'.  Beliau diminta untuk hadir beri keterangan, beliau memberi alasan sibuk untuk bertemu menteri Bn.  Sibuk-sibuk beliau, yang peliknya masa 24 jam yang diberi oleh Najib untuk beliau hadir menandatangani MOu, beliau sanggup bergegas tanpa sempat memaklumkan kepada bosnya.  Tetapi bila arahan parti, beliau beri alasan tidak diberi masa mencukupi.  Parti masih beri peluang untuknya hadir sehari selepas itu, beliau tetap tidak hadir, sebaliknya masih sibuk berhari raya.  Paling mengejutkan, beliau pula yang mahu tetapkan tarikh lain untuk beliau hadir.  Ahli parti apakah seperti ini?

Apakah wajar parti terus dibuli sedemikian rupa?  Apakah keistimewaan beliau sehingga sering parti beralah dengannya?  Pemecatan beliau rasanya lojik dan munasabah.  Namun, aku berpendirian parti wajib memberinya peluang untuk merayu.  Samada dia mahu merayu atau tidak, itu lain cerita.  Haknya mesti diberikan di dalam tempoh 14 hari untuk beliau merayu.  

Apakah pemecatan ini memberi kesan kepada rakan-rakan di dalam PR, terutamanya PAS yang konsisten mempertahankan beliau selaku MB?  Jawapannya, terpulanglah kepada tafsiran kita sendiri.  Mungkin kata-kata Mursyidul Am PAS di bawah ini boleh memberi tahu kita jawapannya;

"   Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  "Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.  "PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.

20 ulasan:

  1. Pkr mmg bangsat..x sdar diri..ingat rakyat bawahan nie hamba ke..ikot suka org nk turun kn mb..pastue lantik plak bini sndiri jd mb..hahaha..lawak paling hebat diabad ini..jelas2 mmg agenda peribadi..baru aku sdar sape tue Anwar...sory la aku nk pcayakn si Anwar tue lg...hilang dh simpati aku dia..tgu lah kejatuhan kmu parti pkrrrr...puii

    BalasPadam
  2. Halooo nk taat setia dgn parti yg hampehhh camtue??pemilihan parti pn kcau bilau...tipu sana sini..sogok duit..bergaduh bertumbuk...berebut jawatan..nk ckp pasal integriti org lain? Heloo brother kami rakyat bawahan nie tau la apa yg rakyat bawahan nie pk kn..rata2 yg aku dgr rmai yg x puas hati..rmai yg meluat dgn permainan politik pkr..klu x caya tgu lah pru nnti..jgn syok sndiri la ek..aku nie bkn peminat tski sgt..tp aku dh rasa mnyampah dgn politik pkr yg suka menjatuhkn org..tuduh org bt salah laku itu ini..padahal diri sndiri bergelumang dgn najis!cermin diri la pemimpin pkr oiiiii

    BalasPadam
  3. Tindakan paling tepat. Dimana hebat sgt TSKI ni sampai org lain tak boleh ambil jawatan tu. Jawatan MB bukan sama CEO syt. CEO boleh lah berusaha simpan dana utk business. MB mesti tahu guna dana utk kesejahteraan rakyat. Pelik lah seorang ahli tidak patuh arahan party sedangkan beliau tidak mahir dlam sepak terajang ahli politik. Aku tak Nampak kalau dikatakan DSAI gila kuasa dan jawatan. Kalau itu yg dikehendaki oleh DSAI beliau boleh meletak DSWA sebagai calun dlm PRU 13. Kedegilan TSKI berbincang dlm membuat keputusan dan dlm masa yg sama ada pula kumpulan lain utk jadi MB jadi itu adalah langkah terbaik bagi DSAI. Kalau TSKI membuat keputusan setelah berbincang dgn pucuk pinpinan keadaan sebegini tidak akan berlaku.

    BalasPadam
  4. Sangat wajar dipecat, pertama kedegilan mengikut arahan party kedua dia berasa PKR ada berhutang budi dengannya kerana membantu PKR dari kehilangan rumah ,ketiga berasa bangga kerana dapat menjana simpanan negeri berbilion ringgit padahal rakyat Selangor dalam kepayahan infrastraktor hidup harian seperti sampah air dan sebagainya keempat terlalu emosi dengan ego sendiri yang menyanggah kehendak party sendiri.

    BalasPadam
  5. YA ITULAH KHALID IBRAHIM YANG SAYA KENAL LUARAN NYE TAPI BUKAN HATI NYE. SAYA SANGAT SOKONG PEMECATANYE.

    BalasPadam
  6. kalou dia tahu duit rakyat nk diperabihkn utk kepentingan parti dan individu tertentu bagus la dia melawan...

    BalasPadam
  7. Saudara, saya setuju TSKI banyak membantu; tetapi kalau dipanggil Parti pun beliau tak datang, susahlah. Bayangkan kita kerja 1 opis, tapi ada seorang staff ini yang boleh buat ikut suka. Bayangkan dilema bos; nak jaga yang sorang ini-kah, atau nak jaga yang lain.

    BalasPadam
  8. Setakat ini belum Nampak lagi DSAI nak habiskan dana tu utk individu atau party. Yang belum tiba tak baik kita nak kata, tapi yang dah terjadi boleh diperkatakan. Yang bagi projek kat krooni UMNO tu dah jelas, menaikkan gaji MB,exco dan YB dah jelas, penjelasan bagaimana hutang BIMB tak dijelaskan kpd pucuk pimpinan. Semua ini ibarat memberi hulu pedang kepada pihak lawan. Fikirkan lah..

    BalasPadam
  9. ini lah masanya ahli UG dari pas hasut pas pecat PKR dari Pakatan Rakyat..kah kah kah kah ..

    BalasPadam
  10. saya cadangkan biar anwar buat roadshow beritahu kapada rakyat betapa busuk-nya TSKI.dlm blog siapa pun bolih beri komen.TSKI bukan saja hak selangor dia berada di-dalam pakatan. so, semua rakyat sokong pakatan perlu tahu dan biar adil, bagi peluang TSKI menjawab apa saja tuduhan jangan buat perangai macam musuh kita.tidak adil-lah.

    BalasPadam
  11. Setuju yg duly tski byk korban Wang ringgit utk part I to bkn bererti dia beli parti.ramai atr kits yg korban wang ,kederat ikut kemampuan.yg 'ke dalam' pun bkn sikit.yg kena tukar dan hilang kerjanpun bkn sikit.mmg take may bingkar kesilapan dia to sikap beliau dan segelintir DLM PAS yg buatkn isu no jadi kalut.klu PAS sabar Dan dengar penjelasan tertutup dahulu,tak terbongkar aib.Dsai tau byk aib pemimpin BN to tak didedahkn.skrg bila dibongkarkn salah laku tski dikatakn buka aib plk.boleh beza take atr aib dgn salah laku.jgn duk guna istilah2 Arab utk halalkn kebusukan.

    BalasPadam
  12. Nak tau wajar atau tak?
    Tunggu next election..
    Itu jam baru kita tau...
    Klu ckp skrg tak guna, demi "Power + Kepala Agong", deme2 tu sanggup buat apa sahaja, meludah boleh dan jilat balik ludah pun boleh...
    "Biorkan dia."...

    BalasPadam
  13. Umno pun tukar mentri besar, tak kecoh pun parti lain menentangnya. Kalau tak faham berparti biar tak payah masuk. Orang degil tak patut berkuasa, tak percaya pendiriannya kosong, boleh berubah. Lompat parti adalah tindakan paling keji setelah selama ini parti yang nak dimasuk itu lah kuat mengutuk. Pergi jahanam.......

    BalasPadam
  14. Satu-satunya penghalang terbesar Anwar Ibrahim di Selangor sekarang selain DYMM Sultan Selangor adalah Azmin Ali, orang kanannya sendiri. Khalid Ibrahim yang selama ini disangkakan bersendirian, telah pun dipecat daripada menjadi ahli PKR, manakala Azmin Ali pula sedang dalam pemerhatian dan perbincangan untuk dikenakan tindakan yang sama.

    Nama Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar kedua selepas Wan Azizah telah dan dengan sengaja dicicirkan ketika Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin memberikan taklimat tiga hari lepas di Ibu Pejabat PKR Tropicana.

    Ketika majlis taklimat tersebut, tercetus satu konflik apabila para wartawan menerima kenyataan media yang ternyata berlainan daripada apa yang dibacakan oleh Zuraidah Kamaruddin. Kenyataan media kedua tersebut mencatatkan nama Azmin Ali selain Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.Ini menyebabkan Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang pemimpin PKR yang hadir, tercengang-cengang dan mereka tidak dapat memberikan jawapan pantas memandangkan kenyataan media kedua itu juga dikeluarkan oleh MPP.

    BalasPadam
  15. Kepala KAJANG MOVE yang mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Anwar Ibrahim gagal dan tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, Rafizi Ramli, sekali lagi melakukan pembohongan bersiri tanpa rasa malu, segan atau takut.

    Dalam satu ceramahnya semalam, Rafizi memberitahu hadirin bahawa sebenarnya yang mengusulkan agar Khalid Ibrahim dipecat daripada menjadi Menteri Besar Selangor adalah PAS. Malah PAS jugalah yang membuat aduan tentang Khalid Ibrahim sehingga akhirnya PKR tidak ada cara lain, melainkan mendesak Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, dan selepas Khalid gagal berbuat begitu, dia dipecat.

    Kalau kita ingat balik, inilah modus operandi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim setelah dia dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain jawatan-jawatannya dalam UMNO. Pembohongan dilakukan secara berterusan dan dengan sebebas-bebasnya, malah tanpa segan dan malu, mengaitkan apa-apa sahaja untuk menunjukkan kononnya  mereka di kalangan orang yang benar.

    Bagaimana Rafizi hendak menerangkan, masalah tentang Khalid Ibrahim bermula selepas Khalid Ibrahim enggan melepaskan konsensi kepada taukeh-taukeh DAP yang memberi komisyen kepada beberapa orang pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli sekiranya SYABAS, ABAS, LUAS dan SPLASH berjaya diserahkan kepada penguasaan DAP.

    BalasPadam
  16. Noh Omar senyum aje....
    Aku doakan noh jadi mb
    Aku dah muak dgn pkr @ dap

    BalasPadam
  17. Hello...
    Aku sokong khalid kekal mb... Knp? Dia dah byk bt kerja ... Khalid xikut arahan parti sbb bila dtg meeting pun, comfirm pkr xkan setuju usul dia nk bawa. Pasal langat, kidex, ingat dorang setuju.. So, disebabkan dh boleh agak keputusan, perlu ke nk tunggu parti. Baik truskan dari rakyat slangor berdemo nanti sebab masalah air ... Kesian pr sekarang, tenat... Bn tersenyum lebar... Pas mantain terbaik... Next election aku dh boleh undi. Pkr dan umno xda beza... Pas aku pangkah...

    BalasPadam