Jumaat, 24 Oktober 2014

Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil Noor masih ada, kamu tidak akan bersendirian, Anwar

ESOK, Sabtu (25 Okt 2014) Ketua Pembangkang yang dikenali sebagai tokoh reformasi iaitu DS Anwar Ibrahim akan tiba di bumi Pahang.  Selepas di Kedah, Penang, Perak, Terengganu, maka kini giliran Pahang pula dan lokasi yang dipilih oleh beliau adalah kawasan kuat Umno di Pahang iaitu di Maran.



Bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran, berhadapan Stesyen Bas bandar Maran bakal menyaksikan pidato berupa amanat penting dari Ketua Pembangkang ini sebelum beliau menyerahkan diri kepada kuasa dan takdir yang Maha Kuasa samada beliau bakal 'terkorban' lagi di penjara demi rakyat Malaysia.  Beberapa tahun dahulu, beliau telah membayar harga yang begitu mahal untuk pencinta keadilan di negara ini di mana beliau sanggup menjadi penghuni kandang besi selama 5 tahun walaupun akhirnya di dapati beliau tidak bersalah.  

Almarhum Ustaz Fadzil Noor
DS Anwar bukan saja sanggup mengorbankan dirinya untuk melihat rakyat di negara ini terbela, tetapi beliau juga mencagarkan maruah seluruh keluarganya apabila beliau difitnah dan menjadi seorang banduan.  Tidak mudah untuk sesiapa pun mempercayai Anwar dan keluarganya mempunyai kekuatan yang luar biasa.  Kelembutan isterinya Kak Wan tidak langsung menunjukkan bahawa beliau sebenarnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi untuk menerima ujian terhadap suami tercintanya itu.  Apakah keluarga kita mampu memiliki kekuatan seumpama itu?  


Demi rakyat dan negara, Anwar terus menjadi pertaruhan kita.  Jika bukan beliau, cuba sebut siapa yang memiliki kebolehan sepertinya?  Kita sedar Anwar sepatutnya tidak perlu lagi kita cagarkan sebaik sahaja beliau keluar dari penjara beberapa tahun dulu.  Anwar patut berehat bersama keluarga dan anak cucunya.  Sudah cukup untuk tokoh reformasi ini melalui ujian dan fitnah yang melampau dari rejim bangsat itu.  Namun, kita tiada pilihan lain.  Anwar masih kita perlukan.  Maka, terjadilah apa yang telah kita duga awal lagi iaitu Anwar pasti akan menjadi mangsa rejim lagi.  Fitnah terus menjadi senjata ampuh kepada bangsat di Putrajaya.

Pada 28 hb Oktober ini nanti, kita mengangkat tangan ke hadrat Illahi agar memberikan kita peluang lagi untuk bersama pemimpin yang kita sayangi ini.  Berusia 60-an, Anwar bukan selayaknya dikurung tanpa melakukan kesalahan.  Malang sekali, ada teman-teman yang dahulunya menikmati sedikit sebanyak hasil pengorbanan Anwar kini awal-awal lagi menadah tangan berdoa agar Anwar merengkok di dalam penjara bahkan ada yang mengharapkan nyawa Anwar berakhir dipenjara.  Kerana apa?  Hanya satu, iaitu Anwar tidak mengikut kehendak dan kemahuannya.  Ada yang telah merasa kuat dan gagah, maka Anwar bolehlah dilenyapkan sekarang.  

Namun bagi yang masih berakal dan tahu bersyukur, kita masih mahu Anwar memimpin kita.  Kita sedar apa yang kita perolehi semenjak pembebasan Anwar dari penjara dahulu adalah kerana semangat yang dibawa oleh Anwar.  Selepas kita perolehi undi popular 53% di dalam PRU 13 yang lalu di mana telah memalukan rejim sekarang, apakah kita sudah ego dan sombong?  Ada yang menjadi YB bahkan menjadi MB dengan kemenangan cemerlang kita di dalam PRU selepas Anwar bebas dari penjara.  Kita sudah lupa semua ini?

Pada 28 Oktober nanti adalah detik untuk kita mahu melihat siapa rakan kita yang sanggup ketawa dan menangis bersama.  Setakat ini aku percaya, rakan kita tidak akan menjadi rakan khianat. Andainya nanti aku melihat sebaliknya aku tidak akan lagi mempercayai puak seumpama ini.  Aku tidak merayu sesiapa pun untuk bersama di mahkamah Putrajaya pada 28 Oktober ini.  Aku cuma mahu lihat siapa yang sanggup mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan perjuangannya. Seburuk-buruk Anwar, buruk dan kejam lagi rejim yang ada.   Aku juga mahu lihat sejauh mana perjuangan Islam yang diperjuangkan itu menghadapi detik-detik seperti ini.  Adakah kerana dendam kesumat maka keadilan tidak dapat mereka tegakkan dan secara tidak langsung mereka memberi ruang kepada kezaliman untuk terus berleluasa.

Kalaulah Almarhum Ustaz Fadzil Noor masih ada, kamu tidak akan bersendirian, Anwar....
Al-Fatihah buat Almarhum.

33 ulasan:

  1. mari kita sama2 solat hajat dan bykkan baca qunut nazilah semuga penzalim binasa hingga ke akar umbi dan anwar dibela oleh Allah swt.

    ANWAR ADALAH PEJUANG RAKYAT UNGGUL SEPANJANG ZAMAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sedap balun sendiri, susah ajak orang ramai,

      ADILKAH INI ?

      Padam
    2. Bodoh sepanjang zaman. Depan ada mata tp belakang suka sondol....LUBANG KUNYIT..!

      Padam
    3. Mcm mana nak dibela olah ALLAH SWT, Dlm Quran dah kata jangan sondol belakang....

      Lu pikirlah sendiri......

      Padam
    4. wfauzdin ns -- awak pun kaki main belakang ke....?

      Ya-ya sangat minta Allah swt tolong...
      pejuang konon...

      kalau dah main belakang nak tolong macam mana?

      Padam
    5. Ko ni Islam ke kafir? Allah larang fitnah tapi ko buat jugak. Ko ingat ko lebih besar drp Allah?

      Padam
    6. Aku 100 kali tak suka anwar berbanding dgn sdra. Tapi aku tak sanggup nak panjangkan benda yg aku tak nampak dan jadi fitnah. Baik tutup mulut drp lawan perintah Allah. Dlm Quran ada ayat larang fitnah. Masih nak lawan Allah juga kah?

      Padam
    7. BIJAK, anda BIJAK. (Dr. G.)

      Padam
    8. Apa fitnah...? Kalau dah mahkamah buat statment jumpa DNA DIA DLM LUBANG KUNYIT DALAM 4 CM....! ini pun fitnah ka?

      Pakai la otok bodoh yg Allah bagi tu untuk fikir....

      Padam
    9. 1035 petang sungguh jahil bab hukum Allah swt.ngaji malas,lepas tu bagi komen bodoh.hang ada saksi tidak fasik seramai 4 orang ker nak buat pertuduhan sedemikian rupa.ujian dna ciptaan manusia tapi Al Quran di turunkan Allah swt pada kita semua.sekarang siapa lebih bodoh.ikut cara 1127 pagi baru betul.kesian 1035...rasa diri tu bijak,rupa rupa nya........hampeh

      Padam
    10. 24okt -11.22.
      Mmng Allah turun ayat dlm quaran itu BETUL.
      Cuba ko fikir dlm quran ada sebut kalau hendak berperang '' hendaklah persiapkan kuda2 perang yg kuat agar musuh gerun dgn nya'' ini maksud ayat.
      Tafsirannya adakah Allah menyuruh ko siapkan kuda yg kuat, pada hal org skrg menggunakan kerata kebal dll utk berperang.? Fikir lah sikit cara moden.
      Serupa dgn kes cinadoll adakah camera itu besi tak boleh dijadikan saksi ?
      Aku pua ada belajar undang2 syariah lahl
      Kalau dah ada 4 org saksi akan kejadian itu maka tak jadilah kes cinadoll tu....
      hampas punya orang....

      Padam
  2. Keadilan hanya utk anwar.
    Bagaimana pula keadilan utk TSKI?

    Keadilan terpilih, itu kamu kata keadilan?
    Jahanam kamu kalau kamu mengamalkan keadilan terpilih.

    Jangan kamu guna harta milik rakyat Selangor untuk kepentingan parti kamu kerana kelak kamu akan disoal di kemudian hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu pun dah di JAHANAM KAN oleh BN.... KINI KAMU HANYA SEORANG PENGEMIS BRIM....TAHNIAH TERHADAP KEBODOHAN KAMU....(DR.G)

      Padam
  3. Encik wfauzdin......
    Tak nak hentam cikgu Bad ker?
    Ada peluang bail nih......

    Sbb klu betul 5 adun bust SD, nampak macam ada yg tak kena dgn jwtn MB......

    BalasPadam
  4. BERTAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT JANGAN TIPU RAKYAT MALAYSIA DENGAN MAINAN POLITIK KOTOR ESOK ANDA AKAN BERSENDIRAN DIDEPAN ALLAH

    BalasPadam
  5. Boddoh punya Blogger Wfaudin Kaki Lancap Kaki Liwat nieehhh

    Sedap sangat ker Kote Bengkok bang non tuuh haaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya yg berbahasa begini adalah PENGEMIS BRIM....( Dr.G)

      Padam
  6. Kalau pun Allmarhum Ustaz Fadzil ada sekarang ni beliau akan berada di mahkamah tinggi K.Terengganu pada 28hb ni untuk memberikan sokongan kepada timbalannya didalam menghadapi saman fitnah dari pkr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pkr ni mmg byk bikin fitnah. Ni la hasil nya bila tidur sebantal dgn dap.

      Padam
    2. Ni makan dia.. orangni.blogspot.com/2014/10/siapakah-kamu-wahai-pkr-hendak.html?m=1

      Padam
  7. Sudah la tu. Kalau benar anwar bersalah, biarlah diadili di Mahkamah. Di akhirat nanti diadili oleh Mahkamah Allah.

    Kita juga mahu keadilan utk mangsa2 beliau.

    Kira tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  8. PAS lupa dulu PAS kalah teruk pada tahun 1986 di mana PAS cuma ada SATU kerusi Parlimen dan 16 DuN seluruh Malaysia. Kira2 20 kerusi PAS hilang deposit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR lupa tahun 1986 mereka bergelumang dlm tong taik.. bau busuk nyer x hilang2 smpai la ni.. dlm blog ni ade tukang komen bau busuk taik jugak.. keh keh keh

      Padam
  9. fitnah tetap fitnah....
    manusia bernama anwar diuji Allah dengan fitnah bertimpa2...seandainya setiap cacian dan hinaan dari pendosa2 dibalas dengan kesabaran.....insyaallah..... nikmat pahala menanti mu wahai anwar.... di akhirat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai..lu bagi satu bukti knp lu bilang Anwar Ibrahim difitnah.

      Kalau lu gagal cai...lu benam kepala dlm tong taik

      Padam
  10. Juboq Azizan, Darmawan, Munaweer, Saiful siapa nak bela. Jika juboq Wan Azizah tu dia punya fasal.

    Jika Tiada satu ayat pun Anwar bersumpah dengan nama Allah swt. Selama itulah Anwar dianggap pendusta.

    Tidak akan ada istilah suka sama suka sekiranya salah seorang itu mempunyai kuasa ke atas seorang lagi.

    Sesungguhnya Anwar telah memalukan keturunannya dan Sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .Aku sokong 1000%

      Padam
    2. cer citer dimana satu dalam ayat Al Quran yg mewajarkan bersumpah dengan nama Allah swt atas pertuduhan meliwat atau diliwat.betul ker cara tu bro.agak agak ler bro.kenapa yer isteri Rasulullah saw bila difitnah,tidak pula diminta bersumpah.sedangkan ketika itu Rasullah saw amat berdukacita.jangan berkata kata sesuatu kita tidak pasti.komen ko cukup merbahaya.ingat yer.......adakah ko pasti juboq 5 nama yg ko sebut telah di liwat oleh anwar.siapa saksi 4 orang yang tidak fasik yg bole ko ketengahkan.ada?jika tiada,atas pertuduhan ko tu,ingat jika ko menjadi bapa....ko tidak bole menjadi wali pada pernikahan anak ko.jika ko berdegil juga,maka perkahwinan anak ko tidak sah.cucu ko ditakrifkan sebagai anak tidak sah nikah.berat oi.sendiri celupar,sendiri tanggung ler.baru ada akai.sanggup ker ko cari anwar untuk meminta maaf.haaaa..yang sokong tu pun terkena tempias nyer.sendiri komen,sendiri mau hengat ler.

      Padam
    3. Cai...kamu faham tak hukum hudud qisas dsb? Kalau seorg tu dirogol, adakah dia wajib mencari 4 saksi?
      Cai, kalau kamu faham setakat ikutan saja, tak perlulah kamu menulis pjg lebar utk mengelirukan dan menghalalkan yg bathil.
      Neraka jahanam pergi nya kamu nnt. Sekian wassalam.

      Padam
    4. Kalau kes anuwar semua fitnah.....Apa dia ingat dia maksum ke...?

      Kalau masa sedap tak ingat dunia.

      Anugrah tuhan gelaran bini dia bagi. Bodoh punya cai...

      Padam
  11. tak setuju......auta pemfitnah.....

    BalasPadam