Jumaat, 10 Oktober 2014

KENAIKAN GAJI MP - MENGAPA PERLU DITENTANG ?

KINI isu kenaikan gaji Ahli Parlimen galak diperdebatkan.  Wajar atau tidak kenaikan gaji tersebut setelah begitu lama gaji MP tidak dinaikkan dan tahun lepas cadangan kenaikan gaji tersebut ditolak awal-awal lagi oleh Ketua Pembangkang dan PR kerana kenaikannya begitu tinggi.  Isu sekarang, bukan wajar atau tidak tetapi berapa peratus kenaikan itu?  

Aku sokong sangat jika gaji atau elaun MP dinaikkan kali ini tetapi mesti munasabah dan tidak begitu menghiris hati dan perasaan rakyat yang kini tertekan dengan kos kehidupan yang semakin tinggi tambahan pula harga minyak petrol dan diesel baru saja dinaikkan sebelum Hari Raya Korban baru-baru ini.  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan kenaikan gaji MP tetapi beliau menegaskan kenaikan itu harus dilakukan dengan kadar yang rendah dan munasabah kerana ia sudah lama tidak dinaikkan.

"Saya menunggu cadangan daripada kerajaan, dan pada dasarnya kita setuju kalau kenaikan itu pada tahap yang rendah dan munasabah," kata beliau kepada Malaysiakini di lobi Parlimen hari ini. Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata elaun MP yang sekarang ini berjumlah kira-kira RM6,500 adalah antara yang paling rendah di dunia.  Beliau berkata cadangan kenaikan pada 2012 sebelum ini tidak dipersetujui pembangkang.  Anwar pula berkata beliau sebelum ini menolak cadangan tersebut pada 2012 kerana kenaikan itu terlalu mendadak dan tinggi.  "Dulu saya telah membuat kenyataan menolak kerana kenaikan itu agak mendadak.  Tetapi oleh kerana cadangan dan bertahun tiada kenaikan, kita bersetuju tetapi dengan kadar yang kita anggap munasabah," kata beliau.

Mengapa kita perlu sokong kenaikan gaji MP ini?  Di antaranya adalah seperti berikut;

1.  MP terutamanya dari PR tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat bagi kawasan-kawasan yang mereka wakili dan sekiranya ada sekalipun bukan diberikan terus kepada MP dari PR dan ini menyukarkan perancangan Wakil Rakyat berkenaan untuk membangunkan kawasan masing-masing.

2.  Pengurusan dan pentadbiran Pejabat Khidmat MP perlu kepada peruntukan bagi menyediakan segala kelengkapan pejabat, kelengkapan lojistik dan juga elaun kepada kakitangan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing.  

3.  Terbukti masih banyak Pusat Khidmat Wakil Rakyat khususnya dari PR yang menyediakan tabung derma memohon sumbangan orang ramai hanya untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan pejabat seperti kemudahan komputer, kertas komputer, dakwat komputer, Telefon/Fax, kemudahan Internet dan berbagai lagi bertujuan untuk melicinkan lagi pengurusan pejabat untuk menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat.

4.  Terdapat kakitangan pejabat MP yang tidak bergaji atau mendapat elaun yang terlalu rendah bahkan kadangkala dibayar dan kadangkala tidak.  Namun mereka faham MP dari PR lebih mengutamakan rakyat di kawasan mereka dan MP tidak mempunyai cukup wang untuk kakitangan pejabatnya sendiri.

5.  Menyedari bahawa pengurusan yang licin dan sistematik serta mempunyai kakitangan pejabat yang cekap memerlukan kos dan MP tidak mampu untuk menangung kesemuanya.

Atas dasar ini, maka wajarlah gaji atau elaun para MP ini dinaikkan agar mereka mampu untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisyen lagi,  Ini bukan masalah MP tidak menghiraukan kesusahan rakyat, tetapi langkah ini juga akan menjadikan MP lebih bersemangat untuk membela nasib rakyat.


5 ulasan:

  1. kalu ketua pembangkang terlibat mesti ada macai lahanat pengampu karat biru jadi gilababi & meroyan tak tentu hala ! kah kah kah ABU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkuk..cuba baca komen dibwh..belajar mcm mana nk bg pandangan. Jgn nenyondol masuk mcm babi hutan. Tak abis dgn abu dia.

      Padam
  2. Sebenarnya kita tak adalah 100% menentang kenaikan gaji Ahli Parlimen tetapi amatlah tidak bersesuaian kenaikan dilakukan di kala hati dan perasaan rakyat baru saja didera dengan kenaikan harga minyak yang sudah pasti bakal diikuti oleh pelbagai kenaikan lain selepas ini. Justeru, atas semangat dan rasa simpati serta kebersamaan Ahli Parlimen PR dengan penderitaan rakyat, seharusnya mereka dengan tegas menolak cadangan kenaikan ini buat sementara waktu ini. Ini adalah kerana mereka tidak boleh lari daripada persepsi negatif rakyat yang beranggapan bahawa mereka sebenarnya bersama golongan pemimpin-pemimpin BN yang menindas rakyat serta mementingkan diri mereka di sebalik kemelut dan derita rakyat. Bak kata Jokowi "Pemimpin harus derita, bukan menikmati".

    BalasPadam
  3. Sokong 100% ada kenaikan tetapi dgn kadar berpatutan tetapi jgnlah lepas ni MP dok tukar kereta mewah, rumah mewah yg bertentangan dgn apa yg PR perjuangkan. Bagi umno/bn mereka macam biasalah ada pelbagai sumber tak kiralah halal atau haram semua sapu.

    MP PR mesti berkerja lebih kuat membela nasib rakyat bukannya gunakan kedudukan utk kumpulkan kekayaan utk diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Elaun ahli parlimen naik. Dlm TV jelas nmpk Ketua pembangkang tido masa bajet dibentang. Haram jadah punya KETUM

    BalasPadam