Selasa, 11 November 2014

10 SEBAB AKU SOKONG PASMA DAN TIADA SEBAB MAHU SOKONG "TASKI"

APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku, ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS.  Ternyata mereka jauh tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat menyenangi perjuangan PAS.  

Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan hanya menyokong PasMa?  Tidak masuk akal samasekali.  Aku sokong PasMa atas beberapa prinsip dan faktor;

1.  PasMa adalah pertubuhan NGO yang sah dan berdaftar.
2.  PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama dan terkenal di dalam PAS.
3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti zalim ini.
4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang mahu mantapkan kerjasama dengan PR.
5.  PasMa bukan parti politik yang boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga 13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn.
6. Pemimpin PasMa tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam sebagai dasar perjuangan PAS.
7.  Dasar dan prinsip perjuangan PasMa tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR.
8.  Hubungan pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap menjunjung dasar dan prinsip PAS.
9.  Sikap tegas dan berani serta terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk ditegur.
10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini.  

Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu.  TSKI ketika itu telah dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh beberapa Adun di Selangor.  Kononnya sokongan itu untuk selamatkan Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran Dun.  Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven.  Jika mahu disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS.  Bebas mereka sokong tidak salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar?  Us Nasa yang terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata, tetapi PasMa mereka intip setiap hari?

Sehubungan itu, salahkah aku sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS?  Apakah aku tidak salah jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan NGO baru bernama TASKI?  Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak menggambarkan ciri-ciri Islam.  Cukup-cukuplah berdendam.  Jangan kerana terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan seperjuangan sendiri.

36 ulasan:

  1. PASMA KE PAS KE, SAMA AJE, LEMAH, TAKDE KEKUATAN SENDIRI. ASYIK NAK BERGANTUNG DIBAWAH KITIAK DAP DAN PKR.

    BalasPadam
  2. Mana ada parti yang berdiri teguh bersendirian dalam Malysia ni woi.Umno pun di bawah ketiak beberapa parti lain.taka kan itu pun tak tahu.lain kali tak payah tulis komen lah.

    BalasPadam
  3. Aku setuju no 3 kerana Pasma adalah sebagai penapis untuk ahli2 Pas yang meluat dengan Pas dan tidak berhijrah ke Parti lain.

    BalasPadam
  4. ada anjing pro 'ug' menyalak ? ABU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Priittttt... Mulakan debat sekarang, tak kiralah ug ke, pasma ke dap ke pkr ke pedulikan umno....

      Padam
    2. Umno jangan menyebok ye
      Lu tak kena mengena dalam pas dan pasma

      Padam
    3. Ini pas sama pasma gaduh
      Ini semua umno punya pasal....
      Nasi lemak t.t.k satu.....

      Padam
    4. Hebat la ko. ada ker org yang tak setuju dengan pikiran ko, ko panggil anjing.... Ko belajar agama kat mane? Cantik bahasa ko ni. Elok kalu ko panggil mak bapakkk ko dengan panggilan turrr.

      Padam
    5. Yang ko sibuk pasal Pas ngan Pasma ni apa hal? Ada kene mengena dengan parti bapakkk ko ker?

      Padam
    6. gelaran anjing tu sesuai kalu bagi kat mak bapak hang.

      Padam
  5. Balasan
    1. Entah....dia ingat nuar boleh bebas dakwaan liwat kot? Jangan mimpi la.....

      Padam
    2. BODO punya posting

      Padam
    3. Pelik la orang PKR nih...
      Ketua dia ngan dap aje yang betul....
      Ketua parti lain suma salah...

      Padam
    4. Peliklah orang UMNO ni..Ketua dia sahaja yg betul. Ketua parti lain semua dianggap salah...Ini baru bahasa melayu betul.

      Padam
  6. Kena kuda la nanti....macam kuda lumba..atau macam kuda sarkis..

    BalasPadam
  7. Elehhh....macam ler kelakuan nuar yang nak lantik bini sendiri jadi MB tu menggambarkan ciri2 keislaman!! Dapat jadi MB??

    Dah la din, ko aje la yang betol!!

    BalasPadam
  8. Din...Din..Bila TSKI tubuhkan NGO ko kata TSKI hipokrit dan tak menggambarkan ciri2 Islam.. Bila org tubuhkan NGO Pasma ko kata ia berlandaskan ciri2 islam.... Ko ni demam ke din?

    BalasPadam
  9. Ada ker pompuan yang asyik nak berkipas ko nak lantik jadi Mb. Tak masuk akai betoi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik TSKI tak cadangkan bubar Dun...Kalau tak, meleleh la PKR nak perintah selangor!

      Padam
    2. Yg berkipas tu kononnya identity dia. Tp tak kena tmpt. Dlm dewan aircond pun dia berkipas. Agaknya dah ada kerosakan sikit otak dia tu.

      Padam
    3. Nenek kipas
      Khik...khik...khikkk.........
      Nasi lemak t.t.k satu.....

      Padam
  10. Sedarlah diri tu din...
    Patutnya Pas jadi MB kat Selangor.
    Tapi tulah, Pas ni baik sangat........

    BalasPadam
  11. Walaupun ko selalu kutuk Pas, tapi sekurang2nya adun Pas tak ler lompat katak macam adun PKR bila kena umpan RM.

    BalasPadam
  12. Oiii Din....
    Sebenarnya atas alasan apa PKR tukar MB Selangor tur?
    Aku tengok Kidex ngan perjanjian air tak jugak mansuh?
    Atas alasan apa sebenarnya, din??

    BalasPadam
  13. Ko kena ingat din...
    Pas tak perlukan dap dan pkr untuk kekalkan kelantan.
    Dap tak perlukan pas dan Pkr untuk kekalkan Penang.
    Tapi PKR perlukan Pas dan Dap untuk kekalkan Sgor.
    Jadi janganlah sombong sangat menghentam Haji Hadi.

    BalasPadam
  14. Elehhhh din, din.... engko pun kalu dapat ofer juta2 belum tentu nak kekal dalam PKR. Nasib baik tak ada sesapa yang nak ofer kat engko.....

    BalasPadam
  15. Bang....byk sgt posting tu. Apa kata kita pekena nasi lemak tetek bwh pokok kat Putrajaya. Hihihih

    BalasPadam
  16. this blogger is a confused person.he is merely a follower who does what his leader thinks best for him.the malays call this people as MACAI. we call them ZOMBIES.

    BalasPadam
  17. Din, sudah la ..... Pkr ni parti kwn mkn kwn....kawan sendiri pun sanggup fitnah...mudah2an Allah akan turunkan balasan kpd pemfitnah. Betul ke 30 org tu semua sokong jijah? Cuba Tanya chegubard Dan azmin....bila org kata Pkr parti cacamerba ko melenting

    BalasPadam
  18. Samm Dan lain2 ngo ada matlamat masing2 sprt kebajikan dll. Pasma ni apa matlamat? Nak kukuhkan pr? Apakah parti2 dlm PR tak boleh kukuhkan PR sendiri Dan memerllukan ngo khas pulak. Pasma pulak bukannya ada dlm mesyuarat PR Dan camne nak kukuhkan PR?

    BalasPadam
  19. Utk point no. 10 tu, kena jugak pertahankan pr drpd geng2 konsensus nasional dan jugak perjanjian blkg mati disaksikan jusuf kalla. Ada berani? Baker deficit penang tu ada berani kritik? Mangkuk hayun til la ko ni

    BalasPadam
  20. Sudah la Din, PKR tu yg patut di nyahkan. Dlm Pkr sendiri pun ada 2 set undang2. satu set utk pemimpin dan 1 set utk ahli marhaen. tak caye? tanya chegubard....huhuhu...bertimbun2 laporan dibuat terhadap azmin and the gang, tapi satu habuk pun takde apa2 tindakan. nak contoh? cari sendiri la, banyak dlm internet....ada sesiapa berani bangkang aku punya point?

    BalasPadam
    Balasan
    1. AKU BERANI BANGKANG.

      TAPI SEBELUM TU KITA KENA DULU NASI LEMAK TETEK DIBAWAH RIMBUNAN POHON PUTRAJAYA...

      HIHIH. ..

      Padam