Isnin, 24 November 2014

MENGAPA PKR DASARNYA TIDAK ISLAM SEPERTI PAS?

SETIAP soalan perlu kepada jawapan.  Maka aku jawab;

Jika PKR juga dasarnya seperti PAS, maka apa perlunya ada dua parti yg dasarnya sama?  Bukankah ianya akan menguntungkan musuh?

Sekarang aku ingin bertanya pula;

MENGAPA KAUM CINA DAN INDIA DI DALAM KELAB HIMPUNAN PENYOKONG PAS TIDAK MENJADI AHLI PAS DAN LAYAK BERTANDING ATAU MENGUNDI DI DALAM MUKTAMAR PAS?

Maka, aku terima jawapan yg diberi adalah, mereka terdiri dari Non Muslim dan dasar PAS setiap ahli mesti terdiri dari berugama Islam.

Oleh yang demikian, aku pun berkata:  Jika itu alasannya, maka jika PKR pun dasarnya sama seperti PAS maka hampir separuh dari ahli2 PKR sekarang ini tidak boleh menjadi ahli PKR kerana mereka juga Non Muslim. 

Dia bertanya lagi, mengapa orang-orang Islam di dalam PKR tidak mahu sertai PAS?

Aku menjawab; Untuk menegakkan Islam dan berjuang ke jalannya tidak wajib sertai PAS tetapi cukup dengan menyokong, membantu dan mengundi PAS.  Masih ramai di luar sana yang tidak berparti tetapi mereka tetap menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. 

Hikmahnya PKR ini wujud adalah sebagai strategi politik dan alternatif kpd rakyat terutamanya yang Non Muslim yg tidak suka kpd Bn, tetapi merasa tidak sesuai dgn perjuangan DAP dan tidak boleh sertai PAS, mereka boleh bersama kami di dalam PKR asalkan kita tidak menolak semua unsur2 kebaikan yg diperjuangkan bersama.

Sejarah pernah membuktikan PAS tidak pernah boleh pergi jauh bila berjuang bersendirian, kecuali di Kelantan, (itu pun masyarakat Non Muslim di sana hanya berapa peratus sahaja)  tanpa sokongan rakyat Non Muslim.  Namun, bila wujud gabungan yg di dalamnya ada DAP dan KEADILAN, terbukti PAS semakin kuat dan Non Muslim mula yakin dengan PAS.  Tidakkah strategi ini membantu perjuangan PAS?

Tahukah anda, sewaktu PRU 13 yg lalu, sekiranya kesemua Kerusi PAS di Dun2 di setiap negeri di Semenanjung ini dapat kepada PAS, maka MB di majoriti negeri adalah dari PAS.  Ertinya, Pakatan yg ada ini cukup membantu PAS cuma perlu kepada kerja kuat PAS dan dibantu oleh rakan2 di dalam Pakatan tidak mustahil PAS akan lebih menguasai di beberapa negeri. 

Bayangkan jika kesemua ahli PKR yang berugama Islam berada di dalam PAS, dan satu kumpulan lagi adalah Bn, DAP atau satu parti camporan Non Muslim yg lain, adakah PAS mempunyai kelebihan seperti sekarang?  Justeru itu, wujudnya PKR umpama tangga bagi membantu PAS mencapai impiannya.  Maka, jangan dikerat2 atau ditoreh2 tangga yg ada.

22 ulasan:

  1. Ya la tu Din...hang mmg bijak.

    BalasPadam
  2. jawapan paling bodoh dlm sejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen paling bangang dalam sejarah

      Padam
  3. Yang aku pasti PKR adalah serpihan UMNO sbb tu dasar dan taktik meraih sokongan pun hampir sama. aku nengok kelakuan macai pkr yg suka buat fitnah, maki hamun dan sex maniac ni menyebabkan imej anwar terjejas sbb org akan kaitkan dgn pepatah bapa borek anak rintik. Mgkn juga nilah yg menyebabkan org ramai makin meminggirkan anwar dan percaya dgn pertuduhan terhadap dia sbb imej keterlaluan macai pkr. Oleh itu sedarlah macai2 pkr tolong jaga imej dan jgn buat sesuatu yg merugikan pemimpin kamu. Kamu sepatutnya membantu menarik sokongan kepada anwar dgn cara benar bukan tabur fitnah dan maki hamun org lain utk menaikkan sokongan kpd anwar kerana ia sebenarnya lebih merugikan dpd menguntungkan. Rakyat sekarang dah bijak dpt beza baik buruk apa yg kamu sebarkan sebagaimana rakyat tahu propaganda BN. Jadi jgn gunakan taktik sama spt Umno krn ini akan meyebabkan rakyat tahu PKR = UMNO sbb PKR adalah serpihan UMNO dan perjuangan mrk adalah semata2 krn merebut kuasa pemerintahan tanpa peduli apa cara sekalipun hatta jika perlu pijak kepala org lain buat masa kini dan mgkn juga kepala rakyat pada masa akan datang jika telah berkuasa ! Satu lagi bila cakap tentang peluang pergi lebih jauh dlm dunia ni sudah pasti org bukan Islam paling berjaya dlm semua segi bidang diceburi sbb bg mrk tiada halangan yg dpt menghalang mrk demi mencapai kejayaan hatta agama dianggap sbg sampah, opium la dan ada yg mengatakan god is dead dan mgkn inilah yg cuba diterapkan oleh sesetengah parti mcm PKR dan konco2nya ? Sekiranya dunia ni skala kejayaan hakiki maka beruntunglah org2 bukan Islam dan rugilah org Islam tulin. Apakah geng anda sanggup tolak Islam demi mengimpikan kejayaan sementara ini dgn cara bertentangan agama ! Nauzubillah, sama2lah kita minta jauhkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk kali dah ckp dgn diaorg ni
      Tp puak pkr ni beku otak

      Padam
    2. Habis apa beza pkr dgn dap? Dua2 xnak Islam...dua2 nk liberal islam...dua2 nk sentuh anjing...dua2 xnak hudud...dua2 syg sis...dua2 syg pondan...dua2 suka beer. Ikut logik atas...tutup pkr masuk dap.

      Padam
  4. Sudah-sudahlah Din. Gila nak jadi ketua penerangan ke? Hadoiiiii.

    BalasPadam
  5. What the hell this Blogger is talking about??

    BalasPadam
  6. bodoh piang la lah ko 1:24PTG...

    hanya dap dan pkr boleh diiktiraf sebagai parti 1 malaysia.......

    anggotanya terdiri dari pelbagai kaum....

    ada masalah??????....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Kamarul...bagus. sendiri mengaku. DAP dgn PKR 1Malaysia. 1 jiwa...1 LGBT 1 SIS 1MURTAD 1BANGSAT

      Padam
  7. sapa kata PAS tu islam kalau pemimpin dia tak menunjukkan sifat2 muslim yg sebenarnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sifat muslim ke sifat xnk ikut nafsu ketum?

      Padam
  8. PKR = Dap = Umno = tolak islam

    BalasPadam
  9. Salam,
    Apa masalahnya dgn pandangan diatas? Kalaupun PKR tu serpihan UMNO apa masalahnya? Bukan ke sebahagian ahli, penyokong dan pengundi PAS juga dari UMNO? Sama juga bagi UMNO yg penyokong, ahli dan pengundinya sebahagiannya dr PAS. PKR xnak islam? Islam apa yg PAS bawa yg ditentang oleh PKR? Hudud? PAS kuasai kelantan PKR xwujud lagi, dh lebih 20 thn mana hududnya? Trengganu mana hududnya? Apakah PKR jadi asbab hudud xdpt dilaksana di sana?

    BalasPadam
  10. ey din mana komen aku bagi menjawab bro 12.32. Ada rasa panas kah sampai kau deletenya ? Komen aku ikhlas berasaskan fakta tanpa maki hamun , fitnah dan unsur seks. terimalah kebenarannya din walaupun pahit. Jgn jadi golongan yg tetap dgn pendiriannya walaupun dia tahu peganggannya salah mcm syiah dsbnya. minta maaf din sekiranya menguris hati kau. Apapun aku hanya inginkan kebenaran spy selamat dunia akhirat. Aku tak fanatik mana2 pemimpin sbb ia datang dan pergi. Aku berpegang pada aku janji yg selalu aku ucapkan 5x sehari .........sesungguhnya hidupku , matiku dan cara hidupku hanya pada tuhan yg esa. Sekiranya pemimpin tu dah tak layak biarlah ditukar dgn cara beradab dan berperaturan bukan dgn cara koboi, fitnah dan menggunakan taktik pre empty strike ala yahudi amerika.............minta maaf byk2 din.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan pengulas disini tanpa disedari termakan jarum halus yg setiap hari terdedah
      di media arus perdana,sebenar parti terbaik masa kini ia lah gabungan PKR.

      Padam
    2. Sori beb...lu silap. Aku baca semua terbitan takkira BN atau PR. BN yg diterajui oleh umno mmg sgt byk kesilapan terutamanya warlords umno yg tiada wawasan kecuali mau kuasa. Tp malang parti alternative yg kami harapkan iaitu PKR yg menerajui PR lebih meloyakan sbb sanggup gadai agama dan bangsa.

      Padam
  11. bro 7.57 aku pun setuju pendapat kau PKR skrang bukan lagi parti alternatif yg boleh diharapkan sbb perjuangan makin tersasar jauh dpd matlamat perjuangan berasaskan keadilan dan kebenaran ttp mrk hanya mahu kekuasaan tak kira apa cara sekalipun !

    BalasPadam
  12. hahaha...korang ni seme bodoh. Korang caya kat org politik...porahhhh....UMNO bela melayu?...berapa kaya dah cina bawah UMNO. PAS bela Islam?...berapa byk dah PAS fitnah sana sini jual agama. PKR parti berbilang bangsa?...dr Ketum sampai ke naib Presiden adun seme anak beranak dia. DAP cauvinis?...sama je MCA dgn Gerakan,,,belakang melayu saling tolong menolong. MIC?...hahaha...tanya PPP....

    BalasPadam
  13. Buang masa baca komen engkau semua..hampeh..

    BalasPadam
  14. Yang pasti pada masa ini gabungan pakatan rakyat lebih baik daripada BN ,itu lah pilihan yg ada utk memilih jika di di buat perbandingan dari pelbagai sudut ,tidak dinafikan masing2 ada kepincangan.

    BalasPadam